CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5161|Reply: 1

Punca Masalah Penghadaman.

[Copy link]
Post time 28-11-2014 09:42 PM | Show all posts |Read mode

Rustam Effendy






Sesetengah orang yang mengalami masalah penghadaman akan mudah mengalami simptom tertentu seperti perut buncit, sendawa, buang angin, kembung, sukar buang air besar, kurang rasa lapar dan cirit-birit selepas beberapa jam mereka mengambil sesuatu jenis makanan.
Sesetengah simptom pula sukar dikaitkan dengan makanan tertentu kerana tubuh bertindak balas beberapa hari selepas makanan tertentu diambil.
Gandum termodifikasi secara genetik (GM, genetically modified) dikatakan mengandungi gluten sehingga tujuh kali ganda dibandingkan dengan gandum bukan GM. Mereka yang sensitif kepada gluten akan mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah penghadaman yang akan menimbulkan keradangan kronik dalam perut dan usus.
Lebih buruk lagi vili dan mikrovili iaitu permukaan usus yang berfungsi menyerap makanan yang dicerna dikatakan akan rosak akibat pengambilan gandum tinggi gluten secara berpanjangan. Ia seterusnya menyebabkan seseorang akan mengalami penyakit yang mereka tidak terfikir akan menghidapnya contohnya masalah auto imun.
Masalah auto imun
Artritis ialah sejenis masalah kesihatan yang dikaitkan dengan masalah auto imun di mana jentera sistem imun menyerang sel tubuh lalu menyebabkan keradangan. Kerosakan vili dan mikrovili menyebabkan tubuh dipenuhi toksin dan kekurangan nutrien. Jadi, jangan pandang remeh jika anda telah mengalami masalah penghadaman selama bertahun.
Lebih buruk lagi apabila sel yang sering mengalami keradangan terutama sel usus dikatakan mudah berubah kepada sel kanser! Sifat sel kanser tidak serupa dengan sel normal.
Ini kerana kadar pertambahan bilangan sel kanser amatlah pantas berbanding sel normal. Sel normal berkomunikasi. Jika sesuatu sel normal didapati akan menambah bilangan melebihi kadar biasa, jirannya akan menegur dan ia tidak akan melakukannya. Tidak seperti sel normal, sel kanser tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Yang lebih buruk bukan sahaja bilangan sel kanser bertambah pada kadar yang amat pantas malah ia tidak mati! Pemvaksinan juga dikaitkan dengan masalah penghadaman. Bagaimana pemvaksinan boleh menyebabkan tindak balas makanan? Tindak balas makanan ialah tindak balas tubuh terhadap sesuatu jenis makanan dan menyebabkan simptom yang tidak menyenangkan termasuk masalah penghadaman. Alahan makanan dikategorikan oleh ramai pakar pemakanan sebagai sejenis tindak balas makanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas makanan sila baca buku saya berjudul Kawal Berat Badan (terbitan ALAF 21).
Vaksin
Hari ini penyediaan vaksin tidak lagi menggunakan keseluruhan sel virus. polio lemah seperti yang digunakan di India.
Sebaliknya serpihan protein virus tertentu digunakan. Ramai yang tidak tahu buah-buahan mengandungi asid amino tertentu. Protein dibina daripada gabungan beberapa jenis protein.
Sesetengah orang mendapati dirinya mengalami tindak balas termasuk mengalami masalah penghadaman serta mengalami simptom tertentu yang tidak menyenangkan. Buah-buahan lazat yang pada suatu ketika dahulu tidak mendatangkan masalah didapati menyumbang masalah kesihatan tertentu.
Puncanya? Asid amino buahbuahan yang mempunyai berat molekul yang serupa dengan berat molekul serpihan virus vaksin dikatakan sebagai punca! Salah satu punca alahan susu juga dikaitkan dengan pemvaksinan. Sila baca di HYPERLINK: http://www.medpagetoday.com/MeetingCoverage/AAAAI/25520. Pemvaksinan polio di India bawa malapetaka.
Terdapat 47,500 kes dilaporkan pada 2011 di mana penghidap mengalami simptom lumpuh bukan jangkitan polio (non-polio paralysis). Simptom yang dialami serupa dengan jangkitan polio. Para pemerhati berpendapat pemvaksinan virus polio punca mangsa mengalaminya. Usaha pemvaksinan tersebut ditaja oleh Bill and Melinda Gates Foundation. Bill Gates pernah mengumumkan bahawa pemvaksinan mampu mengurangkan penduduk dunia sebanyak 15 peratus. Sila baca lebih lanjut di HYPERLINK: http://www.infowars.com/paralysis-cases-spike-in-wake-of-b…/.
Jika anda ialah penghidap masalah penghadaman dan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mengatur jenis makanan namun masih terdapat simptom yang tidak menyenangkan, langkah paling baik ialah bincang dengan doktor yang merawat anda.
Jika anda sering mengalami diarea, berat badan berkurangan tanpa dapat difikirkan puncanya, sakit perut yang tidak terperi sakitnya, sering demam dan berdarah ketika membuang air besar maka segeralah berjumpa doktor. Ia kerana simptom yang disebutkan mempunyai pelbagai kemungkinan.
Mungkin sel usus atau perut anda mengalami keradangan lebih buruk. Mungkin juga sel kanser telah terbentuk lalu memanifestasikan simptom yang disebutkan. Pemeriksaan awal oleh doktor terlatih dipercayai boleh memanjangkan umur anda jika anda benar-benar menghidap sebarang penyakit serius atau kanser usus.
Sesuatu jenis penyakit secara zahir tidak terbentuk tanpa sebab. Masalah penghadaman yang dibiarkan berlarutan dan kaedah tertentu tidak diamalkan secara sempurna akan bermanifestasi kepada pelbagai jenis penyakit.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari berubat.
Nutrien
Makanan yang kaya probiotik seperti makanan yang diperam sesuai untuk mengembalikan keseimbangan kehidupan flora usus. Tempoyak, tairu, susu segar, teh kombucha dan kimchi amat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah penghadaman.
Mereka yang sering mengambil ubat-ubatan moden termasuk antibiotik dan sering makan makanan terproses dikatakan sebagai antara punca ketidakharmonian flora usus. Probiotik dalam bentuk makanan tambahan contohnya suplemen acidophilus bifidus boleh dibeli dari kedai farmasi tertentu.
Masalah penghadaman berpanjangan dikaitkan dengan pembentukan beberapa jenis penyakit usus seperti ulser usus, sindrom usus besar merengsa (irritable bowel syndrom), penyakit Crohn dan diverticulitis. Pengambilan satu sudu besar pelepah aloe vera segar setiap hari dikatakan membantu meredakan penyakit yang disebutkan.
Aloe vera dan jusnya tidak sesuai kepada mereka yang sering mengalami diarea. Ulser usus atau perut boleh dirawat dengan mengambil minyak kelapa dara.
Pemuliharaan kesihatan usus memerlukan zink. Ia boleh diambil dalam bentuk suplemen satu tablet setiap hari. Ambil setengah camca teh garam ni dibancuh dengan setengah cawan air mineral setiap pagi. Garam gunung Himalaya dikatakan membantu mengembalikan paras pelbagai jenis mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.
Tips. Kekerapan pengambilan satu sudu madu asli digabungkan dengan seperempat camca teh minyak habatus sauda, seperlapan camca teh serbuk oregano dan secubit serbuk lada hitam diambil pagi dan petang didapati berupaya bukan sahaja merawat pelbagai jenis masalah penghadaman malah mencegahnya dari berlaku.
Bahrain Samah, RH (AHG):
Herbalis profesional bertaraf dunia. Jurunding dan pendidik nutrisi holistik, Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung.

Rustam Effendy 'Tips. Kekerapan pengambilan satu sudu madu asli digabungkan dengan seperempat camca teh minyak habatus sauda, seperlapan camca teh serbuk oregano dan secubit serbuk lada hitam diambil pagi dan petang didapati berupaya bukan sahaja merawat pelbagai jenis masalah penghadaman malah mencegahnya dari berlaku'.

Last edited by abgsedapmalam on 28-11-2014 09:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 09:01 PM | Show all posts

Errr...

[AceHand SPECTaceLAR]

Rustam Effendy tu sapa...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.221678 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list