CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2387|Reply: 4

Nabila Huda kejutan Amy Search

[Copy link]
Post time 12-9-2014 03:50 PM | Show all posts |Read mode
BUAT pertama kali dalam sejarah karier Amy Search, beliau akan berkongsi pentas dengan anak perempuannya yang juga seorang aktres, Nabila Huda.
Pentas yang dimaksudkan ialah Amy Search Live in Singapore yang bakal berlangsung pada 20 September ini bertempat di The Star Performing Arts Centre, Singapura.
Katanya, itulah kejutan yang bakal dihidangkan buat peminat setianya di republik tersebut.
Sedang sibuk mengatur rencana besarnya, Amy yang hadir dengan imej berambut panjang, ranggi sebagaimana beliau yang dikenali selama ini, tidak terlepas daripada bercerita tentang Nabila.


Persoalan tentang desas-desus pernikahan Nabila sudah berlegar menjadi tanda tanya, dan sebagai bapa, Amylah orang yang paling tepat membuat kenyataan.
Sebagaimana yang telah diketahui umum, panas dingin hubungan beranak popular itu sudah kembali ke paras normal. Berada di tempat dan waktu yang selayaknya, Amy bagaimanapun menafikan bahawa beliau kini sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan Nabila.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Amy yang ditemui pada majlis pelancaran radio IM4U FM di Black Box, Publika, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Kosmo!: Amy, adakah benar Nabila akan berkahwin dalam masa terdekat?
AMY: Saya tidak tahu kerana tidak ada sebarang perbincangan mengenai perkara itu (perkahwinan). Sekarang dia (Nabila) sibuk dengan kerjanya. Abil (Nabila) ada hubungi saya tetapi sekadar bertanya khabar, tidak lebih daripada itu.


Adakah anda mengharapkan Nabila menamatkan zaman solonya dalam masa terdekat?


Rasanya dia sudah cukup matang, jadi soal perkahwinan diserahkan kepadanya. Tiada paksaan daripada pihak saya termasuklah siapa lelaki yang mahu dijadikan suaminya dan bila dia hendak berkahwin. Saya juga sudah berjumpa dengan teman lelakinya, saya okey dengan pilihan Abil. Sebagai bapa, saya akan nasihatkan apa yang patut sahaja.


Maknanya tiada sebarang persiapan perkahwinan?


Tidak ada sebarang persiapan langsung. Sekarang saya sedang sibuk dengan latihan dan persiapan untuk konsert Amy Search Live in Singapore yang bakal berlangsung pada 20 September ini di The Star Performing Arts Centre. Alhamdulillah, ini konsert solo kedua saya di Singapura. Harap ramai peminat akan datang.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2014 03:51 PM | Show all posts
Bagaimanakah dengan kejutan bersama Nabila?
Kami akan berduet menyanyikan dua buah lagu. Walaupun boleh menyanyi tetapi Abil lebih terarah ke bidang lakonan. Dia ada beritahu tentang keyakinan dirinya yang belum sampai ke tahap hendak naik ke pentas konsert. Dia kurang yakin untuk melakukan persembahan bersama saya tetapi sebagai bapa, saya tahu yang dia boleh. Kami akan jalani latihan bersama untuk memantapkan lagi persembahan.


Berapa banyak lagu yang akan didendangkan dalam konsert berkenaan?
Persembahan yang mengambil masa selama satu jam setengah biasanya boleh diisi dengan 15 sehingga 18 buah lagu. Walaupun kebanyakan lagu sudah biasa saya dendangkan tetapi setiap kali mengadakan konsert yang besar, perasaan gementar masih ada. Latihan bersama pasukan pemuzik amat diperlukan untuk menghasilkan sebuah persembahan yang baik.



Mengapakah anda mengubah imej daripada botak dan sekarang kembali berambut panjang?
Sudah lama saya kekal dengan imej botak. Sebenarnya agak penat lihat kepala tidak ada rambut (ketawa). Sebenarnya saya sengaja tukar angin, bukan kerana bakal muncul dengan album baharu atau untuk projek khas.
Mungkin saya akan bela rambut setakat paras bahu sahaja. Biarlah ada stail dan fesyen kerana pekerjaan saya memerlukan saya tampil dengan imej yang segar.




Jadi selain konsert, boleh kongsikan sedikit projek terbaharu yang dimaksudkan itu?
Selepas konsert, saya akan tampil dengan album solo terbaharu yang mengandungi 10 buah lagu. Rasanya sudah hampir 13 tahun saya tidak muncul dengan sebarang album solo. Bagaimanapun, album itu masih dalam proses pembikinan dan setakat ini saya sudah merakam beberapa buah lagu. Saya sendiri tidak sabar menunggu hasilnya kerana album itu diterbitkan sepenuhnya oleh komposer, Datuk M. Nasir.



Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz3D5NIgj00
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2014 03:52 PM | Show all posts


HUBUNGAN Amy Search dan anaknya, Nabila pernah renggang gara-gara teguran kasar yang dilemparkan Amy terhadap Nabila di laman Instagram. Kini, dua beranak sensasi itu kembali bersatu

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 03:07 PM | Show all posts
semoga diorg berbaik smp akhit hayat.....tak akan putus air dicincang
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:47 PM | Show all posts
tak sabo nak dgr suare abil nyanyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072373 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list