CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[OCN] Bad Guys - Park Hae Jin, Kim Sang Joong

[Copy link]
 Author| Post time 22-12-2014 02:13 PM | Show all posts
inaniloquent posted on 22-12-2014 12:24 PM
daebakkk.........cepat ko wat rebiu
aku sokong kang ye won mmg agak annoying,
selalu aku bayangk ...

haruss..
lepas abis drama, terus me-review..nanti lupa
ni kena cari 2 org lagi tukang review drama ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 04:26 PM | Show all posts
1. Cerita  (8/10)

Cerita berkaitan polis yang dah kena suspended bergabung dengan banduan2 yang terpilih untuk memburu pembunuh2 bersiri yang bermaharajalela dengan sewenang wenangnya sebab polis lemah sangat tak dapat tangkap diorg sampai kena tubuhkan kumpulan ini yang terdiri daripada abang long gangster kawasan seoul, seorang hitman dan juga seorang seorang psychopath.

Jalan cerita yang utama adalah cuba untuk mencari cerita sebenar tentang pembunuhan yang berlaku pada anak Oh Gu tak dan juga siapa sebenarnya lee jeong mun adakah dia memang sebenar - benarnya psychopath yang menjadi dalang dalam pembunuhan bersiri hwayeon -dong ataupun sebaliknya.

Setiap sisi penceritaan untuk setiap karakter di buat dengan baik dan menarik. Kesinambungan antara watak juga bagus dan keserasian dapat dilihat bila mereka bersama untuk setiap scene.

Daripada segi idea penceritaan aku boleh bagi pujian. Ini antara cerita korea yang pada aku tidak skeptikal dan membuatkan aku ternanti - nanti akan episode seterusnya. Jalan cerita tak cliche dan laju tu yang penting. Elemen flash back yang dimasukkan tersusun dan teratur.

2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

Aku paling suka pelakon - pelakon dalam drama ini antara yang terbaik selepas reply 1994. keserasian antara pelakon sangat terserlah dan kredibility each of character dapat dilihat dengan baik dalam sudut penceritaan. Kecuali yang heroin tu bole disingkirkan kalau ada season 2. tak nampak pun fungsi dia dlm drama ni.

Kim Sang Joong as Oh Goo Tak
lakonan pakcik tak pernah mengecewakan sejak daripada drama the chaser lagi aku mmg mengagumi lakonan dia. dalam drama ini mmg nampak betul gaya seorang bapa yang sangat tertekan dan sengsara selepas kehilangan anaknya.

Ma Dong Suk as Park Woong Chul
kalau korang pernah tgk movie the neighbor korang akan tau betapa bagusnya pakcik ni berlakon sebagai gangster. Watak gangster ni dh jadi makanan dia so aku tak ragu akan kebolehan dia bawa watak ni.

Park Hae Jin as Lee Jung Moon
Sorry park hae jin watak jung moon ni terlalu lemah. kata intelligent psychopath tp tak nmpk kt mana intelligentnya. senang betul diperkotak katikkan. tak bole nk salah kan dia mgkn scriptwriter buat watak jung mun ni tak kukuh . tapi mcm kesian plak sb watak jung mun sepatutnya antara yg terpenting tp terlalu lemah.

Jo Dong Hyuk as Jung Tae Soo
siapa dia sebelum ni aku mmg tak tau..tak pernah tgk drama dia sebelum2 ni tp kat drama ni dia antara yang terbaik. Watak dia paling real dan di lakonkan dgn bagus sekali. memang breakout role untuk dia , aku menantikan next episode semata mata nk tgk dia ja..


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (9/10)


Teknik pengarahan antara terbaik yang pernah aku tgk. sama level dgn god gift 14 days punya pengarah. kesinambungan antara satu babak ke babak yang lain di buat dengan tersusun dan kemas. Kelebihan drama ni mmg pada scripwriter . jalan cerita kukuh dan mendebarkan.

4. Skor muzik (3/5)
muzik yang digunakan bersesuaian dengan penceritaan

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
akan ditonton semula tapi bkn masa terdekat

--------------------------------------------------------------------------
TOTAL = (8+9+9+3+3=32/4=8)

Nomination: Jo Dong Hyuk

@dauswq meh credit




Last edited by mafilee on 22-12-2014 04:27 PM

Comments

TOTAL =8+9+9+3+3=32/4=8.00 Terima Kasih atas review Nomination: Jo Dong Hyuk   Post time 22-12-2014 08:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 12:24 PM | Show all posts
mafilee posted on 22-12-2014 04:26 PM
1. Cerita  (8/10)

Cerita berkaitan polis yang dah kena suspended bergabung dengan banduan2 yang t ...

good review
thanks mafilee

@inaniloquent   
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 06:45 AM | Show all posts
Edited by inaniloquent at 30-12-2014 07:40 AM

나쁜 녀석들

Cerita
Daebakkk! Antara karya terbaik utk tahun ini. Are we humans or beasts? Tanggapan pertama,mungkin cerita ini kelihatan ganas tp sebenarnya masih lagi menerapkan unsur-unsur positif seperti nilai kekeluargaan dan erti persahabatan. Cerita yg mengisahkan “perjuangan” satu unit khas, yg mana ia bertanggungjawab utk ambil alih semua kes2 yg tak mampu dikendalikan oleh pihak polis (boleh kasi langsai) dan yg menariknya ttg idea penceritaan, apabila peneraju utama merupakan seorang polis yg sedang berdepan dgn hukuman gantung kerja, manakala anak buahnya terdiri drpd 3 orang banduan yg masih lagi dlm tahanan (Convicts vs Criminals). Good combination ( 3’s – strong, skill, smart ).

Pd peringkat permulaan, rentetan drpd kes kematian anak Commissioner Nam, dgn kuasa yg dia ada, Nam akhirnya mengeluarkan arahan agar “crazy dog” handle case terbabit dan ini sekaligus memberi ruang kpd Oh Goo Tak utk mencari pembunuh sebenar anak kesayangannya, Oh Ji Yeon, tp dgn syarat guna khidmat 3 banduan tersebut (to beat up good people, that is violence but to beat up scoundrels, that is justice – Commissioner Nam). Woong Cheol dan Tae Soo enggan turut serta dlm operasi ttp berubah fikiran slps di tawarkan pengurangan tempoh tahanan. Sebaliknya, Jeong Mun tidak membantah idea itu kerana ingin mencari identiti sebenar diri dia. Jalan cerita tersusun, idea writer cube kaitkan epi 3 (kes human market) dgn epi 4 (kes human trafficker) agak kreatif yg mana ia masih melibatkan muka2 yg sama dan secara tak langsung,dan writer cuba paparkan “kebolehan” ketiga-tiga banduan tersebut dlm mengendalikan kes.

Sequence cerita nmpk smooth bila masing2 kehilangan insan yg tersayang, Tae Soo kehilangan kesemua “ahli keluarganya”, kemudian Woong Cheol meratapi pemergian Du Gwang Hyeong diikuti pula kes pembunuhan tunggak utama, Commissioner Nam. Dendam semakin membara, rahsia yg tersembunyi sekian lama, akhirnya terungkai sedikit demi sedikit. Writer seolah-olah “hold” jln cerita sehinggalah sejarah silam Oh Goo Tak dipaparkan, maka terjawab segala tanda tanya. Pd awalnya,Jeong Mun menjadi saspek utama, tetapi setelah mendengar pengakuan drpd Doktor Gim Dong Ho (Psychiatric), Prosecutor Oh adalah musang sebenar. Prosecutor Oh mmg psiko  bak kata Jeong Mun kpd Prosecutor Oh dlm slot terakhir, “I’m supposed to be the psychopath, but why do you look more like a psycho in my eyes?”

Cara writer develop idea nmpk kritis membuatkan plot cerita lebih harmoni cuma part ending agak kelam kabut sikit, part Prosecutor Oh buat serbuan dkt tmpt kejadian pembunuhan Commissioner Nam. Part ending, masih lagi bg kejutan, yg mane kes “locksmith serial killer” dijadikan kesinambungan cerita untuk “release kan bad guys”. Bab yg aku suka dlm cite ni, even dorg ni semuanya bad guys,tapi masing2 bijak dalam berkata-kata, ada banyak bait-bait indah terutama watak Commissioner Nam dan Oh Goo Tak yg kaya dgn metaphora. “True happiness, is whenever you’re feeling happy, making others around you happy, as well. That’s how you should be as a human.”– Oh Goo Tak

5 pinpoint yg boleh disimpulkan:
Truth
Masing2 curious nak tahu identiti sebenar dan mencari solusi bg setiap persoalan. Oh Goo Tak want to observe closely dan sekaligus menyiasat pembunuh sebenar kematian anak kesayangannya. Lee Jeong Mun ingin tahu adakah dia serial killer sebenar yg terlibat dalam kes hwayeongdong?, Jeong Tae Soo dan Pak Ung Cheol yg pd mulaannya hanya berminat dgn “ganjaran” tetapi berubah agenda, gigih kenalpasti dalang sebenar disebalik insiden hitam yg berlaku. Inspektor Yu pula cuba mencari kebenaran yg berkaitrapat dgn kes kematian sifu dia, Commissioner Nam.

Revenge
Greedy of Revenge - Wujud keadaan yg dinamakan “confused state”, menyebabkan manusia bertindak secara irrational. Disebabkan dendam kesumat kematian isteri dia,Prosecutor Oh sanggup membelakangi undang2. Tindakan dia membuta tuli membunuh org secara semborono sama sekali melanggar etika profession seorang prosecutor. Prinsip dia - Law hanya menghukum “victims” tp bukan “bad guys”. “They kill without emotions. They have no emotions and they leave no evidence. And without emotions, they feel no guilt.” – Jeong Tae Soo

Desperation
Desperate dlm mencari “reason” sebenar. Akibat desakan hidup, Oh Goo Tak setuju buat “deal” dgn Du Gwang Hyeong “ketua mafia” dgn syarat Woong Cheol jadi “kambing hitam”. Tambahan pula, diasak dengan tekanan kematian anak dia, dan berbekalan emosi yg meluap-luap dia nekad ambil keputusan utk kenakan Lee Jeong Mun dgn cara memanipulasikan keadaan (ugut ex-gf Lee Jeong Mun, Yang Yu Jin dan kemudian, tubuhkan team crazy dogs) semata-mata utk kepuasan hati.

Trust
Sukar untuk percaya – konflik dalaman, komplot, dan konspirasi. SWAT, detective, psychiatric dan prosecutor sanggup ‘jual diri’ dek kerana habuan – topeng pengkhianat negara. “Betrayal always stabs you from behind. “ – Du Gwang Hyeong

Chance
Wujud diskriminasi. Tapi apabila peluang diberi, mereka sebenarnya mampu "diubah" dan "dibentuk". Oh Goo Tak dan Commissioner Nam sentiasa memberi peluang kepada bad guys untuk berubah. “People deserve one chance to live” – Oh Goo Tak.

Moral yg cuba disampaikan:
Mentaliti dan persepsi manusia - Ibarat durian dengan mentimun yg mana pemikiran hanya berpaksikan judgemental semata-mata tanpa memandang dari perspektif positif. Seorang penjahat, hingga kesudahannya dia tetap “dicop” atau “dilabel” sbg penjahat. “You looked at it and decided you didn’t like it, but really you just don’t want to touch it. If you are not willing to touch it you won’t be able to get rid of it. Without these dirty guys, I can’t catch any fish.” – Commissioner Nam

Overall: Badasss writer-nim! Cuma satu part aku nk komen. Oh Goo Tak menafikan yg dia pernah kuarkan arahan utk bunuh Jeong Mun.Tapi ada satu flashback, scene antara dia dgn pacit tua, yg mana dia arahkan pacit tua tu cari org upahan (Tae Soo) utk bunuh Jeong Mun dlm penjara - (akhir epi 9).

Keberkesanan Lakonan
Squad Leader - Oh Goo Tak (Kim Sang Joong)
Seorang anggota polis yg tegas dalam menjalankan tugas dan pd mase yg sama, seorang ayah yg baik dan penyayang. Demi masa depan anak dia, dia sanggup ambil risiko terima “rasuah” dan akibatnya, dia di gantung kerja.
Best Scene: Reaksi muka dan emosi dia waktu melawat anak dia dekat hospital dan waktu meratap mayat anak dia yg sdg autopsy (epi 9)

3518 - Pak Woong Cheol (Ma Dong Seok)
28 years sentence - Daejoen prison - Conquer Seoul only 25 days - Kelebihan :Strong
Funny guy (mase nak cari Jeong Mun dlm epi 1, “your face got tanned”.).
Sisi baik - protect kawan dan masih jaga kebajikan org tua dia yg bekerja sbg dry cleaner.
Best Scene: Woong Cheol confessed depan Lee Du Gwang (epi 5). Reaksi dia masa ini superb ditambah pula dgn alunan instrumental.

5732 - Jeong Tae Soo (Jo Dong Hyuk)
22 years sentence - Jeonju prison - 1st class contract killer - Kelebihan : Skill
Pro, mahir guna senjata, pantas bertindak (lincah), tenang dan style.
Sisi baik - masih sayang “abang” dia wpun dia tahu yg hakikatnya “abang” dia ingin membunuh dia.
Best Scene: Fighting antara Tae Soo dgn “abang” dia, Pak Jeong Seok (epi 7).

5624 - Lee Jeong Mun (Park Hae Jin)
Cheongsong prison - youngest serial killer - Kelebihan : Genius psychopath
Guna kebijaksanaan utk handle kes tp bab fighting tak sehebat Woong Cheol dan Tae Soo, Sisi baik -hormat dan tdk menyimpan dendam pd Oh Goo Tak.
Best Scene: Cara Jeong Mun handle kes “rifle man/madman” dlm epi 5 dan scene perbualan antara Jeong Mun dgn Oh Goo Tak yg dia sudi memaafkan Oh Goo Tak dlm epi 11.

3 watak lain (yg malas aku nk tulis sgt) :
Nam Goo Hyeon (Kang Shin Il) - kaya dgn metaphor, hobi : memancing
Yoo Mi Young (Kang Ye Won) - pathetic & prejudice
Prosecutor Oh (Kim Tae Hoon) - double-edged sword, psycho & killer

Overall: Interaction bagus, nampak connection wujud antara setiap pelakon. Body language dan reaksi muka terserlah. Utk pencalonan, Kim Sang Joong (Best Actor) dan Jo Dong Hyuk (Best Supporting Actor).

Aspek Teknikal
Shot
Shot yg pelbagai dari semua angle, sgt membantu menjiwai plot cerita. Contohnya gabungan long shot, crane shot dan high angel. Focus shot dgn motip tertentu, Contohnya,scene Prosecutor Oh dgn Commisioner Nam yg mana, camera focus pada Prosecutor’s Oath selepas insiden salah laku rakan sejawatnya (epi 5). Zoom in, zoom out pada jarak yg sesuai. Paling aku suka crane shot, tracking shot, panning shot dan spinning shot; contoh epi 5 : Scene Tae Soo lawan Kim Do Shik


Time lapse
Perubahan waktu yg drastic, contohnya dlm Epi 1 dan Epi 6, scene di highway, pertukaran siang ke malam.

Slow motion
Focus scene2 gaduh (ala2 matrix). Tapi pd pendapat aku, scene ni kalo tambah dgn teknik echo lagi nmpk cantik.
Epi 2 : Scene Tae Soo belasah locksmith yg hampir membunuh Pak Seon Jeong.


Special effect
Graphic yg dorg guna mmg awesome.
Epi2 : Scene Tae Soo visual kan bagaimana insiden itu berlaku (cara dia clarify dan figure out pembunuh)
Epi7 : Scene Hyun Woo hapuskan semua bukti kt apartment (sukar untuk dijejaki) plus flashback.


Editing - Cut and Crossing cut
2 scene berlaku serentak di dua lokasi yg berbeza, nmpk transition agak perfect. Contohnya, Epi 10 & 11, yg mana ia melibatkan 2 scene dan 2 tempat yg berbeza, pergelutan antara Tae Soo dgn Oh Goo Tak ; dan antara Woong Cheol dgn Jeong Mun.

Flashback dan Flashforward
Flashback untuk mengimbau peristiwa lampau dan bagaimana insiden pembunuhan berlaku disampaikan dgn lebih detail, memudahkan penonton memahami jalan cerita dgn lebih mudah. Contoh, epi 11 : mase scene fighting kat area port kapal (gabungan flashback dan flashforward)

Lighting
Low key lighting mmg sesuai untuk cerita2 thriller, saspen dan misteri. Cara dorg adjust color nmpk bijak yg mane guna teknik kontra light antara darker light dan bright light (nmpk balance). Lighting diblurkan untuk scene2 yg agak scary,contohnya peralatan2 tajam.  Contoh scene sedih, color yg agak suram melambangkan emosi ketika itu.

Cinematography
Agak terbatas. Tapi ia sudah cukup untuk memberi impak kepada plot cerita. Lokasi yg dipilih amat bertepatan dgn scene yg dimainkan. Scene pergelutan antara Tae Soo dgn Pak Jeong Seok dlm epi 7 antara cinematography plg cantik kerana berkisar di kawasan port kapal yg mana dahulunya tempat Tae Soo “sekeluarga” berkumpul dan ditambah pula dgn latar belakang suasana senja. Tempat persembunyian pula kelihatan terpencil dan tersorok sesuai untuk dijadikan "markas".


Costumes/ Attires
Sesuai dgn karekter masing2. Jeong Mun, sempoi sesuai dgn sifat psycho dia, Tae Soo,full suit sepadan dgn karekter dia yg steady dan Woong Cheol pakaian ala2 tentera, terserlah kekuatan dia.

Sound effect
Penggunaan sound effect sangat2 membantu terutama untuk scene2 aksi. Baru nmpk dramatic sikit.

Overall: Perfecto! Dari aspek camera movement, editing, lighting, color dan sound effect.

Skor Muzik
Hanya ade 2 ost :
Break-up by Yoon Hyung Ryul
Reason by Roo

Banyak pasang lagu2 instrumental. Instrumetal dan melody yg berubah-ubah sesuai dgn scene yg dimainkan sekaligus boleh melahirkan sentimental value dan mendatangkan mood. Pandai synchronize sound effect dan instrumental dgn scene seolah-olah wujudnya “relationship” kt situ.

Kebarangkalian Untuk Tontonan Semula
Jujur aku ni, mmg payah sikit nak ulang2 balik cerita, sbb dh tahu jalan cite. Cite ni mungkin x sepopular cite lain, tp bg aku cite ni antara cite terbaik utk tahun ni.

TOTAL : (9 + 9 + 9 + 5 + 5 = 9.25)

Comments

TOTAL =9 + 9 + 9 + 5 + 5 = 9.25 Terima Kasih atas review Nomination: Kim Sang Joong, Jo Dong Hyuk   Post time 30-12-2014 11:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2014 11:50 AM | Show all posts
inaniloquent replied at 30-12-2014 06:45 AM
나쁜 녀석들
CeritaDaebakkk! Antara karya terbaik u ...

sesuai sgt ayat prejudice/pathetic utk wtk bodoh, kang ye won tu

komen kau mmg hebat bhgn teknikal
ade seorg forumer pun komen sama psl 'shots' camera ni..
leh baca kt surveysheet tu

aku plg suka shots camera epi 7 tu...tae so bertarung ngan abg dia tu...
spectacular...artistic direction...


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 04:27 PM | Show all posts
dauswq replied at 30-12-2014 11:50 AM
sesuai sgt ayat prejudice/pathetic utk wtk bodoh, kang ye won tu

komen kau mmg hebat bh ...

dh bace dh sblom tulis........tu source aku
lupa nk tulis......."as cited in surveysheet"






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2015 12:51 PM | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 12:57 PM | Show all posts
inaniloquent replied at 30-12-2014 06:45 AM
나쁜 녀석들
CeritaDaebakkk! Antara karya terbaik u ...

"Oh Goo Tak menafikan yg dia pernah kuarkan arahan utk bunuh Jeong Mun.Tapi ada satu flashback, scene antara dia dgn pacit tua, yg mana dia arahkan pacit tua tu cari org upahan (Tae Soo) utk bunuh Jeong Mun dlm penjara - (akhir epi 9)."


imaginasi OGT je ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2015 06:46 PM | Show all posts
ismaha replied at 4-1-2015 12:57 PM
"Oh Goo Tak menafikan yg dia pernah kuarkan arahan utk bunuh Jeong Mun.Tapi ada satu flashback, sc ...

mula2 aku ingat imaginasi gak

tp bile tgk si pathetic jumpe pacit baduk tu,
siasat betul ker OGT penah upah dia,
bile dh tahu, tu yg si pathetic tu moyan kt OGT

sbb tu tae soo duk kehulu kehilir bawak gambo jeong mun
mase dlm jail...........motip nk bunuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 07:19 PM | Show all posts
ismaha replied at 4-1-2015 12:51 PM
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

ade erk lagu yg kau igt dlm drama ni?

aku tak igt langsung ade lagu main, takat instrumental tu aku perasan la gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 07:22 PM | Show all posts
inaniloquent replied at 30-12-2014 04:27 PM
dh bace dh sblom tulis........tu source aku
lupa nk tulis......."as cited in surveysheet"
...

kau mmg..
suk copy paste tp pndi olah smpi tukang bacanya kelabu mata
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 07:26 PM | Show all posts
ah... nk tengok drama ni tp xde english subtitle... sapa yg ada boleh share?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 07:34 PM | Show all posts
milanhawkin replied at 4-1-2015 07:26 PM
ah... nk tengok drama ni tp xde english subtitle... sapa yg ada boleh share?

prefer tgk on9 ker atau download?

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:55 PM | Show all posts
dauswq replied at 4-1-2015 07:34 PM
prefer tgk on9 ker atau download?

@dauswq, ceritanya dah download dah... tgh mencari eng subtitles. dok gugel tak jumpa2... or maybe milan le yg x reti nk menggugel...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2015 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
milanhawkin replied at 4-1-2015 09:55 PM
@dauswq, ceritanya dah download dah... tgh mencari eng subtitles. dok gugel tak jumpa2... or maybe ...

Cari guna subscene...selalu ade kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 10:25 PM | Show all posts
dauswq replied at 4-1-2015 10:09 PM
Cari guna subscene...selalu ade kt situ


thanks @dauswq
jasamu dikenang... hehehe... malam ni boleh la marathon bad guys plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2015 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
milanhawkin replied at 4-1-2015 10:25 PM
thanks @dauswq
jasamu dikenang... hehehe... malam ni boleh la marathon bad guys plak. { ...

Alrite selamat menonton
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2015 11:07 PM | Show all posts
baru tgk first ep, tapi daebak!
all of the characters sgt ohsem!

malam ni marathon!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:34 PM | Show all posts
ohmai... ep4 sangat intense... loving this drama so far...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2015 01:34 PM | Show all posts
CARI 2014 K Drama Awards

Bad Guys tercalon:

Terbaik (8) :

*Best Director*
*Best Screenplay*
*Best Cinematography*
*Best Actor*


Popular :
*NONE*

Info: http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.508377 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list