CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 0

Sheila, Clayderman semarakkan Panggung Anniversary

[Copy link]
Post time 15-8-2014 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Sheila, Clayderman semarakkan Panggung Anniversary

SEBELUM kewujudan pentas persembahan popular masa kini seperti KL Live Centre dan yang bertaraf dunia sebagaimana Istana Budaya serta Dewan Filharmonik Petronas, pentas terbuka Panggung Anniversary Tasik Perdana Kuala Lumpur (Lake Garden), terlebih dulu menyimpan pelbagai kenangan manis membabitkan persembahan artis-artis popular tanah air.

Panggung Anniversary pernah menjadi ruang buat nama-nama besar berkongsi keasyikan karya mereka kepada umum. Sebahagian daripadanya adalah Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Francissca Peter termasuk kumpulan Alleycats, Slam dan Exists.






Pengalaman yang sama juga pernah dilalui seorang figura cukup terkenal dengan nuansa jazz sesuai dengan gelarannya selaku Ratu Jazz, siapa lagi kalau bukan Datuk Sheila Majid.   

Cukup menarik selepas hampir 30 tahun tidak melakukan persembahan di Panggung Anniversary, Sheila kembali menakluki pentas itu menerusi sebuah persembahan dinamakan Kuala Lumpur Lake Garden Festival: Rhythm in The Park (KLLGF) pada 15 Ogos (esok) jam 8.30 malam.

Turut memeriahkan acara pembukaan itu, adalah pemain piano terkenal antarabangsa, Richard Clayderman.

“Panggung Anniversary ada sejarah tersendiri sepanjang pembabitan saya dalam dunia seni. Di mana, ia menjadi pentas persembahan seawal pembabitan saya di dalam bidang ini khususnya era 1980-an.

“Hampir 30 tahun, saya kembali lagi menghiburkan peminat di sana dan pastinya ia mengimbau nostalgia buat semua yang hadir khususnya mereka yang membesar dengan lagu-lagu saya,” katanya.

Dalam soal menghiburkan peminat, Sheila tidak pernah memilih bahkan amat berbesar hati  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) selaku penganjur sudi memilih beliau.

“Saya akan membuat persembahan tidak kira di mana sekalipun dan setiap kali ada permintaan untuk menyaksikan persembahan saya,” katanya lagi.

Mengemaskini kalendar seninya, penghibur terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Sinaran, Pengemis Muda, Legenda, Antara Anyer dan Jakarta serta banyak lagi, bakal meraikan ulang tahun kerjaya nyanyiannya yang ke-30 pada tahun hadapan.

Tempoh 30 tahun bukan sekadar angka, sebaliknya ia lambang kebanggaan buat wanita hebat itu kerana mampu bertahan sebegitu lama, sedangkan yang lain, hadirnya mereka seketika tanpa sejarah sempat dicipta.

“Tahun depan adalah ulang tahun saya ke 30 tahun dalam bidang muzik.  Saya, pihak pengurusan dan syarikat rakaman di dalam proses penyusunan program untuk meraikan ulang tahun.

Misalnya sekarang ini, saya sedang dalam proses merakam album baru, Insya-ALLAH akan berada di pasaran awal tahun depan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049971 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list