CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2305|Reply: 4

Yazit (Search) Terharu Isteri Jual Kraftangan Cari Wang

[Copy link]
Post time 2-8-2014 03:52 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad terharu dengan pengorbanan isterinya, Ramlah Ahmad yang sanggup menjual hasil kraftangan bagi mendapatkan wang untuk membiayai kos perubatannya akibat penyakit kegagalan buah pinggang.




Yazit, 52, berkata, isterinya menghasilkan pelbagai kraftangan seperti kotak tisu, tas tangan dan perhiasan rumah menggunakan manik untuk dijual kepada rakan-rakan dan peminat.




"Dia tidak mahu kami meminta-minta dan selagi ada kudrat untuk mendapatkan wang dia akan cuba sedaya upayanya untuk membantu saya dan pengorbanannya itu membuatkan saya cukup terharu.
"Kadang-kala dia bersengkang mata untuk menyiapkan tempahan namun Alhamdulillah hasil kerja tangannya cukup cantik dan mendapat banyak permintaan daripada pelanggan," katanya kepada mStar Online.
   


Tas tangan yang dihasilkan Ramlah menggunakan manik.
Tambah Yazit, jika dia mempunyai sebarang undangan ke majlis-majlis hiburan dia akan membawa hasil kerja isterinya itu untuk dijual terus kepada pelanggan.
Yazit yang terpaksa melakukan rawatan hemodialisis sebanyak empat kali sehari setiap empat jam memerlukan RM2,800 untuk menampung kos tersebut setiap bulan dan tidak termasuk ubat-ubatan lain.

Dalam pada itu, Yazit berkata, dia amat merindui untuk kembali beraksi di pentas bersama Search namun kesihatannya yang tidak mengizinkan membuatkan dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 10:09 AM | Show all posts
hasil kerja tangan yg unik sekali selagi ada tulang empat kerat usaha yg mendatangkan hasil yg lumayan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 02:29 AM | Show all posts
Dia xbeli insurans kesihatan ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 10:56 PM | Show all posts
Bagus wife dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:34 PM | Show all posts
harap cepat sembuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048643 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list