Elle_mujigae posted on 25-10-2014 12:09 PM
17. Garisan D1 E F1 = Ukuran hujung bukaan lengan (Ukuran m) darab dua
Sambungkan point G dan D ...
Pola bahagian kolar hadapan
Untuk buat lapik leher, mula-mula..ambil lebihan pola hadapan, part bahagian leher selepas pola bahagian badan digunting (area kaler hijau). Trace bahagian ini di atas kertas minyak.
Part lebihan pola bahagian leher hadapan (area kaler hijau)
Lepas dah trace,
dari point A ukur garis AP. AP = Lebar bahu bahagi dua dan tandakan point ini point P. Dari P, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini. Lukis garis lurus dari point O ke point tersebut.
Dari O, ukur 2 inci ikut garis bahu dan tandakan point ini Dari Q, ukur ke bawah 2.5 inci dan tanda point ini Di area lengkung bawah, ukur lebih kurang 2 inci dan tandakan point ini..
Sambung point-point tersebut dengan pembaris French Curve.
Pola bahagian kolar belakang
Untuk buat lapik leher, ambil lebihan pola belakang, part bahagian leher selepas pola bahagian badan digunting (area kaler hijau). Trace bahagian ini di atas kertas minyak.
Part lebihan pola bahagian leher belakang (Area kaler hijau)
Lepas dah trace,
dari point A, ukur garis AD. AD = Lebar bahu bahagi dua. Dari point D, ukur 1 inci ke bawah dan tandakan point ini. Dari point ini lukis garis lurus dari point C.
Dari point C, ukur 2 inci ikut garis bahu dan tandakan point ini. Dari point E, ukur 3.5 inci ke bawah dan tandakan point ini..
Sambung point-point tersebut dengan pembaris French Curve. Dan boleh gunting kedua-dua pola.
Nanti dah gunting pola tu kita akan dapat pola rupa sebegini;
Last edited by Elle_mujigae on 26-10-2014 06:17 PM
|