View: 4717|Reply: 1
|
[Budaya]
Jom Mengenali Hari Gawai
[Copy link]
|
|
Teringat saya sewaktu di Sarawak dulu... sejak empat tahun yang lalu, menyaksikan kemeriahan perayaan Hari Gawai bukanlah sesuatu yang asing lagi untuk saya, juga rakan-rakan dari Semenanjung yang lainnya. Hari Gawai merupakan "Perayaan Menuai" yang disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak (juga masyarakat Kadazandusun di Sabah) sejurus selepas selesainya Kaamatan. Hari Gawai disambut dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan dan adat yang berwarna-warni.
Jika dahulu, sambutan Hari Gawai mungkin hanya diraikan oleh masyarakat Kadazandusun, Dayak, Murut, Iban dan Bidayuh selain hanya terkenal di Malaysia Timur sahaja, sejak kerajaan memperkasakan konsep perpaduan dan integrasi antara wilayah, sambutan Hari Gawai turut popular di Malaysia Barat. Bukan lagi suatu kejanggalan dalam kalangan rakyat Malaysia di kawasan Semenanjung untuk memahami dan mengenali apakah itu perayaan Hari Gawai. Malah, di Sabah dan Sarawak, perayaan ini sudah melepasi sempadan agama dan etnik apabila ia turut diraikan oleh etnik yang beragama islam. Jadi tidak hairanlah apabila dalam sambutan perayaan terbabit semalam, pihak penganjur tidak ketinggalan menyediakan juadah yang halal untuk dinikmati oleh masyarakat beragama islam.
Senario seumpama ini merupakan suatu perkembangan yang positif dalam mengukur tahap perpaduan sejagat rakyat Malaysia, Sekurang-kurangnya dengan adanya integrasi dan komunikasi di antara pelbagai etnik yang sama-sama meriahkan pelbagai sambutan perayaan di negara ini, ia akan dapat mengeratkan silaturrahim, memupuk kesefahaman, rasa hormat-menghormati dan selain berupaya memelihara warisan dan budaya masyarakat Malaysia yang variasi agar tak alpuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Usaha kerajaan yang agresif dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan sesuatu sambutan perayaan dan kebesaran itu sebagai milik semua rakyat Malaysia jelas membuktikan betapa kerajaan pada hari ini sangat komited dalam menjana keakraban dan memperkukuhkan perpaduan sedia ada melalui perkongsian nilai-nilai murni dan kepercayaan yang berbeza-beza agar perselisihan faham dapat diatasi dan perbezaan antara etnik dan agama menjadi sesuatu yang bersifat 'manis' di negara ini.
Apa yang pasti, sambutan yang berlangsung saban hari dan saban malam selama sebulan, bermula daripada semalam ternyata mengundang suatu persepsi yang amat menyenangkan - suatu gambaran sebenar mengenai "perpaduan yang dibentuk melalui kepelbagaian" dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, dua buah negeri yang mempunyai etnik paling variasi. Justeru, rakyat Malaysia diharapkan agar bertanggungjawab dan menghargai perpaduan yang tidak terbina dalam tempoh sehari ini dan bersama-sama mempertahankan kemakmuran Malaysia yang kita cintai...
Jom Saksikan sambutan hari Gawai yang diraikan di sabah dan sarawak, Kitakan Satu Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
good info.. terima kasih tt.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|