CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5066|Reply: 18

CERITA BEKAS PENGASUH TASKA PERMATA HARAPAN MENGENAI PENGALAMAN BELIAU

[Copy link]
Post time 8-1-2014 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Bersama kita ambil iktibar:Aku pernah bekerja di taska ni, aku kerja sebulan je. Sebab aku tak larat nak tengok budak berapa bulan kena campak atas tilam, (pengasuh) pukul budak yang tak tahu apa-apa. Hari-hari aku tersebak hati, kerana budak-budak kena dera dengan mereka.Aku tak tahu apa nak buat, bila masa aku terdengar bayi menangis dekat atas, aku naik dan dukung budak yang menangis. Tapi tiga orang termasuk tuan punya Taska tu kata , "oi, kau buat apa tu? Semak la kau ni, jangan manjakan budak tu." Aku hanya mendiamkan diri.Dan aku dipanggil turun untuk mengajar budak dekat bawah dan dua orang lagi naik ke bilik bayi. Lagi kuat (bayi) menangis, aku tak tahu apa yang dia orang (pengasuh) lakukan.Yang aku tengok dengan mata aku sendiri, budak bertukar-tukar susu. Ibu-ibu bayi selalu letakkan susu badan dalam bekas tapi satu bekas, diberi semua budak minum. Yang lain bila masa balik, cikgu tu buang susu dalam bekas kata anak sudah minum, padahal tak minum. Bagi lampin pulak, dia pakaikan pada budak masa balik, yang lain simpan buat anak tuan taska pakai semua, seperti susu tepung. Ada seorang kanak-kanak istimewa dekat situ, masa  nak balik dia orang akan turunkan ke bawah, cara turun heret dari atas hingga bawah.Kadang-kadang ibu bapa hantar, ada yang buang air besar, pengasuh tidak tukarkan (lampin), (sebaliknya) pengasuh letak dalam bilik mandi mana yang buang air sampai lenjun itu sampai masa mandi.Ingat apa yang emak (pengkomen) katakan, jangan ikut apa yang mereka lakukan, kita jaga budak dengan elok. Itu amanah ibu bapa mereka hantar mereka (ke taska itu).Akhirnya aku berhenti, setelah mendapat gaji. Mak marah, "kau kerja dah berhenti macam mana nak cari duit untuk majlis ni". Aku kata rezeki di mana-mana. Aku gembira mendengar berita yang taska ini dah pun terbongkar. Terima kasih kepada bapa PMSA. (gambar suspek: ROZITA AWANG, pemilik Taska Permata Harapan. Komen dioleh semula supaya sesuai untuk bacaan umum)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya...buat naya anak org camtu...pdn muka kena tangkap dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:43 PM | Show all posts
ouh, ni dia ada komen kat website mane tah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:45 PM | Show all posts
owner dah kena tangkap ek? sori x folo sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:47 PM | Show all posts
dah lama dah....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau tertukar2 susu tu, kalau budak2 tu minum susu ibu yg berlainan sampai 5x kenyang, mcm ne? bkn nnt besar dorg xleh kawen ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2014 05:50 PM | Show all posts
nurul_akmar posted on 8-1-2014 05:47 PM
kalau tertukar2 susu tu, kalau budak2 tu minum susu ibu yg berlainan sampai 5x kenyang, mcm ne? bkn  ...

itu namanya org tak amanah...
besar akibatnya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:51 PM | Show all posts
nurul_akmar posted on 8-1-2014 05:47 PM
kalau tertukar2 susu tu, kalau budak2 tu minum susu ibu yg berlainan sampai 5x kenyang, mcm ne? bkn  ...

haah aku pun terfikir soalan yg sama tadi...

masyaAllah..semoga Allah lindungi anak2 kita semua dari hasad dengki manusia dan syaitan..amin ya rabb.,.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 05:52 PM | Show all posts
mmg cilaka org  yg wat cmni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:53 PM | Show all posts
buka taska niat nak kaut untung lepastu jaga anak orang macam binatang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 05:54 PM | Show all posts
blackred99 posted on 8-1-2014 05:43 PM
ouh, ni dia ada komen kat website mane tah.

kat amazing nara ade..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2014 05:55 PM | Show all posts
vierra_trisya28 posted on 8-1-2014 05:51 PM
haah aku pun terfikir soalan yg sama tadi...

masyaAllah..semoga Allah lindungi anak2 kita semua ...

abes satu taska jadi adik beradik susuan..x bertanggungjawab lgsg..
amanah,org bg suruh jage,,tp layan budak2 tu mcm ape je

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 05:59 PM | Show all posts
shogun77 posted on 8-1-2014 05:55 PM
abes satu taska jadi adik beradik susuan..x bertanggungjawab lgsg..
amanah,org bg suruh jage,,tp  ...

itulah..mcm x percaya ada manusia yg sanggup buat pada anak2 yg takda dosa ni mcm ni...aku tak sangka sungguh..
menjawab lah kat akhirat sok..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:20 PM | Show all posts
laa.. perkerja ni tak repot polis ke?? Lpas dapat gaji buat buat tak tau je?? kalau aku, aku keluar je taska tu aku terus berlari ke balai polis
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 08:21 PM | Show all posts
nurul_akmar posted on 8-1-2014 05:47 PM
kalau tertukar2 susu tu, kalau budak2 tu minum susu ibu yg berlainan sampai 5x kenyang, mcm ne? bkn  ...

kalau kes teraniaya macam ni kira jgak ke ye??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 12:58 AM | Show all posts
timahterung posted on 8-1-2014 08:21 PM
kalau kes teraniaya macam ni kira jgak ke ye??

entahla.. tak tau plak aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2014 12:08 PM | Show all posts
dah masuk jail kan pompuan gila ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2014 01:25 PM | Show all posts
semoga dia mendapat balasan y setimpalnya. kesian kat anak-anak tu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2015 10:47 AM | Show all posts
sebab tu I takut nak hantar anak I kat tempat mcm ni...boleh trauma I..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054085 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list