CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4063|Reply: 27

Kenapa masalah sosial semakin menjadi2

[Copy link]
Post time 9-10-2013 07:25 PM | Show all posts |Read mode

"Sinar Harian berkesempatan menemui sorang remaja perempuan, berusia 17 tahun kira-kira jam 3 pagi yang berpelesiran di sekitar Pekan Kulim dan terlibat dalam kegiatan pelacuran bawah umur sejak tiga tahun lalu"

I tak faham kenapa remaja sekarang menjadi2..siapa patut disalahkan?

1) mak bapa
2) keadaan sekeliling
3) undang2 tak kuat
4) pengaruh kawan

keluarga A dan keluarga B duduk ditaman yang sama, gaji mereka sama saja..anak mereka belajar disekolah yang sama..
tapi anak keluarga A semunya baik belaka..anak keluarga B semuanya keluar masuk penjara..

so kat sini didikan mak bapak yg tak betul la menentukan masa depan anak tu..


ni cara ayah saya didik kami dulu..
-lepas balik sekolah mesti p mengaji
-lepas balik mengaji kami dibenarkan main, tapi mesti berdekatan dgn rumah
-kami tak dibenarkan pergi kerumah jiran yg ayah kami tk kenal
-sembahyang tk bole tinggal
-lepas kol 7pm tak dibenarkan keluar rumah
-kami tak dibenarkan pergi kerumah kawan yg duduk jauh, pergi jauh mesti ikut mak ayah
-lepas magrib kena start study dan wat kerja sekolah
-ayah saya jugak akan jumpa guru kelas kami setiap 3 buln sekali untuk pantau kelakuan kami...biasalah kdg budak kat rumah lain kat sekola lain
-sekolah rendah jenis yg campur, sekola menengah saya didaftarkan di sekola perempuan..
-masa umur 14thn, ayah saya tak bg saya kawan dengan budak laki...dia memang tegas bab tu..bukan tak percaya pada kami..katanya dia tak percaya pada umur itu..sbb umur remaja ni tidak dpt bezakan keburukan dan kebaikan..

dulu kami rasa awatla ayah kami ni tegas..tp skrg kami tau kebaikan dari caranya itu...

hampapun share la cara didikan mak ayah kamu...mungkin bole jadi rujukan untuk orang lain






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu mak i pun garang.siap guna rotan lagi kt rumah. tak siap kerja sekolah siapla....sbb mak i cikgu english kelas i..huhu.

sbb parents garangla anak jadi manusia. sekarang ni mmg i garang dgn anak...tapi bertempatla..contohnya kalau dia buat salah i akan terus cakap tak boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 07:47 PM | Show all posts
ibu bapa tak perlu tegas. biarkan mereka sebab mereka boleh fikir sendiri. cuma sentiasa ingatkan mereka bila mereka dah umur 18 nanti makan, minum, tempat tinggal, mama dan papa tak tanggung dah. orang melayu kalau ajar agama banyak2 pun tak guna jugak. kat dalam jel, lokap, pusat serenti tu penuh orang melayu. tu mak bapak tak ajar agama ke? i dont think so.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 07:47 PM | Show all posts
rasanya thread ni lebih sesuai di bod perbincangan keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 07:56 PM | Show all posts
Semuanya kena bergantung pada mak ayah dan cara didikan...
tapi ada juga anak yang tak menjadi walaupun dari keluarga yang amat bagus...
kat situ Allah nak uji...
kesimpulannya...semua pihak ada sahamnya...
70% pada mak ayah...
15% pada cikgu...
15% pada masyarakat...
anggaran je la...
sebagai contoh...kita sebagai masyarakat...kalau jumpa anak jiran tengah berdating..
nak tegur ke?entah2 namanya pun kita tak tahu...
semua ada peranan masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 10:50 PM | Show all posts
Mak ayah dah tentu bagi yang terbaik untuk anak2 (mostly lah kan ?)

Dengan siapa kita kawan tu pun penting jugak. Kalau kawan dengan orang yang sosial, sikit sebanyak kita pun akan terpengaruh. Sebab budak2 sekarang lagi suka dengar nasihat kawan dari nasihat family. Dah susah, sesak takde duit baru ingat nak cari family.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 11:35 PM | Show all posts
ok kasi move.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 09:09 AM | Show all posts
MegiTomyam posted on 9-10-2013 10:50 PM
Mak ayah dah tentu bagi yang terbaik untuk anak2 (mostly lah kan ?)

Dengan siapa kita kawan tu pu ...

Yup! Btl! Anak remaja skrg lebih mudah dengar kata kawan dr kata Mak Bapak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 12:47 PM | Show all posts
aku dl blk dr sekolah tgh ari p ngaji pastu ptg leh main smpai magrib. pas mkn mlm kn wat keja sekolah x dibenarkan tgk tv...alhamdulilah skang ni hidup aku terjamin
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:20 PM | Show all posts
BlueRose99 posted on 10-10-2013 09:09 AM
Yup! Btl! Anak remaja skrg lebih mudah dengar kata kawan dr kata Mak Bapak...


Kata Ustaz Don, sbb mak bapak tak nak dgr apa anak-anak nk bualkan masa depa kecik.
Mak bapak sibuk, letih, penat, bila anak-anak kecik nk bercerita, mak bapak suruh diam.. suruh tgk tv.. jd nya bila besar, anak-anak cari kwn la yg lebih menjadi pendengar setia..

wallahu'alam.. tu dlm video Ustaz Don. Last edited by nano on 11-10-2013 02:22 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:22 PM | Show all posts
hmm.. kena tgk balik pergaulan sosial mak bapak tu jugak..
kadang, punca rezeki ke.. pon menjadi antara penyebab...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:37 PM | Show all posts
pengaruh TV, internet segala FB, twitter, youtube, ..hp...


didikan dan pantauan mak pak juga sangat penting..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:05 PM | Show all posts
nano posted on 11-10-2013 02:20 PM
Kata Ustaz Don, sbb mak bapak tak nak dgr apa anak-anak nk bualkan masa depa kecik.
Mak bapak s ...

ada logik nya jugak muhasabah diri..kena jadi pendengar setia anak...kena cuba kawan dengan anak...cuba fahami dunia diorang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:55 PM | Show all posts
it all boils down to corak family kita - ada juga background alim ulamak, dahi sampai hitam, tapi anak2 jadi tak betul

punca? byk really kan? sumber wang yg tak halal/rasuah/riba/curi blablabla, pengaruh kawan, pengaruh media sosial

and I think that we should stop to compare duluuuuuuuu duluuuuuuuuu punya kes, because we're not at the same pace as before, dulu pun ada jer kes anak luar nikah, ada jer perogol/penyangak/pencuri etc. bukan sekarang jer

dulu ada jer samseng - if not P Ramli tak buat dialong pasal samseng

20 years ago ada ker forum/fb etc? kita depend on what is reported on the news be it paper or tv. tu semua kita telan bulat2, but now dah ada blog bagai, hp ada camera, it's moving fast!

duluuuuuuuu nak pergi point A to point B rasa mcm sehari tak sampai lagi, now lelap kejap dah sampai destinasi

tak boleh salahkan mak bapak 100%, ada anak2 dari keluarga yg susah melarat cerai berai jadi juga manusia yg berguna, belajar tinggi and berilmu

ada dari golongan yg kaya raya cukup segala harta duniawi and ukhrawi tapi anak2 turns out membohsia kan diri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2013 12:52 AM | Show all posts
bukan nak kata yg mai dari family baik semuanya baik..tapi mereka yg ikut sunnah nabi dalam didik anak pasti anaknya tidak akan sesat

hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

walaupun sebab2 lain jugak menjadi punca..tetapi ibu bapa tetap punca utamanya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2013 02:25 PM | Show all posts
ibu bapa takda parenting skills, nak dapat nak adapt dengan tekanan suasana semasa

ibu bapa terlalu fokus kepada mencari rezeki untuk memberi anak sesuap nasi

keadaan sekeliling terlalu banyak unsur negatif membiak2 tanpa kawalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2013 07:00 PM | Show all posts
bila pegangan agama longgaq, rahmat buleh bertukar jadi musibah

tapi kalo pegangan agama tu kuat,  tanah kering kontang akan jadi subur

buleh faham dak?

pegangan agama tu bukan maksud serban jubah ye?

atau pakai veil kendian pakai spek itang macam waheeda
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
adi_iskandar posted on 9-10-2013 07:47 PM
ibu bapa tak perlu tegas. biarkan mereka sebab mereka boleh fikir sendiri. cuma sentiasa ingatkan me ...


I beg to differ to your statement.
Anda pernah tk pergi penjara, dan interview sendiri banduan2 tersebut. Mengapa dan bagaimana dorg boleh terjebak dlm keadaan tersebut?

Persoalannya, kebykkan remaja bermasalah adalah kerana keruntuhan institusi kekeluargaan. Ini fakta. Bukan pakai logik akal saja ya.

Isu ajar agama ni tak boleh dipersoalkan. Mana2 agama akan ajar perkara yg baik2. Kita sbg manusia di muka bumi ni, mmg memerlukan panduan hidup. Dan sesetengah perkara dlm hidup mmg memerlukan "divine intervention". Sy xnk ckp agama islam ke, kristian ke, buddha ke...mana2lah saja pun. Mesti nk yg baik2 saja. Last edited by ayu_kasyah on 15-10-2013 02:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:10 AM | Show all posts
sebenarnya didikan tu yang sangat penting....tak semestinya didikan agama....sebab kalau kita tgk sesetengah bangsa lain yang bukan beragama islam...ramai ja yang family baik2 jenis hormat ibu bapa adik beradik dan jadi manusia ..pada i yang penting ikatan kekeluargaan dan didikan dalam keluarga...


tapi sebagai orang islam kita kena terapkan asas agama ..ilmu agama..disamping ikatan kekeluargaan..

sebab ada kes keluarga alim tapi anak2 hancus...sebabbya kurangnya ikatan kekeluargaan dan cara didikan yang salah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesetengah remaja yg brmasalah bkn krn kurang didikan atau kasih sayang tp krn trlalu dimanjakan dan pengaruh kawan. mrk dr kecil sentiasa dpt apa yg mrk nak. Bila dh remaja,mrk akan buat apa je utk dpt apa yg mrk nak hatta mmberontak atau menipu mak pak. dan pengaruh kawan lah yg paling2 dahsyat sbb mrk takkan dengar sepatah pun nasihat keluarga kalau dlm hati hanya ada kawan..kawan..kawan.. Bg mrk kawan menyeronokkan,enjoy brbanding rumah yg mak brleter,ayah mengongkong. Dpt kwn jahanam....abis lah.
So masa awal2 remaja mmg kt sgt2 perlu mwnjadi kwn kpd anak. Selami apa perasaan mrk. Zaman 'anak kena ikut saja ckp mak pak'dh brlalu. Zaman skarang x sama dgn dulu. Budak skarang dh berani utarakan pendapat which is kalau zaman dulu org tua kata 'kurang ajar'atau 'menjawab'.
kt kena terima lah perubahan tu kalau tdk,mrk akan brpaling pd kwn2 yg bg mrk lebih memahami.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.263748 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list