CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5422|Reply: 10

Tips Menarik Untuk Menambat Hati Mentua

[Copy link]
Post time 5-7-2013 03:48 PM | Show all posts |Read mode



Bagi yang sudah berkahwin, ada mentua yang sukar untuk diambil hatinya. Maklumlah, manusia ada pelbagai karektor. Ada yang bertuah, mendapat mentua yang sporting, tetapi yang kurang bertuah, ada sajalah yang tidak kena dimata mereka. Berikut kami ingin kongsikan bagaimana untuk menambat hati mentua.

1. Gunakan pakaian yang sesuai semasa bertemu. Saat pasangan mengajak anda untuk berjumpa dengan ibu bapanya, pastikan anda menggunakan pakaian yang sopan dan tidak berlebihan. Jauhkan aksesori-aksesori yang berlebihan kerana itu boleh menjatuhkan imej anda di hadapan mereka. Selain itu juga bagi orang Islam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Good impression is a must!

2. Berikan hadiah atau buah tangan. Sama juga dengan ibu bapa anda, ayah-ibu pasangan anda pasti bakal senang jika dibawakan hadiah atau makanan tertentu kepada mereka. Oleh sebab itu, sebelum anda sampai ke rumah mentua, singgah di kedai dan belikan buah tangan untuk mereka. Ini kira BODEKlah!

3. Persiapkan diri dengan baik. Ingat bahawa matlamat pasangan anda mengajak bertemu orangtuanya adalah agar anda mengenal orangtuanya. Jadi seboleh mungkin persiapkan diri dengan baik. Tanya info mengenai ibu bapa pasangan anda supaya apabila berborak nanti, tidaklah kekok.

4. Biarkan mereka yang banyak berbicara. Sebagai orang yang lebih dahulu lahir di dunia, biasanya mereka pasti lebih banyak cerita. Dengarlah dengan baik apa yang mereka bicarakan. Sesekali keluarkan soalan-soalan yang memancing mereka bbercerita. Berikan wajah bersemangat keranamereka akan menyedari bahawa anda sungguh-sungguh ingin bercakap dengan mereka.

5. Berbincanglah mengenai pasangan anda juga. Hampir setiap ibu bapa pasti sangat membanggakan anak-anaknya, dan oleh kerana itu juga mereka sangat ingin pasangan anak mereka nanti merupakan orang yang tepat. Bertemu dengan ibu bapa pasangan anda akan memberi peluang untuk mengenal lebih dalam siapa pasangan hidup mereka.

6. Bagi yang mempunyai anak pula, kami nasihatkan anda lebih kerap pulang membawa anak-anak anda berjumpa dengan nenek dan atuk. Ini juga adalah satu tips untuk merapatkan hubungan kekeluargaan anda.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2013 05:53 PM | Show all posts
mungkin TT boleh share Tip2 utk menambat hati mak mertua yang cerewet...apa menantu buat semua tak betul....kalau jenis ni mcm mana??...aku nak tau jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
leni posted on 9-7-2013 05:53 PM
mungkin TT boleh share Tip2 utk menambat hati mak mertua yang cerewet...apa menantu buat semua tak b ...

ceraikan anak lelaki dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 05:17 AM | Show all posts
leni posted on 9-7-2013 05:53 PM
mungkin TT boleh share Tip2 utk menambat hati mak mertua yang cerewet...apa menantu buat semua tak b ...

jauhi lah apa yg mil tak suka...walaupun hati terluka...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 01:01 PM | Show all posts
itu hipokrit namanya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:30 PM | Show all posts
tips2 bagai neh, letak lah kat sub board petua rumahtangga tuh..

@nuryakmal tolong tarik thread neh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2013 02:59 PM | Show all posts
tips nye, buat muka tebal, pekak kan telinga, dan kena sabar byk.
sbb dh nama dtg dr latar belakang yg berbeza, cara dia & cara kita tak sama.
Tp yg pasti, dia yg lahirkan suami kita...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 04:46 PM | Show all posts
Mak Mertua n Ayah Mertua dua2 dh tkde... kembali ke rahmatullah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 03:12 AM | Show all posts
Nasib baik lah MIL mmg senang nk bodek..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 12:14 PM | Show all posts
ala senang jer cuba elakkan jumpa selalu..jumpa bila perlu jer..  
dulu mak mentua aku pun bnyak songeh dok bising pasal pakaian aku singkat lah..ketat lah.. mula2 aku just pekakan telinga+bnyak2 bersabar jer tp bila dah lama jadi menantu ni aku xde cover line..
bila ada bnd xkena cepat aku akan cantas ckp mak mentua aku.. mak mentua aku suke sangat komen hal pakaian aku..pada hal ipar2 lain pun pakai yg sama mcm aku..
biasa aku akan tepis balik apa yg mak mentua aku  ckp conth.. "ala mak org muda xakan nak pakai baju kurung 24jam..mak dulu pun pki kebaya jarang nampak bra lagi tp lex jer sy tgk kat gambar lama mak tu.."..
now dia dah tahu aku jenis org mcm amne ..so mak mentua aku dah xberani nak komen apa2.. tp apa2 aku still jaga hati dia juga.. balik umah mentua aku mesti ringan tulang..that why mak mentua aku ok kot gan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 12:30 PM | Show all posts
org kata.. klu dekat busuk..tp bila jauh, wangiiiii ja...

namun apa kan daya.. kaksom tinggal sama mertua.. uhuk uhuk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.333057 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list