|
The Blade and Petal - Uhm Tae Woong, Kim Ok Bin [Wed & Thu , Start 3/7/2013]
[Copy link]
|
|
Syikien3 posted on 30-7-2013 04:06 PM
suka sangat citer nie.
walaupun tgk epi 1 & 2 ade sikit lembab, tapi after reading the reviews fo ...
kiranya kena tgk pas epi 2 & 3 ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
dauswq posted on 30-7-2013 04:08 PM
kiranya kena tgk pas epi 2 & 3 ye?
i baca kat dramabean.com for their komens on the drama.
kira mengelat ler nie baca smp episode 7, padahal i abis tgk hingga epi 2 aje... hehek...
okok i tk nk jadi spoiler plak. hehek.
|
|
|
|
|
|
|
|
manganini posted on 31-7-2013 12:13 AM
dah terlepas episod 1 & 2.. apakata syikien buat sinopsis sikit untuk episod 1 & 2.. hihihiiii ...
haha...
ok i copy&paste from Dramabean aje k.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada aku kenapa cerita ni rating rendah sebab jalan cerita dia lebih kurang mcm The Princess Man so audience mmg dah predict apa yg berlaku. aku pun rs ada certain part lebih kurang mcm princess man dan aku mmg nmpk byg2 princess man dalam cite ni. Cite ni byk pelakon yg bagus tp sayang skrip dia agak lemah dan predictable.
Rating Keseluruhan Drama: (6/10)
1. Cerita (6/10)
- Berkisarkan zaman kejatuhan Goguryeo dimana berlaku perbalahan dan ketidaksefahaman di antara General Yeon ( Choi Min Soo ) dengan raja Yeongnyu. General Yeon lebih suka berperang manakala raja Yeongnyu lebih kepada diplomasi dalam mencari kedamaian antara 2 negara. Disebabkan mereka berdua ni tidak dapat mencapai kata sepakat menyebabkan General Yeon membuat keputusan untuk memberontak dan membunuh Raja Yeongnyu dan melantik raja pilihan dia sendiri untuk dijadikan boneka.
- General Yeon ada 2 orang anak lelaki. Yang pertama Choong anak yang tak sah taraf dan dilahirkan oleh hamba dan yang ke dua Namsaeng anak dia yang sah tapi kekurangan kasih sayang daripada dia. Manakala raja Yeongnyu ada seorang puteri yang bernama soo hee yang kemudian akan ada love line dgn choong dan seorang putera bernama hangwon yang kemudiannya di bunuh sekali dengan bapak dia oleh general Yeon.
- Secara keseluruhannya korang boleh tau daripada briefing yg aku bagi kat atas tu Puteri Soo Hee tu membuat rancangan pembalasan dendam demi bapa dan abang dia tapi dia terpaksa berhadapan dgn choong sebab org yg soo hee nk bunuh tu bapa choong.
2. Keberkesanan Lakonan (7/10)
Kim Ok-bin as Princess So-hee/Moo-young
Pertama kali untuk aku tengok dia berlakon dalam drama dan pada aku dia tak de la kayu mana sebab sebelum ni dia banyak berlakon dalam filem jadi aku nampak dia banyak dah improve.
Uhm Tae-woong as Yeon Choong
Aku rasa sayang sebab watak tae woong dlm cite ni sama je macam dia dlm cite yg lain aku rasa sangat flat no excitement.
Choi Min-soo as Yeon Gaesomun
Watak ni pun mmg sesuai dgn min soo tp korang pun tau watak ni kacang je utk min soo lakonkan. Jiea dah ada tp kelainan tak ada.
No Min-woo as Yeon Namsaeng
Sebenarnya aku mmg kagum gila no min woo jd cold blooded murder dlm cite ni. Uih jauh berbeze dgn watak2 dia sebelum ni. Masa cite ni tayang awal2 aku tak de hati nk tgk pun tp bila aku baca recap betapa kejamnya namseng ni menyebabkan aku nk tgk cite ni. Watak Namseng sgt logik utk aku dan aku rasa min woo bawa watak ni dgn baik.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (6/10)
Teknik pengarahan dia pada aku agak bagus. Kesinambungan antara satu bahagian ke bahagian yang lain ada keserasian x de la melompat sini sana. Jalan cite dia pada aku sederhana ada part yg bagus ada part yg meleret. pada aku ada juga point yg tak perlu ada tp diorg nk masukkan juga. Ending dia tak berapa kemas dan agak terencat. pada aku cite ni worth it ditonton pada ep akhir tp ada beberapa part yg perlu diperbetulkan.
4. Skor muzik (3/5)
lagu - lagu dia bersesuaian dengan setiap scene dan byk gak lagu yang sedap2.
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (1/5)
- aku kalau nk ulang masa part akhir je.
@dauswq aku calon no min woo utk pelakon terbaik...dia mmg bagus betul jd cold blooded murder bunuh org tak yah pikir pun...tak hesitate langsung...mcm ni la baru jahat betul..klu setakat gelak jahat rugi je.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak de credit ke utk ulasan kali ni? @dauswq
|
|
|
|
|
|
|
|
mafilee posted on 16-9-2013 02:09 PM
tak de credit ke utk ulasan kali ni? @dauswq
oppss sori terlupa...
kena igtkan klu aku terlupa bg hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
(((((ATTENTION))))))
Diminta untuk sesiapa yang teringin mengulas keseluruhan drama "Blade & Petal"
Gunakan cara berikut...
Kredit yg bergantung hasil budi bicara moderator masing2 akan diberikan kepada pengulas dengan disertakan markah ....Ulasan tidak perlu terlalu panjang...pendek pun dah cukup...
Anda boleh tulis satu karangan review yang panjang tanpa perlu pecahkan ulasan2 kepada kategori tertentu...tapi jangan lupa letakkan markah kategori tersebut...
Rating Keseluruhan Drama: (_/10)
1. Cerita (_/10)
Adakah jalan ceritanya sukar dijangka dan mempunyai unsur-unsur suspens dan klimaks?
Jalan ceritanya adalah tulen dan tidak/kurang skeptikal seperti drama lain?
Peralihan plot cerita dibuat dengan kemas dan teliti yang mana anda rasa tidak bosan untuk terus menonton?
Puaskah anda dengan keseluruhan jalan cerita dan bukannya pada beberapa episod tertentu sahaja?
2. Keberkesanan Lakonan (_/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...
Cth: 1. Uhm Tae Wong
Adakah lakonan mereka keseluruhannya betul-betul memenuhi kriteria yang ditetapkan pada watak yang dibawa?
Adakah pelakon-pelakon memaparkan postur badan yang betul, komunikasi dialog yang sangat baik dan tidak tersekat-sekat, keberkesanan emosi (marah, sedih, gembira) yang disampaikan secara vokal mahupun mimik muka (karisma mata, gerakan bibir, etc)?
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (_/10)
Adakah anda rasa pengarah pandai memanipulasikan elemen-eleman seperti montaj, suara latar, pemilihan tempat, pencerahan (gelap sesuai untuk menunjukkan drama itu 'dark' dan 'gloomy' ) dan sebagainya?
Adakah proses editing drama dilakukan dengan kemas? (Peralihan shot antara adegan satu sama lain )
4. Skor muzik (_/5)
Adakah muzik instrumental betul-betul kena dengan adegan yang dipaparkan dengan tidak terlalu berlebihan atau terlalu 'slow pace'?
Adakah pemilihan lagu (single-single) membuatkan anda terasa benar-benar mendalami watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon?
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (_/5)
Berapa tinggi keinginan untuk 'memaksa' anda menonton drama ini semula?
CTH: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=redirect&goto=findpost&ptid=658395&pid=52543520&fromuid=1148231
Ini penting untuk kami dijadikan markah
dan jika markahnya tinggi, maka kemungkinan drama ini akan dicalonkan ke anugerah K-drama 2013 melalui merit peratusan markah tertentu bagi peringkat pencalonan awal...
Sila sertakan tag @dauswq & moderator lain selepas anda selesai mengulas...
Last edited by dauswq on 16-9-2013 07:04 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|