|
Setiap malam sebelum tidur saya akan membaca 3 Qul dan Ayat Kursi. Malam tadi selepas membaca ayat tersebut, saya cuba hendak melelapkan mata tapi terngiang ngiang dengan jelas suara yang membisikkan.."Saya Mahu Terima....". Puas saya berusaha untuk melawan suara tersebut tapi akhirnya berjaya juga. Lagi kuat bisikan tersebut, lagi kuat saya membaca zikir diikuti dgn Ayat Kursi.
Yang pasti, suara tu garau dan agak mendalam bunyinya..nak kata saya berkhayal dan sedang mamai, saya belum lagi tidur pada masa tersebut. Ini bukan kali pertama saya diganggu oleh suara berkenaan. Mungkinkah itu gangguan saka datuk saya yang merayau ingin mencari tuan yang baru. Sebelum ini, memang saka tersebut menganggu anak cucu sampai saka tu berdiri kat hujung katil saya. Sampai satu ketika, kami terpaksa berkumpul adik beradik tidur di rumah abang saya sebab saka tu datang ke semua rumah anak cucu beliau...
|
|
|
|
|
|
|
|
saka? adess xpi wat rawatan ker?
dlm nih insyaallah de org yg leh mmbntu...
bahaya dibiarkn nih..
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya dah beberapa kali buat rawatan. Dah lama benda ni tak menganggu tetapi sejak akhir akhir ini macam datang semula. InsyaAllah, minggu depan saya akan membuat rawatan semula |
|
|
|
|
|
|
|
itu tandanya orang bunian berkenan kat kau dia nak bawak culik kau ke alam bunian.
|
|
|
|
|
|
|
|
cuba onnabila jawab...aku terima ..tgk ape jd |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni tak leh nak dibawa bergurau. Saya teringat nasihat nenek kepada rakan sebilik saya semasa menuntut di ITM Shah Alam. Dia kata, kalau nak ambil, kalau tak nak jangan ambik, kalau dah ambik susah nak buang. Masa tu saya tak faham apa yang dia maksudkan. Saya ingat dia maksudkan ayam kampong yang mereka offer kat saya...
Bila dah kerja dan terserempak dengan member tu semula, barulah dia terangkan apa yang nenek dia maksudkan. Itupun selepas saya cerita mengenai gangguan yang saya alami. Sebenarnya, baru lagi saya tahu pasal saka ni. Sebelum ini, saya anggap cuma gangguan biasa ataupun permainan hasad dengki orang.
Nak tanya..apasal selepas solat subuh tetiba saja saya tercium bau minyak atar. Baunya macam mengikut saja ke mana saja saya pergi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|