View: 3658|Reply: 4
|
Pendidikan Seks terapan Islam yg jarang diaplikasikan
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum
Saya ingin berkongsi fakta n pemerhatian saya yg lemah ini untuk tatapan umum. Sebarang penambahan & teguran jika terdapat kesalahan amat dialu-alukan.
Secara hakikatnya, pendidikan seks sudah lama ditarbiyah dalam Islam. Manusia yang mampu membaca petunjuk secara telus dan ikhlas pasti akan mentafsir pendidikan ini dari segala aspek. Pendidikan seks ini telah pun diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada keluarga dan para sahabat untuk dicontohi oleh seluruh umah.
Antara pengajaran dan tarbiyah ini adalah seperti berikut:
1. Meminta izin:
Ke mana sahaja langkah kaki seorang anak itu perlu dikhabarkan kepada keluarga dan mendapat restu dari mereka. Jika ini berlaku, rakan yang membawa anak itu keluar pasti berasa bertanggungjawab untuk menjaganya. Bahkan si keluarga tahu ke mana anaknya pergi dan dengan siapa.
Dengan ini, ibu bapa akan tahu bilakah waktu anaknya keluar dari rumah n mencegah daripada anak itu keluar pada waktu yg tidak sesuai bahkan berbahaya. Hal ini saya nyatakan dengan jelas kerana beberapa kes rogol sebelum ini berlaku kerana si anak perempuan keluar pada pukul 1 pagi untuk bertemu teman lelaki. Ada juga yg keluar seawal 4 pagi dengan alasan untuk sahur bersama teman lelaki.
Si ayah perlu terapkan kembali 'meminta izin' ini dari kecil agar bila anak ini besar, dia berasa selesa untuk keluar hanya dengan izin ayahnya.
2. Asingkan tempat tidur:
Setiap rumah harus mempunyai 3 bilik, iaitu untuk ibu bapa, anak lelaki dan anak perempuan. Dengan cara ini, ruang pemakaian dan tidur adalah terpisah dan dapat menjaga pelaku yang tidak baik dalam rumah. Perlu ditekankan bahawa setiap gejala negatif adalah bermula dari rumah. Rumah perlu seindah Syurga dan pelakunya berkelakuan seperti ahli Syurga untuk mendapat rahmat Allah dan ketenangan dalam hati.
Anak lelaki tidak lagi perlu melihat batasan aurat adik-adik wanitanya yg akan menyebabkan dia berasa ingin melihat kepada rakan-rakannya pula. Begitu juga dengan wanita. Pengasingan ini akan memberi lebih kebebasan kepada golongan adam n hawa ini n yg lebih penting aurat terjaga dengan sempurna.
3. Aurat:
Penjagaan aurat amat penting dalam pendidikan seks kerana salah satu ketepatan seks ini adalah hanya dilakukan oleh mereka yang halal iaitu suami isteri. Justeru, aurat ini adalah harus kepada mahramnya sahaja dan tidak boleh didedahkan kepada yang bukan Mahram kerana boleh menimbulkan pemikiran seks ke atas mereka yang memandang dan Syaitan akan mengambil kesempatan untuk menggodanya.
Anak-anak perlu diajar untuk menutup aurat dari kecil kerana apabila berganjak dewasa, kegagalan mereka untuk menutup aurat akan menyebabkan saham dosa dapat kepada si ayah. Namun sebaliknya berlaku jika si anak menjaga aurat maka ayahnya berlimpah rahmat n pahala. Penjagaan aurat ini akan menyebabkan terhalangnya syaitan untuk menggoda manusia. Bayangkan jika dengan ternampak kaki wanita sahaja si lelaki boleh teransang apatah lagi si wanita dedahkan lebih daripada itu.
Perlu diingat bahawa SYAITAN akan menghasut manusia dari pelbagai arah. Pendidikan 3 unsur ini ( ada lagi tapi gagal difikirkan sekarang), akan membantu pendidikan seks yg lebih baik dan sehat hanya jika si anak dijaga dengan baik oleh ibu bapa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Uh ni bukan pasal anak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aah tol tu.. tp xpela..tq |
|
|
|
|
|
|
|
maaf kalau lari tajuk, tp ni yg sy penah dengar dari sorg ust, yg kata pendidikan seks ni sbnrnya bermula dari zaman kanak2 lagi. seks adalah hubungan antara suami isteri. jadi sesoerg tu perlu tahu siapa si suami yang boleh berkahwin dengannya atau mahramnya.
Seks juga adalah ransangan. Jadi cara hindarkan seks di luar rumah n pandangan mata yg berlebihan (apatah lagi yg belum kawin) perlu diberi perhatian. Faktor utama ransangan adalah aurat (sama ada nampak bentuk atau nampak zahir).
Justeru, didikan ini perlu dimulakan sejak kecil lagi supaya asas pendidikan seks (yg kita belajar di tingkatan 3 zaman saya dlu tahun 2003 x silap), lebih tersusun n dalam acuan Islam agar x terbabas. Bila terbabas, ia akan jd lebih parah smpai sanggup keluar dengan laki, pegang2 n seterusnya.
Cegah dari awal adalah yg terbaik. n Sebaik-baik pencegahan adalah dengan didikan sunnah ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
muhamad_fairuz posted on 23-5-2013 06:52 PM
maaf kalau lari tajuk, tp ni yg sy penah dengar dari sorg ust, yg kata pendidikan seks ni sbnrnya be ...
Saya sokong, sentuhan bapa kpd anak perempuan juga penting (sentuhan kasih sayang dari bapa kpd anak), sbb nanti tak la anak pempuan terkinja2 nak minta d peluk oleh lelaki bukan mahram nya....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|