CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: safiya

Setelah bercerai apa yang perlu dilakukan? Bantuan dr psikologi, kewangan dll..

[Copy link]
Post time 28-5-2013 11:31 AM | Show all posts
safiya posted on 14-5-2013 12:55 PM
saya pun first time sunday lps keluar rumah tanpa anak2 dan cuba campur orang...selama nie pg kerj ...

nice move...
ada orang cuma perlukan kata kata nasihat...
ada orang perlukan realiti depan mata...
so.. u dah jumpa urs...
one time kita rasa lost... cari balik positif tu...
semoga Allah perbaiki urusan kita dan permudahkan penyelesaian kita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2013 12:54 PM | Show all posts
tq shida & tehlaut..

semlm sy pg jmpa kaunselor utk kali ke 2 dihospital..sgt2 bgs..mula2 seperti biasa sy akn menangis lps 2 rasa lapang sbb sy rasa Allah masih syg sy sbb nasib sy lg baik dr org lain..ptt nya bersyukur bkn mengeluh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2013 02:28 PM | Show all posts
tahniah kerana berjaya melepaskan diri dari kemelut yang melanda diri,tahniah sekali lagi kerana mendapat bantuan profesional untuk melegakan ketegangan..syabas..Allah sentiasa bersama kita,dia yang timpakan musibah kepada kita tentu ada jalan keluarnya..Allah atur yang terbaik untuk anda..kita merancang tapi perancangan Allah lagi hebat..Allahurabbi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 02:56 PM | Show all posts
akhirnya safiyya bercerai jugak, saya ingat kisah safiyya sebelum ni..
apapon, saya mengharapkan moga tt bertabah..

sentiasa ingat ttg diri sendiri dan anak2..
insya-Allah ada rezeki mereka nanti..

semoga tabah menghadapi masa2 depan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 05:11 PM | Show all posts
as salam sis...saya pon harap saya dapat tabah seperti sis...saya baru p hantar borang kat mahkamah syariah pg tadi....huhuhu...x pa kan sis...mesti redha dengan ketentuan Allah...cayo2...moga anak sis dalam keadaan sihat...Amin
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 09:51 AM | Show all posts
bile baca kisah kat sini, saya dapat rase kan penceraian tu tidaklah teruk sangat
buat masa sekarang saya masih mengumpul kekuatan untuk failkan penceraian
saya sering cuba mengelak dan bertahan sebab saya rase penceraian tu akan tamatkan hidup saya & seolah-olah masa depan saya musnah
doakan saye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2013 11:45 AM | Show all posts

Wanitaku sayang,
Jangan sesekali berasa lemah,
Perceraianmu terkandung hikmah,
Ia bukan tanda kau bersalah,
Mehnah hidup, perlukan muhasabah.

Wanitaku sayang,
Perceraian bukan selamanya keburukan,
Kadangkala ia jadi ubat menyembuhkan,
Allah adil memberikan penyelesaian,
Teguklah ubatmu dengan ketabahan.

Wanitaku sayang,
Kajilah kisah tokoh-tokoh wanita,
Menjadi inspirasi tika kau berduka,
Tiada hidup tanpa derita,
Semuanya akan berbuah bahagia.

Wanitaku sayang,
Si solehah Atikah pernah berpisah,
Dengan anak Abu Bakar bernama Abdullah,
Begitu juga puteri Umar, Hafsah,
Pernah diceraikan oleh Rasulullah.

Wanitaku sayang,
Meskipun mereka insan ternama,
namun perceraian tetap menerpa,
itu tanda engkau dan suamimu tidak hina,
masing-masing ada sebabnya.

Wanitaku sayang,
Sebelum menjadi kesayangan Nabi,
Khadijah pernah diceraikan suami,
Sebelum menjadi kesayangan Uthman,
Ruqayyah dan Ummu Kalthum pernah ditinggalkan.

Wanitaku sayang,
Tika suami melafaz cerai,
Dan air matamu jatuh berderai,
Allah menghitung dengan saksama,
Adakah dirimu insan dianiaya?

Wanitaku sayang,
Tika suami sudah tidak sudi,
Allah setia di pintu hati,
Keputusan suami perlu dihormati,
Kuasa talaqnya diberi Ilahi.

Wanitaku sayang,
Tika kau yang mulakan perceraian,
Ia rukhsah yang dimaafkan,
Selagi alasanmu bukan sebarangan,
Tegakkan hak Allah dalam ketaatan.

Wanitaku sayang,
Tika kau tekad inginkan perpisahan,
Kau berhak singkirkan kesengsaraan,
Berhikmahlah mengambil kelonggaran,
Menadah tangan, pohon keredhaan.

Wanitaku sayang,
Biarlah masyarakat memandang hina,
Asal Allah memandang mulia,
Asal dirimu pasrah menerima,
Semuanya akan baik-baik sahaja....

source - http://bersamasuzana.blogspot.co ... ita-diceraikan.html
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 1.960604 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list