View: 2189|Reply: 1
|
Jangan malu ada anak OKU
[Copy link]
|
|
Ahli Pertis didedahkan dengan pelbagai aktiviti untuk membentuk keyakinan dalam diri masing-masing. Gambar kecil: Mohd Fauzi Mansor.
TELUK KETAPANG – Ibu bapa yang memiliki anak istimewa digesa bersikap lebih terbuka dengan menghantar anak masing-masing mengikuti pelajaran di pusat khusus untuk OKU yang wujud di kawasan masing-masing.
Langkah positif itu perlu dalam usaha membentuk keyakinan diri dan anak-anak untuk lebih berdikari, sekali gus tidak terlalu berganung pada bantuan semata-mata.
Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu, Mohd Fauzi Mansor berkata, sikap terbuka ibu bapa serta tidak malu untuk berdepan dengan masyarakat sekiranya memiliki anak-anak OKu sewajarnya perlu diberi penekanan.
“Dari masa ke semasa kita melihat kebanyakan ibu bapa hari ini lebih terbuka untuk menghantar anak-anak yang cacat sama ada penglihatan atau anggota badan mengikuti pengajian di pelbagai pusat asuhan atau kemahiran semakin positif dan ia wajar diberi perhatian.
“Ini kerana, situasi tersebut telah berubah di mana ibu bapa tidak lagi malu untuk berdepan dengan masyarakat dengan menyorok anak yang cacat di rumah semata-mata takut dicemuh atau dihina masyarakat dan ia harus diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelas Mohd Fauzi lagi, anak-anak OKU juga layak untuk menerima layanan seperti mana manusia normal yang lain dengan mengantar anak-anak ke pelbagai pusat yang diwujudkan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) khusus untuk membantu golongan istimewa.
“Dengan menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau kemahiran yang bersesuaian dengan kecacatan masing-masing secara tidak langsung mampu mengcungkil kebolehan dan bakat yang ada pada anak-anak sekali gus dapat di asah ke tahap yang lebih tinggi nanti.
“Malah, pelbagai kejayaan yang diraih oleh OKU yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak juga seharusnya dijadikan sebagai pembakar semangat untuk melihat anak-anak kita turut berjaya seperti mana mereka,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
As'Salam.. tumpang tanya yee.. biasanyee jangka hayat anak2 down syndrome ni berape yee? ada sampai 25 tahun? |
|
|
|
|
|
|
| |
|