CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4279|Reply: 11

Penyanyi dangdut Julia Perez dicari untuk jalani hukuman penjara

[Copy link]
Post time 27-2-2013 09:58 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA - Artis seksi Indonesia Julia Perez yang popular dengan nama Jupe, kini tersenarai sebagai orang yang dikehendaki setelah dua kali gagal menyerah diri ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Jakarta Timur untuk menjalani hukuman penjara selama tiga bulan.

Penyanyi dangdut sekaligus pelakon penuh kontroversi itu, didapati gagal memenuhi panggilan pejabat pendakwa raya itu pada 14 dan 25 Februari lepas.



Jupe dihukum penjara tiga bulan oleh mahkamah selepas didapati bersalah mencederakan rakan artis, Dewi Persik (nama popular Depe) di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010.

Perbuatan itu dilakukan ketika mereka berdua sedang melakonkan adegan pergaduhan dalam filem seram itu.

Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Timur telah memberi amaran akan bertindak lebih tegas jika keadaan memaksa, untuk memastikan Jupe menjalani hukuman penjara itu.

Sementara itu Dewi Persik, yang turut dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah kerana peranannya dalam pergaduhan itu, belum menjalani hukumannya.- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 10:43 PM | Show all posts
laaaa,,nak kene penjara pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:29 AM | Show all posts
apa kes? dia ke yg kutuk artis malaysia tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 04:42 PM | Show all posts
Both Julia dgn Dewi ni suke kontroversi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2013 10:41 PM | Show all posts
Julia tidak dapat dikesan

Jakarta: Sejak menjadi buruan pihak berkuasa, kedudukan Julia Perez (Jupe) kini dilaporkan menjadi misteri, termasuk di kalangan rakan karibnya.

Seorang daripada sahabat paling akrab Jupe, Olga Syahputra, berkata dia tertanya-tanya di mana aktres terkenal itu.

“Saya cuma tahu dia tidak dapat dikesan,” katanya kepada media ketika ditemui di Studio RCTI di Kebun Jeruk, Jakarta, semalam. Seorang lagi sahabat Jupe, Melaney Ricardo, menyatakan kebimbangannya terhadap masalah dihadapi aktres terbabit.

“Kepada sahabat saya, Jupe, saya memang sedih dan prihatin kepada nasibnya,” katanya. Jupe berdepan hukuman penjara tiga bulan selepas mahkamah Jakarta Timur mendapati dia bersalah menyerang rakan pelakonnya, Dewi Persik, ketika kedua-dua mereka menjayakan penggambaran filem Arwah Goyang Karawang.

Selepas membuat rayuan, Mahkamah Agung memutuskan, Jupe tetap perlu menjalani hukuman penjara berkenaan. Dia juga perlu melalui tempoh percubaan selama enam bulan. - tribunnews.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:05 PM | Show all posts
uik..dia ni penyanyi dangdut rupanya..ingatkn pelkon seksy meksi ajerr huhhuuhuhuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2013 11:58 PM | Show all posts
kopi dangdut satu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:09 AM | Show all posts
hmmm dah kena dok penjara pulak dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:35 PM | Show all posts
masuk jail risau kena rogol dengan akak2 banduan lesbo dengan batang penyapu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 05:30 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 1-3-2013 03:35 PM
masuk jail risau kena rogol dengan akak2 banduan lesbo dengan batang penyapu

tak aih.. tu yang dia suka tu...

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 12:38 AM | Show all posts
jupe ----> depe ----> meme
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2013 10:29 PM | Show all posts
'Berkualiti ' la sgt dia n drama2 dia ni..nama filem pun x leh blah..goyang kerawang?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.052902 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list