CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6641|Reply: 11

Basikal Chris Hoy Terlalu Ringan

[Copy link]
Post time 9-8-2012 05:12 PM | Show all posts |Read mode

LONDON : Basikal yang digunakan atlet legenda Britain, Chris Hoy dalam perlumbaan acara keirin individu lelaki di Sukan Olimpik di sini kelmarin adalah antara faktor menyebabkan dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824), lapor akhbar The Sun semalam.

Keistimewaan basikal itu ialah ia hanya seberat 6.8 kilogram.

Hoy yang berusia 36 tahun memenangi pingat emas keduanya dalam acara keirin manakala pelumba dari Malysia, Mohd Azizulhasni Awang, 24, menduduki tempat keenam dan terakhir.

Sebelum ini, Hoy memenangi emas dalam acara berpasukan lelaki.

Hoy kini dianggap legenda sukan Britain kerana dia telah memenangi enam pingat emas dalam Sukan Olimpik.

“Basikal itu lebih ringan daripada basikal yang terdapat di jalan raya. Anda boleh mengangkat basikal itu dengan hanya menggunakan sebatang jari,” kata Hoy.

Kejayaan dalam penciptaan basikal lumba itu menyebabkan pasukan lumba basikal Perancis menjadi cemburu.

Menurut akhbar dalam talian MainOnline, rangka basikal itu diperbuat daripada gentian karbon.

Basikal itu adalah hasil daripada idea pakar-pakar basikal dalam pertubuhan British Cycling yang beribu pejabat di Manchester.

Tayar basikal itu dikatakan diperbuat daripada sutera


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2012 03:35 AM | Show all posts
dia memenangi pingat emas dianggarkan bernilai £15,000 (RM72,824)


Holy Cow..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2012 10:45 AM | Show all posts
Time dia pecut tiba2 dtg angin lintang agak2 melayang x?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2012 09:33 AM | Show all posts
kuat la pulak basikal tu menahan badan pelumba ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 10:57 AM | Show all posts
walao. bleh angkat satu jari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 11:26 AM | Show all posts
nk order 1 larr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2012 04:52 PM | Show all posts
wrdzin posted on 17-8-2012 10:45 AM
Time dia pecut tiba2 dtg angin lintang agak2 melayang x?

ko ingat dia main keirin kat hiway ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2012 09:23 AM | Show all posts
myoujin posted on 11-9-2012 04:52 PM
ko ingat dia main keirin kat hiway ke

Manala tau....hehehehe....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 06:34 PM | Show all posts
mana nak oder
nak bg kat anak buah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 06:28 PM | Show all posts
ehh? kawan aku basikalnya harga 3-5 ribu pun bley je angkat dgn satu jari. Pastu bila dia cycling kat highway time musim angin kuat mulalah nyusahkan orang...call minta tolong pick him up. Angin kuat tiup basikal dia goyang masa kayuh kat highway.

aku rasa basikal yg ringan2 ni better main kat velodrome je kot.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2014 06:51 PM | Show all posts
bila la aku nak tngok velodrom yg cntik kat malaysia nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2014 09:12 PM | Show all posts
masa olimpik dulu, ada beberapa negara yg compete complained psl basikal ni. diaorg kata basikal ni bagi advantage utk hoy a.k.a menipu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.725572 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list