|
Lagi-lagi kisah seram.. Misteri di Kg Burung
[Copy link]
|
|
Kisah 1 (sambungan)
Bayang-bayang itu mengingatkan aku pada kisah budak asrama yg terjumpa hantu bungkus atas di katilnya. Kisahnya bermula selepas budak itu balik ke bilik asrama pada waktu maghrib. Dalam bilik itu ada beberapa katil 2 tingkat dan katil beliau terletak di tengah-tengah ruangan bilik itu tingkat bawah. Nak di jadikan cerita masa dia sibuk menyalin baju di depan loker, tiba-tiba dia perasan ada seseorang tengah baring di atas katilnya. Tanpa berfikir benda-benda negatif dia menegur 'mamat' yg suka-suka hatinya baring atas tilamnya.
"Woi... itu katil akulah. Kau baringlah atas katil kau!" kata budak itu selamba sambil membuka lokernya.
Dengan cahaya yang suram, budak itu tidak mempedulikan 'mamat' yg sedang leka di berbaring itu. Malas nak layan. Tapi apabila suruhan tak di endahkan, makin berang lah budak itu. Budak itu pantas menoleh untuk 'sound' mamat itu yg tak reti bahasa sekali lagi.
Baru saja dia berpaling dan melihat siapakah mamat itu sebenarnya, mulutnya terkunci kerana orang yg berada di katilnya itu bukanlah manusia tetapi makhluk yg bersalut kain kapan seperti pucong. Kelihatan ada kotoran tanah pada lantai dan atas tilamnya mungkin pembawaan dari hantu pucong itu.
Dia mula perasan bahawa rakan-rakan sebiliknya tadi masih di dewan makan tetapi dia terpaksa bergegas ke bilik atas sebab nak buang air.
"Jadi 'mamat' ini hantu lah ye.. pucong!" bisik budak itu.
Cuba teka apa yang budak itu akan buat? Nak lari? Pengsan? Terkencing-kencing? ter... ter... Jawapannya salah. Budak itu terus bersuara.
"Oh nak tidur ngan aku ye.."
Apa yg budak itu lakukan ialah terus menerkam pucong itu dan memeluknya seperti bantal guling. Tanpa rasa bersalah, rasa takut, rasa seram budak itu menganggap jelmaan pucong itu sebagai gurauan semata-mata.
Setelah puas berguling-guling ngan hantu pucong itu kemudian barulah rakan-rakan sebiliknya datang. Seperti tiada apa yang berlaku budak itu lantas bangun mendapatkan kawannya.
"Nak main ngan 'bantal guling' aku tak?" ajak budak itu pada rakannya.
"Mana?"
"Itu mamat pucong tu" sambil menunjuk ke arah katilnya.
Anehnya 'mamat' pucong itu telah bertukar menjadi bantal. Mamat pucong itu telah ghaib dari pandangan. Rakan-rakan sebiliknya berpandangan seketika sebelum satu gelakkan besar di tujukan pada budak itu. Mereka menganggap budak itu sedang bergurau dengan mereka. Atas dasar kawan budak itu cuba merahsiakan peristiwa itu sehinggalah penggal persekolahan tamat kerana khuatir rakan-rakannya berasa takut. Budak itu memang berani, memang berani tidak macam aku.
Berbalik pada kejadian malam itu, perasaan takut, gemuruh dan seram segala-galanya menyelubungi aku. Aku kena tabah menghadapi dugaan ini. Samada ianya hantu, pucong, puaka, jin, setan akan aku reda saja malam itu. Kakiku melangkah untuk membuka kelambu kelabu yg menjadi dinding tidurku tiap-tiap malam. Bayang-bayang tubuh yg jelas terbaring lurus atas katilku harus aku halau kerana itu bukan tempatnya.
Ternyata aku bukan insan yang kuat dan berani untuk bersemuka dengan sebarang makhluk alam lain. Dengan kudrat yg ada aku menyinsing kelambu itu tanpa sempat berfikir apa yang berlaku lepas ini.
Jeng.. jeng.. jeng...
Dengan sepantas kilat aku lakukan untuk membuka kelambu itu sambil mataku tajam memerhatikan bayangan tubuh itu. Mata ku tidak berganjak. Dalam keadaan gelap yang samar-samar aku kaku memerhatikan tubuh itu. Anak mata ku yg kecik kini perlahan-lahan menjadi besar. Aku cuba fokus dengan apa yg aku lihat. Memang sah itu adalah bayangan tubuh manusia tapi secara beransur-ansur hilang di telan kabut malam yang gelap. Aku yg berada di penjuru katil dengan gaya nak terjun tiruk masih tidak percaya dengan apa yg aku nampak. Setelah bayangan itu beransur hilang kini yang tinggal hanyalah bantal bucuk yang menggantikan bentuk tubuh itu.
"Apa yg aku lihat tadi?"
"Tiada"
"Mmm baik tidur"
"Tapi.. nanti dia datang lagi"
"Tak pa hari dah nak siang"
"Itu pucong ke"
"Entah..."
......
|
|
|
|
|
|
|
|
macam baca novel la pulak..
Wahai TT, masih menanti penghabisan cerita Part 1.. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak..dabel posting plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|