CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7011|Reply: 0

AFA 2012 : Cosplayer Malaysia telah mengkagumkan Kaname

[Copy link]
Post time 21-6-2012 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by isabel at 21-6-2012 15:15



PWTC, KL - 2012, 10 Jun - Selebriti Cosplay terkenal Jepun, Kaname yang juga merupakan duta cosplay untuk Anime Festival Asia, telah membuat penampilan pertama pada AFA 2012 yang julung kalinya diadakan di Malaysia. kehadiran beliau adalah merupakan sebagai tanda sokongan beliau kepada AFA Malaysia. CARI.com telah diberi kesempatan untuk bertemu dan membuat temubual exclusive bersama beliau untuk mendapatkan komen mengenai cosplay dan pandangan beliau mengenai perkembangan cosplay di Malaysia.

Baiklah mari kita ikuti temubual esclusive Kaname bersama CARI.com.

CARI.com.
Sebagai seorang cosplayer, anda perlu memakai alat solek yang tebal dan dikehendaki sentiasa menjaga bentuk tubuh badan, adakah anda mempunyai apa-apa rahsia untuk menjaga penampilan anda?

Kaname:
Saya sebenarnya tidak seberapa menitikberatkan dalam penjagaan kulit,  tetapi ia tidak bermakna saya tidak mengambil tahu dan kisah langsung. Tips saya senang sahaja iaitu saya cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri menjadi stress kerana ia boleh menjejaskan kesihatan dan penampilan saya. Saya juga tidak melakukan diet ketat tetapi saya  selalu melakukan rutin bersenam untuk menjaga kesihatan diri bagi memastikan badan saya sentiasa didalam keadaan yang sihat.

CARI.com.
Apakah kriteria yang anda cari apabila anda memilih watak cosplay anda?

Kaname:
Setiap kali saya memilih watak untuk cosplay, saya akan berfikir tentang peminat saya terlebih dahulu. Dan bayangkan apakah yang mereka ingin lihat dari saya. Biasanya peminat lelaki lebih suka watak yang sukar dari watak permainan manakala perempuan pula lebih suka watak yang 'cool', indah dan romantik. Perempuan selalunya sangat pandai dalam memvirtualisasikan lelaki di alam maya dari sudut pandangan cosplay mereka, oleh itu lelaki boleh mengambil ini sebagai satu kelebihan untuk kelihatan hebat di hadapan perempuan.




CARI.com.
Apakah negara kegemaran anda?

Kaname :
Saya sudah pernah pergi ke Singapura sebanyak 4 kali disebabkan AFA dan secara peribadi saya sangat menyukai Singapura tetapi negara kegemaran saya adalah Perancis sebenarnya. Saya sangat mengemari budaya barat dan selalu ingin tahu lebih lanjut mengenai makanan dan cosplay mereka di sana.

CARI.com.
Apa pendapat anda dengan pandangan peminat terhadap cosplay?

Kaname:
Apabila saya di Jepun, tiada siapa yang mengenali saya dan saya bebas kemana saja, tetapi setiap kali saya berada diluar negara, kemana saja saya pergi orang akan mengenali saya dan ini agak mengejutkan kerana begitu ramai orang luar dari Jepun lebih mengenali dan sangat menyukai cosplay saya. Di Malaysia semasa saya keluar berjalan-jalan, peminat menegur saya dan saya gembira untuk itu.

CARI.com.
Apa pendapat anda dengan cosplayer pada AFA 2012 di Malaysia?

Kaname :
Semasa saya meninjau di sekitar dewan, saya agak terkejut dan teruja melihat begitu banyak cosplayer di Malaysia dan yang kelihatan hidup dengan watak yang dibawa dengan memakai pakaian dari bahan yang berkualiti tinggi. Saya benar-benar ingin melihat lebih banyak lagi  tapi malangnya saya tak boleh bertemu dengan semua apa lagi bila semakin ramai pengunjung mula berkurumun di sekeliling saya sehingga menyekat pandangan saya, tetapi pada masa yang akan datang, saya berharap saya akan berkesempatan untuk melihat lebih banyak dan lebih baik cosplayer dari tahun ini. Kualiti cosplay disini sangat mengejutkan saya dan harapan bahawa ada cosplayer akan memuatnaikkan gambar mereka di laman web Jepun dan saya berjanji akan membantu untuk memperkenalkannya di Jepun.

CARI.com.
Sekiranya satu hari anda bersara daripada cosplayer, apakah rancangan anda selepas itu?

Kaname :
Sudah tentu saya ingin menjadi kaya dan saya ingin membuka kedai yang menjual barangan yang berkaitan dengan anime dan cosplay.

CARI.com.
Adakah anda mempunyai pesanan kepada peminat anda di luar sana?

Kaname :
Oleh sebab ini adalah pertama kali saya di Malaysia dan saya benar-benar sangat kagum dengan apa yang dilakukan oleh peminat di sini, jadi saya berharap peminat akan terus menyokong saya supaya saya boleh dijemput kembali lagi ke Malaysia. Dan saya juga akan melakukan yang terbaik sebagai cosplayer untuk membantu mempromosikan budaya cosplay Malaysia ke Jepun dan sudah tentunya dikenali di seluruh dunia.

Sekali lagi CARI.com. mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dentsu Malaysia diatas peluang ini.


Artikel oleh:  linOme
Editor dan terjemahan oleh:  isabel
Gambar oleh : linOme

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.138981 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list