CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Queen Of Ambition - Kwon Sang Woo, Soo Ae [Start 14/1/2013, Mon & Tue]

[Copy link]
Post time 3-5-2013 09:27 AM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 3-5-2013 08:08 AM
mmg sampai ke mati pun...HR ttp sayangkan DH tu kan...

A ah tp tak tunjuk plak DH mati camana kan
DH bunuh diri agaknya sb kecewa dan malu cara sheols dijatuhkan dari takhta First Lady
Disuruhnya kita sbg penonton buat andaian sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2013 09:32 AM | Show all posts
camrey posted on 3-5-2013 09:27 AM
A ah tp tak tunjuk plak DH mati camana kan
DH bunuh diri agaknya sb kecewa dan malu  ...

mana lak bunuh diri...
kan dia accident sama2 dgn HR...
dia mati masa dlm koma...
ishh tk perasan ker
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 09:46 AM | Show all posts
ayushuhada04 posted on 3-5-2013 09:32 AM
mana lak bunuh diri...
kan dia accident sama2 dgn HR...
dia mati masa dlm koma...

Laa tak perasan lak
Tp prasan laa sheols terjatuh jgk masa tu
Kena tgk blk scene ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 10:20 AM | Show all posts
camrey posted on 3-5-2013 09:46 AM
Laa tak perasan lak
Tp prasan laa sheols terjatuh jgk masa tu
Kena tgk blk scen ...

masa dlm koma tu...
dorang mcm bermimpi ler...teringat masa zaman kecik2...
then bila HR ajak DH ikut dia....DH kata...tk pe ler...dia tk nak ikut HR..
masa tu kita dh leh tau...yg DH akan mati....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 11:03 AM | Show all posts
camrey posted on 3-5-2013 09:22 AM
Bukan ke lepas insiden abg tiri DH nak langgar sheols ngan keta tp Ha Ryu selamatkan DH pastu heol ...

tu bkn merayu tu cuma mintak maaf ...merayu mksud sy dia ckp smua kesalahan dia n menyesal smua perbuatan dia ..n nak dia ck yg ha ryu mmg btul2 seorrg yg baek dan disaksikan oleh smua org sblom dia mati ...merayu nk kembali pd ha ryu ..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2013 12:59 PM | Show all posts
camrey posted on 2-5-2013 10:23 PM
Cara DH turun dari jadik 1st Lady..Padan muka sheols
Tp omaigod Ha Ryue tetap sayangkan D ...

kan... tersentuh iolls..
dah mcm2 da hae buat dkt die.. tp hati dia ttp pada da hae kan
wujud lagi x org mcm har ryu ne
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2013 08:13 AM | Show all posts
tgk balik epi last tuh....sedih pun ada...geram pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 06:02 PM | Show all posts
all the time tengok citer ni, i was thinking that i would give everything to have a guy like ha ryu (kwon sang woo) to love me the way he loves dae hae (soo ae). i kept thinking "bodohnya dae hae ni" LOL

Citer ni mmg best. Tak sabar rasa nak tau apa jadi seterusnya lepas abis satu episod.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2013 10:21 PM | Show all posts
Santeira posted on 13-7-2013 06:02 PM
all the time tengok citer ni, i was thinking that i would give everything to have a guy like ha ryu  ...

nnt dh abis, mohon buat review ikut formula spt di atas hehe

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 07:36 AM | Show all posts
dauswq posted on 14-7-2013 10:21 PM
nnt dh abis, mohon buat review ikut formula spt di atas hehe

Dah abis tengok dah, nanti iols try yah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 10:42 PM | Show all posts
Aku tgk cite ni sebab @dauswq yg rekomen. Overall OK aku enjoy tgk cite ni cuma aku tak excited sangat sepanjang aku tgk cite ni. Perasaanya biasa je..tp aku tak nafikan jalan ceritanya bagus.

Rating Keseluruhan Drama:  (7.5/10)

1. Cerita  (7/10)
- kekejaman seorang wanita yg benama da hae gila kuasa gila pangkat semata - mata kerana dibesarkan dalam keluarga yg huru hara dan kemiskinan membelenggu hidup dia. Jadi untuk merubah nasib , dia rasa dia perlu lakukan sesuatu yg extreme utk mencapai cita - cita dia.

- Pengorbanan seorang lelaki yg bernama Ha Ryu demi cintanya dan keluarganya dia sanggup buat apa saja utk da hae tp pengorbanan dia tak penah di hargai oleh da hae menyebabkan ha ryu membuat keputusan untuk bangkit kembali untuk membawa da hae kembali ke pangkal jalan.

- Kesimpulan yang aku boleh buat untuk cerita ni pembalasan dendam bkn hanya akan memusnahkan diri sendiri malah menyusahkan hidup orang lain juga. Plan pembalasan dendam Ha ryu pada aku agak lemah masih tak sehebat The Chaser punya plan. Tp kekemasan cerita ni agak bagus utk aku chemistry between actors pun boleh nampak, jalan cite agak strong dan kekejaman yg ditunjukkan mmg bole nampak.

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)

Kwon Sang Woo as Ha Ryu / Cha Jae Woong - adakah aku berasa sedih dan kesian tgk dia diperlakukan begitu boleh la. aku rs dia bawa watak ha ryu ok la tp nk kata bagus sangat tidakla. Tp mungkin lebih bagus drpd drama2 dia yg lain.
        
Soo Ae as Joo Da Hae - aku tau ramai rasa kagum dengan soo ae sb rasa betul dia punya kejam. Tp disebabkan aku dh biasa tgk soo ae aku rs watak ni mcm kacang je utk soo ae. Lakonan dia mmg berkesan jd org yg hati kering dan pandai pula jd org yg fake. Dia mmg buat dgn baik sekali, menyebabkan semua org tak suka dia.
      
Jung Yoon Ho as Baek Do Hoon - Improve juga la yun ho sbg do hoon lebih baik dr watak dia yg dulu tapi still nmpk kaku kakan at certain point.

Kim Sung Ryung as Baek Do Kyung - aku suka dia. aku mmg kesian kat dia dlm cite ni. pada aku watak dia lg menyerlah dr da hae. aku tgk dia berlakon kat the chaser ngn cite ni dan aku rasa dia berlakon lg baik dlm cite ni.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7/10)


Teknik pengarahan dia pada aku bagus. buat semua org rasa tertanya - tanya apa yg akan berlaku seterusnya. Continuity adapada setia scene dan chemistry antara perlakon pun nampak bagus.


4. Skor muzik (5/5)

  lagu dia semua best - best. kalau ada kategori utk ost yg best aku mmg akan calonkan yawang sbg one of the best ost tahun ni. Lagi satu setiap lagu dalam OST ni di buat utk setiap watak sebab tu aku rasa dr segi OST mmg yawang buat dgn baik sekali.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (0/5)


    - Tidak mungkin akan tonton balik sb cite ni dah tak mendebarkan utk tonton 2 - 3 kali.

Nomination aku bagi kat Kim Sung Ryung makcik ni je yg aku bole faham perasaan dia. bila dia sedih aku pun sedih...berkesan betul lakonan dia..

Comments

TOTAL =7+8+7+5+0= 27/40 *10 = 6.75 Terima Kasih atas review Nomination: Kim Sung Ryung + Soo Ae (good description)   Post time 22-8-2013 02:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 12:07 PM | Show all posts
Rating Keseluruhan Drama:  (7.75/10)

1. Cerita  (8/10)
   
Seawal epi 1, penonton dapat melihat sedikit preview untuk epi akhir. Ha-Ryu ditembak & dialog2 Ha-Ryu spt "First Lady is a murderer" "Why did you kill me, why did you do that?!" dan berakhir dengan tembakan berdarah cukup membuatkan penonton tertanya2 apa yang terjadi, camne org yg dah kena bunuh boleh hidup?. Dari awal writer cuba tackle penonton dengan beberapa persoalan diminda.

Cerita konsep lebih kurang The Chaser - pembunuhan, dendam. Cuma dalam QOA lbh family-oriented, dendam antara adik dengan abang, dendam suami isteri, dendam terhadap society.

Dendam terhadap society dijelaskan dalam episod terakhir dalam dialog Dae-Hae terhadap Ha-Ryu, "To not let people hate me, I need to hate them first, To not let people step on me, I need to step on them first" -I need to live like that in order to survive. Ia juga dijelaskan melalui flashback kehidupan Dae-Hae yang sejak kecil dipinggirkan, trauma akibat bapa tiri, sangkaan buruk / sifat skeptikal masyarakat terhadap anak yatim. Sejak kecil juga, Dae-Hae struggle untuk diterima masyarakat, mempunyai mind-set "Nombor 1 bermakna diterima masyarakat".

Peralihan plot tidak terlalu membosankan, terdapat beberapa adegan pembunuhan sengaja/tidak sengaja serta sedikit twist apabila munculnya abang kembar Ha-Ryu. Keseluruhan jalan cerita agak memuaskan, cuma kadang2 terasa jalan penceritaan sedikit dragging.     

2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Semasa anda mengulas, calonkan sekurang-kurangnya satu pelakon yang anda rasa layak mendapatkan merit tertinggi...Jika tiada, abaikan...

1. So Ae (Joo Dae Hae) (merit tertinggi)

Perubahan karakter kepada seorang ibu yang mempunyai anak berusia 5-6 thn berjaya dibawa oleh So Ae. Penampilan sebagai seseorang yang lebih tua dari usia sebenar, talam dua muka, cold-hearted, confident, namun sentiasa hidup dalam ketakutan berjaya ditonjolkan oleh So Ae. Mempunyai chemistry yang baik dengan pelakon kanak2 & dewasa. Kadang2 wataknya tidak memerlukan dialog, tetapi berjaya ditonjolkan dengan emosi melalui ekspresi wajah. Boleh dikatakan dia berjaya membawa watak annoying, kejam, dibenci namun forgivable dengan cemerlang.       


2. Kwon Sang Woo (Ha Ryu / Cha Jae-woong)

Pelakon airmata yang baik. Kadangkala scene yang tidak perlu menangis tapi memerlukan riak wajah hampir menangis juga berjaya dilakonkan dengan baik. Cuma kadangkala sedikit sukar membezakan karakter Ha-Ryu & Cha Jae-Woong kerana kurangnya character trait/development pada watak CJW. Pelakon yang cemerlang seharusnya tahu bagaimana untuk membezakan watak/character trait walaupun untuk watak yang muncul seketika dalam jalan cerita.

3. Kim Sung-ryung  (Baek Do-kyung)

Juga pelakon yang berjaya membawa watak dengan cemerlang. Confident, elegan, annoying, sedikit hati kering namun punyai sisi gelap sebagai ibu muda yang sanggup berkorban demi keluarga. Perubahan emosi dan sifat2 berlainan yang perlu ditojolkan sedikit demi sedikit boleh dikatakan berjaya dibawa dan emosinya difahami penonton.

4.  Yunho (Baek Do-hoon)

Pembawakan karakter yang biasa saja. Mungkin kerana dikelilingi oleh pelakon-pelakon hebat & berpengalaman, menyebabkan Yunho sedikit 'tenggelam'. Penghayatan watak masih boleh diperbaiki dengan menghadiri kelas2 lakonan & mencari pengalaman sbg membawa watak pembantu.
[komen kejam : maap, sila fokus nyanyi & menari jelah.. nak compare dgn ahli lain i.e jaejoong & yoochun pnye lakonan diorg da pegi jauh wlupon xde sgt pengalaman]

Watak pembantu :

1. Cha Hwa-yeon (Baek Ji-mi)

Kelihatan tidak penting, namun watak yang berjaya dibawa dengan baik. Mad woman, pendendam, masalah ketagihan, musuh dalam selimut, tetapi akhirnya belajar untuk tidak berdendam dan memaafkan di akhir cerita. Watak yang tidak keluar untuk setiap epi namun dalam masa yang singkat (watak pembantu) berjaya membawa emosi & kesan yang baik kepada penonton.


Secara keseluruhan, semua pelakon telah bekerja keras untuk menonjolkan watak masing2, apatah lagi dengan perubahan skrip last2 minute yang sering dilakukan oleh writer. Bukan mudah juga untuk pelakon selain 2 major role untuk menonjolkan watak masing2 memandangkan masa on-screen mereka adalah singkat.


3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)
  (8/10)

Baik secara keseluruhan. Namun kadangkala mungkin pemilihan tempat untuk perbualan seperti rumah, pejabat, restoran yang sama boleh membosankan penonton. Cuma memilih tempat yang sama membuatkan penonton lebih familiar dengan watak & penceritaan.  

4. Skor muzik (3/5)

Untuk melodrama, adalah normal OST lebih berkonsepkan ballad. Cuma OST balladnya agak 'berat' dan lirik yang tidak mudah untuk diingat oleh penonton. Berbeza dengan drama Secret Garden, di mana ballad yg mempunyai lirik yang mudah diikuti. Mungkin kerana konsep QOA lebih kepada melodrama serius+ dendam, berbeza dengan Secret Garden, melodrama cinta+komedi.

5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Tidak terlalu menyakitkan hati untuk ditonton jika ada re-run.












   Last edited by mitnick on 23-9-2013 12:09 PM

Comments

TOTAL =8+8+8+3+4= 31/40 *10 = 7.75 Terima Kasih atas review Nomination: Soo Ae + Kim Sung Ryung + Baek Ji-mi (good description  Post time 23-9-2013 12:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.057172 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list