CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

PM Jepun cadang pecat dua menteri

[Copy link]
Post time 10-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda merancang memecat dua menteri bermasalah dalam satu rombakan kabinet ketika beliau cuba memberi laluan untuk kenaikan cukai, menurut laporan semalam.\rNoda mengarahkan semua anggota kabinetnya supaya tidak terlepas menghadiri mesyuarat Jumaat ini walaupun mereka terpaksa menukar rancangan perjalanan, lapor akhbar Jepun.\r\n\n\n\n\r   Menteri Pertahanan Yasuo Ichikawa, seorang daripada menteri yang dipersoalkan akan memendekkan lawatan rasmi ke Mongolia dan kembali ke tanah air Khamis ini manakala Motohisa Furukawa, menteri dasar nasional, membatalkan kunjungan ke Amerika Syarikat.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya mahu anggota kabinet berkumpul secepat mungkin bagi mewujudkan satu pasukan kukuh serta dapat  bekerjasama sebagai satu pasukan” sebelum satu sesi biasa parlimen bermula bulan ini, Noda berkata kelmarin.\rDitanya jika beliau membuat ulasan dengan rombakan kabinet dalam fikirannya, perdana menteri itu berkata: “Saya bermaksud apa yang saya katakan,” AFP.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048145 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list