View: 248|Reply: 1
|
Remaja didera mahu suami dipenjara
[Copy link]
|
|
Gadis berusia 15 tahun enggan jadi pelacur diseksa keluarga mentua hingga patah jariKABUL: Seorang remaja berusia 15 tahun mahu suami dan keluarga suaminya dikenakan hukuman penjara kerana menderanya selama beberapa bulan selepas dia berkahwin dan tinggal dengan mereka.\n\n\n\nMengulas pengalaman buruknya buat kali pertama selepas diselamatkan, Sahar Gul menyalahkan suami, ibu dan bapa mentua serta kakak ipar atas penderitaannya.“Saya mahu mereka dipenjarakan. Mereka mengenakan kejutan elektrik terhadap saya. Mereka juga memukul saya dengan kabel dan mendera.”\n\n\n\n\n\nSahar memberi temu ramah itu kelmarin dari sebuah hospital di sini dengan keadaan mukanya yang lebam dan berdarah. Dia kini dianggap sebagai ‘wajah hak asasi wanita’ di Afghanistan selepas diselamatkan lewat Disember lalu daripada perkahwinan yang diatur itu apabila bapa saudaranya menelefon polis.Dia dirawat untuk pelbagai kecederaan termasuk jarinya yang patah dan kuku yang dicabut.Polis di wilayah Baghlan tempat Gul diselamatkan, mendedahkan keluarga mentua mengunci dan mendera Sahar selepas dia enggan bekerja sebagai pelacur.Ibu bapa suami dan kakak iparnya sudah ditahan tetapi mereka menafikan melakukan sebarang kesalahan. Pihak berkuasa turut mengeluarkan satu waran tangkap ke atas suaminya yang berkhidmat dalam tentera Afghanistan.Doktornya, Feriba Omarzada, berkata Gul dalam proses untuk pulih namun masih trauma dengan apa yang menimpanya.Kisah Sahar mengejutkan Afghanistan dan mencetuskan gesaan supaya lebih banyak usaha menamatkan perkahwinan bawah umur dilakukan.Usia perkahwinan sah di Afghanistan ialah 16 tahun, namun agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Wanita menganggarkan separuh daripada gadis berusia bawah 15 tahun dipaksa berkahwin.Presiden Hamid Karzai sudah membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat kes itu yang mendedahkan masalah yang dihadapi wanita Afghanistan, 10 tahun selepas kejatuhan Taliban.Kecederaan pada anggota badan Sahar dan perkahwinannya pada usia masih muda juga mengingatkan penderaan wanita masih berleluasa di Afghanistan.Sahar masih dalam jagaan doktor selepas dipindahkan dari sebuah hospital di Baghlan untuk dirawat sehingga pulih sepenuhnya. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah kawen.. mana pulak gadis!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|