View: 151|Reply: 0
|
Pencabul remaja dipenjara 15 tahun selepas kejadian
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Seorang lelaki dihukum penjara selepas didapati bersalah menanggalkan pakaian remaja perempuan dan mengejarnya ke dalam hutan dalam keadaan bogel, 15 tahun selepas kejadian berlaku.\rTan Leng Hwa membawa remaja berusia 16 tahun ketika itu ke kawasan terpencil di Mandai lewat malam dan cuba merogolnya. Mangsa lari berbogel dan bersembunyi dalam di hutan.\r\n\n\n\n\r Tan menyerah diri dua minggu kemudian, namun lari selepas diikat jamin sebelum kes didengar. Semalam, tertuduh berusia 58 tahun dihukum penjara empat tahun selepas mengaku salah menggunakan kekerasan mencabul mangsa.\r\r\n\n\n\n\n Dia akan menjalani tambahan penjara dua bulan kerana mengelak hukuman selepas diikat jamin. Tan berkawan dengan pelajar sekolah menengah itu dan rakannya enam bulan sebelum serangan pada 1996, kata Timbalan Pendakwa Raya Awam, Davyd Chong.\rPada hari kejadian, dia menawarkan menjadi pemandu mereka, memandu ke mana yang mereka mahu. Menjelang 11 malam, dia menurunkan empat rakan mangsa sebelum memandu ke Lorong Asrama di Mandai Road, atas alasan mencari rakan judi. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|