View: 133|Reply: 1
|
Penduduk Indonesia campak selipar lama ke balai polis
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Semakin ramai rakyat Indonesia di negara itu memprotes penahanan seorang remaja kerana mencuri sepasang selipar lama di luar kediaman asrama yang biasa digunakan polis.\rSebagai tanda membantah, mereka mencampakkan selipar lusuh ke balai polis seluruh negara itu menandakan simbol baru dalam melahirkan rasa kekecewaan terhadap ketidakadilan dalam negara demokrasi berkenaan.\r\n\n\n\n\r “Ini tidak masuk akal,” kata seorang guru di ibu negara, Jakarta, Titis Anissa, yang menyelar tindakan ke atas remaja terbabit sedangkan pegawai kerajaan yang didapati bersalah menyalahgunakan dana awam hanya dikenakan tindakan ringan. \r\r\n\n\n\n\n “Tambahan pula remaja miskin itu hanya mengambil selipar yang berharga AS$3 (RM9.5)? Melampau,” katanya. \rRemaja berkenaan mencuri selipar itu ketika dia dan beberapa rakannya pulang dari sekolah di Palu, ibu negeri wilayah Sulawesi Tengah pada November 2010. \rDia kemudian disiasat dan teruk dipukul oleh tiga pegawai dan berdepan dengan penjara lima tahun jika didapati bersalah, hukuman yang sama diberikan kepada ramai pengganas, pengedar dadah dan perogol.\rSebagai protes, ribuan rakyat Indonesia mencampakkan selipar lama dan sandal di balai polis dan pejabat pendakwa. \r\n\n\n\rSebanyak 1,000 selipar dikutip sebagai ‘pampasan’ kepada Sarjan Ahmad Rusdi Harahap, yang seliparnya didakwa dicuri remaja itu dan akan dihantar ke ibu pejabat polis kebangsaan, kata penganjur kempen, Budhi Kurnianwan.\rSesetengah pelajar sekolah di Palu berkata mereka akan memakai selipar ke kelas hari ini berbanding kasut warna warni mereka.\rRemaja itu dihadapkan ke mahkamah di Palu, hari ini untuk sesi memberi keterangan kali kedua dalam perbicaraan yang bermula bulan lalu. \rIndonesia mengambil langkah yang besar sejak penggulingan Presiden Suharto satu dekad lalu, melaksanakan pembaharuan yang memberi kebebasan kepada media, memansuhkan undang-undang dianggap menindas dan memberi rakyat hak untuk secara terus memilih pemimpin mereka.\rTetapi, sistem perundangan masih di takuk yang lemah. Kes selipar itu berita paling popular diperkatakan dalam laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
apa puya undang undang la... kesalahan camtu tu pun nak beri hukuman setaraf dengan pengedar dadah.... budak tu kena belasah pun sebab curi selipar polis..kalau org awam biasa aku rasa diorang tak layan pun................ kenapala lasykar merah dan BENDERA tak join protes ni ye... |
|
|
|
|
|
|
| |
|