CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 0

'Sedia gegar'

[Copy link]
Post time 4-10-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Norhafiz tekad bantu Harimau Malaya jerat Australia cari tonik baru di CanberraELEMEN pengalaman bakal menjadi pertaruhan besar kepada Norhafiz Zamani Misbah bagi mengemudi benteng pertahanan skuad Harimau Malaya apabila bertembung gergasi bola sepak Asia, Australia di Canberra, Jumaat ini.\n\n\n\n  Norhafiz, 30, bakal turun buat kali pertama bersama skuad negara sejak mengalami kecederaan lutut ACL ketika perlawanan sulung Sukan Asia 2010 menentang Kyrgyzstan di Guangzhou, 8 November tahun lalu.\n\n\n\n\n “Beraksi bersama skuad kebangsaan bukan perkara baru bagi saya. Yang penting, kita kena beri fokus dan komitmen lebih 100 peratus serta beraksi sebagai satu pasukan untuk memberi tentangan hebat kepada Australia. Mana tahu, dapat keputusan positif.“Saya hanya beraksi ketika Pilihan Malaysia bertemu Chelsea (21 Julai lalu) dan kini sudah pulih sepenuhnya. Saya akan cuba bantu pasukan dengan segala pengalaman yang ada,” kata Norhafiz ketika ditemui sebelum berlepas ke Australia, malam tadi.Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal hanya membawa 22 pemain dengan tiga digugurkan iaitu penjaga gol, Norazlan Razali, Shahrom Kalam dan Syahrul Azwari Ibrahim manakala Fadhli Shas tidak mendapat pelepasan kelabnya, ViOn Zlate Moravce.Ketenangan Norhafiz pasti ditagih untuk membentuk gandingan mantap bersama Muslim Ahmad, Mahali Jasuli dan Asraruddin Putra Omar bagi menyekat kepantasan rangkaian serangan Australia diketuai Josh Kennedy, Brett Holman dan Matthew McKay.\n\n\n\n“Saya pernah berganding dengan Muslim ketika Sukan Asia 2010 dan dia juga berpengalaman berlatih di Slovakia. Tiada masalah ketara, cuma yang penting kami perlu lebih berkomunikasi di bahagian pertahanan.“Bagi saya, pertahanan kita tidak teruk. Hanya kita perlu bertahan sebagai satu unit, bukan hanya kami berempat,” jelas Norhafiz yang menjadi calon ketua pasukan selain Safee Sali, selepas Safiq Rahim tidak tersenarai.Sementara itu, laman web Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) semalam melaporkan bahawa jurulatih Australia, Holger Osieck terpaksa menggugurkan penjaga gol Fulham, Mark Schwarzer dan pemain tengah Everton, Tim Cahill kerana mengalami kecederaan ketika bersama kelab masing-masing.INFOSenarai skuadPenjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias.Pertahanan: Norhafiz Zamani Misbah, Muslim Ahmad, Farisham Ismail, Faizal Muhamad, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Zubir Azmi.Tengah: Joseph Kalang Tie, Amar Rohidan, K Gurusamy, K Reuben, Khyril Muhymeen Zambri, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, S Kunanlan, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong.Penyerang: Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Izzaq Faris Ramlan, Shahrizal Saad.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 1.212096 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list