CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

Wartawan diperdaya

[Copy link]
Post time 4-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Wakenabeb! musim baru lebih licik, ganasPENGACARA yang berasakan populariti dirinya suam-suam kuku tercabar dek soalan dan kata-kata yang dilontarkan, lantas berfikiran singkat, lalu bertindak untuk mencederakan beberapa wartawan yang menemubualnya.\n\n\n\nTidak berpuas hati, Tam Suhaimi bertindak melulu dengan melontarkan kerusi dan cawan kepada barisan wartawan terbabit, manakala Shera Aiyob meninggikan suaranya, menghamburkan perasaan tidak puas hatinya.\n\n\n\n\nBuat kali pertama, wartawan dimarahi sebegitu rupa dan siapa yang tidak terkedu jika dirinya diancam untuk dicederakan. Itulah detik cemas yang dilalui oleh penulis dan dua lagi wartawan, masing-masing dari Harian Metro dan Utusan Malaysia.Namun di sebalik keriuhan itu, tidak disangka-sangka Tam dan Shera yang juga pengacara program Wakenabeb! musim keempat sedang mengatur langkah mengenakan kami untuk dimuatkan dalam musim terbaru program itu.Tidak disangka-sangka, rupa-rupanya adegan bertegang urat itu dirancang lebih awal dan sengaja dicipta untuk memerangkap kami. Keadaan panas akhirnya bertukar menjadi gelak tawa apabila kesemuanya warga produksi melaungkan ‘Lukenabeb!’ kepada kami bertiga.Pada mulanya memang wajah ‘bengang’ kelihatan pada muka masing-masing, apabila mengetahui yang kami sebenarnya ditipu dan diperbodohkan. Namun semua itu hanyalah gurauan yang secara tidak langsung mengeratkan hubungan kami sebagai satu keluarga dalam industri hiburan.\n\n\n\nSeperti lakonan dalam filem yang mempunyai babak, ada pelakonnya. Begitu juga lakonan palsu yang dicipta oleh kru penerbitan program Wakenabeb! itu, ditambah lagi dengan lakonan mantap oleh Tam dan Shera serta penerbit program ini, Muhammad Nazrul Mohamad Sumeri dan Alif Kamaruddin.Untuk melihat aksi wartawan yang diperdaya, bolehlah menonton program yang memasuki musim keempat ini, di mana ia menampilkan Awie Wings, Wahid Senario, Tam dan Shera selaku pengacara, serta disiarkan mulai 27 Oktober. Ia menemui penonton pada setiap Khamis, jam 8.30 malam di ntv7.Setelah empat tahun tidak ke udara, kini program ‘mengenakan’ orang ini kembali dengan aksi tipu daya yang lebih licik dan ekstrem, serta ganas. Lebih mantap, siri usikan realiti yang popular di Saluran Ceria Anda ini akan menampilkan lebih ramai mangsa yang terdiri daripada orang biasa dan juga selebriti.Antara personaliti yang dikenakan ialah Sam Bunkface, Kilafairy, Juliana Evans, Awi Rafael, Shila Amzah, AG Hot FM dan juga pengacaranya sendiri, Wahid.Pelbagai adegan di luar jangkaan dilakukan oleh kru penerbitan, yang mana penonton berpeluang menyaksikan pakar usikan ini merancang dan melaksanakan misi mengenakan mangsa.Awie ketua dalangNAZRUL yang ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama, sebelum kami dikenakan, musim keempat akan memaparkan penipuan yang lebih mantap dan aksi yang lebih berani.“Antara muslihat yang digunakan ialah merompak, menculik, merogol, mengugut, letupan, mat rempit, aktiviti dadah dan pelbagai lagi yang kami kerahkan bersama. Semua aksi ini akan dapat dilihat di sepanjang 13 episod. Pada setiap episod, kami akan paparkan dua penipuan, yang mana satu membabitkan selebriti dan satu lagi membabitkan orang biasa.“Program ini berbeza dengan program ‘prank’ yang lain, seperti Bang Bang Boom yang hanya mengenakan orang dengan penipuan comel-comel saja. Tapi penipuan kami lebih menyakitkan hati dan lain daripada yang lain. Kami juga sudah merancang  melakukan sesuatu dalam episod terakhir yang tidak pernah kami lakukan pada musim lalu.“Sememangnya rancangan ini agak mencabar dan tidak senang untuk direalisasikan. Kami perlu menjaga sensitiviti ramai orang, begitu juga dari segi keselamatan mereka. Kami juga memerlukan kerjasama  banyak pihak seperti polis, dan perlu mencari dalang yang sesuai. Cabaran ini yang membuatkan paparan kami lebih menarik nanti,\"爑jarnya.Selain itu, katanya, mereka juga menampilkan hos yang baru dan lebih segar. Awie akan bertindak sebagai ketua dalang yang mengarahkan Wahid, Tam dan Shera untuk mengenakan orang. Sudah empat tahun Wakenabeb! tidak ke udara, dan kini sudah sampai masanya, kata Nazrul, untuk mereka kembali menghiburkan orang ramai dengan adegan yang lebih mantap.Tidak dinafikan, setiap kru penerbitan Wakenabeb! menjalankan tugas masing-masing dengan begitu baik. Masakan tidak, kami sendiri yang berniat  mengenakan Tam dan Shera boleh terpedaya dengan aksi lakonan mantap mereka. Dari penerbit, pengarah, jurukamera hinggalah ke pengacara, masing-masing pandai mengatur langkah menjerat mangsa.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.035754 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list