CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Kedah terpaksa gigit jari

[Copy link]
Post time 28-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BEKAS juara, Kedah dan Kuala Lumpur jelas pasukan paling kecewa gagal layak ke suku akhir Piala Malaysia, musim ini selepas dua tiket berbaki itu disambar Selangor dan Sabah pada detik penentuan terakhir, malam tadi.Apapun, juara bertahan, Kelantan yang sudah layak lebih awal tetap berselera apabila menewaskan Felda United 2-0 dalam pertembungan dua pasukan teratas untuk muncul juara Kumpulan C.\n\n\n\n   Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Sabah melangkah ke  suku akhir dengan penuh bergaya  selepas membenam Johor 4-1, hasil  jaringan Razlan Oto pada minit ke- 31 tetapi disamakan Johor mene rusi rembatan kencang Redzuan  Nawi pada minit ke-54.\n\n\n\n\n  Anak buah Justin Ganai kembali  di depan menerusi gol Rozaimi Abd  Rahman (m-60) sebelum Radzi Mo hd Hussin (m-66) dan Mohd Farid  Ideris (m-78) melengkapkan keme nangan untuk tiga mata berharga,  sekali gus memintas Kedah.Di Stadium Darulaman, Alor  Setar, tuan rumah kempunan se lepas gagal mengutip mata penuh  apabila seri 1-1 dengan Perak yang  sudah pun mengesahkan tiket ke  suku akhir.Malah, skuad Seladang pimpinan  Norizan Bakar terlebih dulu men cemaskan Kenari apabila membu ka jaringan menerusi Shafiq Jamal  pada minit ke-52 tetapi tuan rumah  pantas menyamakan kedudukan  menerusi Faizal Abu Bakar, tiga  minit kemudian. Di Stadium Sultan Mohamad  Ke-IV, Kelantan mencipta kemenangan hasil dua jaringan Norshahrul  Idlan Talaha pada minit ke-62 dan 71.\n\n\n\nDi Stadium Tuanku Abdul  Rahman Paroi, juara Kumpulan D,  T-Team menamatkan saingan pe ringkat kumpulan dengan kemena ngan besar ke atas Polis, 6-0. Di Stadium Selayang, PKNS melengkapkan baki saingan Kumpulan  B dengan kemenangan 1-0 ke atas  Sime Darby untuk mengutip mata  kesembilan selepas enam perlawa nan kempen Piala Malaysia kali ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.503557 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list