CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Vettel mahu cipta hatrik GP Singapura

[Copy link]
Post time 23-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SINGAPURA: Sebastian Vettel boleh muncul pelumba termuda yang berjaya mempertahankan kejuaraan dunia dalam perlumbaan Grand Prix Singapura, minggu ini tetapi pelumba Sepanyol Fernando Alonso berharap mampu menghalang impian pelumba Jerman itu.\rVettel, 24, juga mensasarkan untuk melengkapkan kemenangan hatrik untuk Red  Bull selepas  kemenangan di Belgium dan Itali, dengan mengungguli litar Marina Bay.\r\n\n\n\n\r   Tetapi dalam perlumbaan yang panjang dan mencabar dalam keadaan cuaca panas serta lembap, dia sedar impiannya itu bukan mudah kerana dia bukan saja perlu mengatasi cabaran fizikal dan teknikal tetapi juga berdepan saingan sengit pencabar lain. \r\r\n\n\n\n\n   Vettel, yang menghimpun 284 mata selepas lapan kemenangan  musim ini, mempunyai kelebihan besar 112 mata ke atas Alonso dari pasukan Ferrari.\rBagi mengesahkan kejuaraan Ahad ini, dia perlu menjarakkan lagi kelebihan mata sekurang-kurangnya 125 mata atau lebih menjelang baki lima perlumbaan lagi.\rIni bermakna kemenangan dalam perlumbaan Ahad ini sudah cukup buat Vettel jika Alonso gagal menaiki podium.\rPasangan McLaren - Jenson Button dan Lewis Hamilton, yang memenangi perlumbaan di Singapura dua tahun lalu juga tampak mantap untuk memburu gelaran di sini.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak akan menyerah kalah dan akan memandu untuk menang seperti dilakukan sebelum ii,” kata Hamilton. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.712147 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list