|
Ketepikan kontroversi, tumpukan kerjaya seniLALUANNYA berada dalam dunia seni tidaklah seindah yang disangka. Zahirnya macam manis bersalut madu, namun hakikat sebenar, pahit bak hempedu. Hanya mereka yang tabah dan dan mempunyai semangat teguh saja mampu meneruskannya.\rMeskipun permaidani merah terhampar menyambut kehadiran bakat muda jelita ini dalam bidang seni, namun ternyata di sebalik hamparan yang terbentang, rupa-rupanya ada ranjau dan duri yang sedang menanti.\r\n\n\n\n\rDengki mendengki, fitnah, cemburu semuanya adalah asam garam yang terpaksa ditelan oleh pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini.\r\r\n\n\n\n\nBiarpun batin seakan-akan mahu saja menjerit mengharapkan semua cerita sensasi yang dikaitkan dengannya segera berakhir namun Lofa bersikap realistik kerana itu adalah lumrah kehidupan seseorang menjadi artis. Kebelakangan ini dia tidak lagi memberi komen yang boleh melukakan hati mana-mana pihak sekali gus mengundang permusuhan yang berpanjangan.\rCukuplah dengan apa yang Lofa lalui. Lofa tidak mahu lagi dilihat sebagai pelakon yang menarik perhatian peminat dengan cerita sensasi yang bukan-bukan. Bukanlah marah kepada media yang bertanya soalan berhubung perselisihan faham dengan seorang pelakon tapi memang tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.\rLofa tak mahu disebabkan terlalu bercerita soal peribadi, cerita mengenai kerjaya tenggelam begitu saja. Biarlah cerita kerjaya seiring dengan kisah peribadi, kata gadis berusia 22 tahun pada sesi fotografi yang diadakan di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.\rBegitupun, selain perselisihan fahamnya dengan Nur Fazura, tersebar juga cerita kononnya seorang pelakon baru sudah memburuk-burukkan dirinya serta bercerita perkara yang buruk mengenai Neelofa. \r\n\n\n\n\rApakah dia mempunyai masalah dengan pelakon terbabit sehingga tergamak menyebarkan cerita yang tidak betul.\rMemang ada dengar kisah pelakon memburukkan Lofa. Biarlah. Tak perlu nak layan ceritanya. Dia memang tak suka dengan Lofa. Lebih baik tumpukan kerjaya dan memantapkan lagi seni lakonan Lofa, katanya.\rSememangnya, populariti Lofa naik mendadak dan siapa sangka tidak sampai setahun menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia sudah berpeluang berada di bawah bimbingan pengarah berpengalaman seperti Erma Fatima dan Aziz M Osman. \rTerbaru, dia akan berada di lokasi penggambaran filem Lemak Kampung Santan arahan Hans Isaac.\rLofa memang ada niat menyertai kelas lakonan, tapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan dulu. Tapi dalam filem Lemak Kampung Santan, semua pelakonnya akan mendapat bimbingan Fatimah Abu Bakar. Memang Lofa harap dapat berlatih di bawah bimbingannya, katanya dalam nada teruja.\rBakal duta kosmetik terkemuka?\rBUKAN saja laris dalam bidang lakonan tapi Lofa juga menjadi rebutan untuk menjadikannya duta pelbagai produk kecantikan. Terbaru, jika tiada aral melintang dia bakal bergelar duta kepada sebuah produk kosmetik gergasi yang sememangnya menjadi idaman ramai.\rKhabarnya pelakon yang berasal dari Kelantan Darul Naim ini akan terbang ke luar negara Oktober ini untuk menjalankan sesi fotografi sempena pelantikannya sebagai duta produk berkenaan. \rTunggulah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak berkenaan, katanya ringkas.\rSelain bergelar produk kosmetik, Lofa turut dilamar oleh sebuah produk penjagaan kulit yang tidak kurang terkenalnya.\rBagaimanapun hasrat itu ditangguhkan seketika kerana kontrak jurucakap yang sedia ada belum tamat, katanya.\rDalam perkembangan lain, Lofa yang sebelum ini mengusahakan perniagaan kasut secara di atas talian (online) menerusi laman web neelofaheels.blogspot.com bercadang memperkembangkan lagi perniagaannya itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|