CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Hantu Bonceng angkut RM4.5 juta

[Copy link]
Post time 6-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Idham sasar kutipan filem terbaru arahannya boleh cecah RM8 juta\rSELEPAS melalui saat getir apabila beberapa filem arahannya mendapat sambutan kurang memberangsangkan, kini Ahmad Idham sudah boleh kembali senyum dan lega apabila Hantu Bonceng menunjukkan kutipan kasar sangat baik iaitu RM4.5 juta selepas lima hari ditayangkan.\r\n\n\n\n\rFilem terbaru arahannya itu yang ditayangkan menerusi 61 panggung sejak 30 Ogos lalu sehingga kini terus mendapat sambutan, terutama pada hujung minggu dan cuti am.  \r\r\n\n\n\n\nMalahan sejak hari pertama lagi, filem Hantu Bonceng sudah mencatatkan kutipan kasar hampir RM800,000. Dan kini, biarpun mendapat sambutan baik tetapi Ahmad Idham sebagai penerbit dan pengarah filem itu, mengharapkan Hantu Bonceng boleh melepasi angka RM5 juta untuk tempoh beberapa hari lagi. \r“Alhamdulillah, sambungan penonton memang amat membanggakan dan di luar jangkaan saya. Ini satu rekod bagi saya kerana dalam tempoh tayangan, Hantu Bonceng sudah mencapai hampir RM2 juta. \r“Tayangan di musim perayaan sedikit sebanyak membantu filem ini dan saya berasakan ada peningkatan lagi dalam tempoh seminggu akan datang,” katanya kepada Hip. \rAhmad Idham tidak menafikan berdasarkan kutipan yang diperolehi itu, ia bukan saja sudah mengembalikan kos penerbitan tetapi dapat menikmati sedikit keuntungan. \r\n\n\n\n\r“Memang melegakan. Rasa terubat kekecewaan selepas filem Senjakala tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Malahan dengan kutipan filem Hantu Bonceng ini, dapat juga membantu mengurangkan kerugian daripada filem Senjakala,” katanya. \rMenurutnya, apa yang diharapkan, berita yang di sampaikan dari mulut ke mulut mengenai Hantu Bonceng mampu menarik lebih ramai penonton menjengah ke panggung di minggu terakhir ini.\r“Saya berharap dengan cerita yang disampaikan mereka ini akan memberi impak kepada penonton lain untuk datang menyaksikan filem ini,” katanya.\rFilem komedi seram yang mengisahkan mengenai Amran yang sering terbabit dalam perlumbaan haram, memenangi satu perlumbaan dan diberi habuan seorang bohsia bernama Maya. \rNamun, malang tidak berbaur apabila Maya yang membonceng motosikal yang dipandu Amran dilanggar lori menyebabkan Maya maut di tempat kejadian. Hidup Amran mula berubah selepas kejadian tersebut dan sering dihantui Maya.\rAhmad Idham berkata, bukan mustahil kalau kutipan kasar filem Hantu Bonceng boleh mencapai angka RM8 juta sekiranya sambutan penonton adalah konsisten selain masih mempunyai tempoh seminggu lagi ditayangkan mengikut peraturan Skim Wajib Tayang. \r“Saya tak boleh nak cakap mengenai kutipan kerana nilai kutipan sebenar akan diketahui pada Isnin (5 September) tetapi saya menjangkakan ia mampu mencapai RM8 juta, Insya-Allah.\r“Apapun saya amat berpuas hati dengan jumlah kutipan terkini kerana ia di luar jangkaan saya dan berharap minggu kedua ini akan memberi lebih impak lagi,” katanya.\rGembira melihat sambutan yang amat membanggakan daripada penonton, Ahmad Idham bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak karya di masa depan.\rAhmad Idham juga mengharapkan filem terbarunya, Gerimis Mengundang turut mendapat tempat di hati penonton apabila ditayangkan kelak.\r“Siapa yang tak gembira melihat karya kita diterima penonton dan ini juga menjadi motivasi kepada saya untuk terus berkarya dalam memajukan industri perfileman tempatan.\r“Lepas ini akan ada lagi filem saya termasuk filem Gerimis Mengundang dan mengharapkan pencapaian saya tidak berakhir di sini saja,” katanya.\rLebih aktif terbitkan filem \rSELEPAS namanya sudah tidak lagi dikaitkan sebagai calon Ketua Pengarah baru Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham menegaskan kali ini dia mahu menumpukan sepenuhnya sebagai orang kreatif dalam industri perfileman. \r“Dulu saya banyak menghabiskan masa memikirkan apa yang saya nak buat kalau \rdilantik untuk jawatan itu (Ketua Pengarah baru FINAS). Tapi selepas sudah pasti jawatan itu disandang orang lain, saya mahu memberi tumpuan sepenuhnya dengan kerja kreatif, yang beberapa ketika kurang diberikan tumpuan. \r“Selepas Hantu Bonceng, ada dua atau tiga filem arahan saya menunggu masa untuk ditayangkan. Malahan, saya sedang bersiap sedia untuk mengarahkan satu lagi filem terbaru dalam masa terdekat ini,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.347451 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list