View: 197|Reply: 0
|
Ahmadinejad desak PBB berhenti sokong Israel
[Copy link]
|
|
TEHRAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, berkata tiada ruang buat Israel di rantau ini selepas pembentukan sebuah negara Palestin dan sebaik saja negara itu diwujudkan, kebebasan semua tanah Palestin perlu dipatuhi.Ulasan Mahmoud Ahmadinejad menggambarkan sikap anti-Israelnya, yang menarik kecaman antarabangsa sejak kali pertama berkata pada 2005 bahawa Israel perlu ‘dihapuskan daripada peta dunia.’\n\n\n\nAhmadinejad bercakap selepas perhimpunan besar-besaran pro-Palestin menandakan Hari Quds. Quds adalah bahasa Arab untuk Baitulmaqdis.\n\n\n\n\nDemonstrasi tahunan itu adalah satu upacara oleh pihak berkuasa Iran untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin dan mengutuk seteru utama Israel.Kenyataan itu dibuat ketika Palestin berusaha tahun ini untuk mencapai pengiktirafan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ketika mesyuarat Perhimpunan Agung September.Cubaan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara muncul di tengah rundingan damai terhenti Israel-Palestin dan walaupun pengundian PBB di New York sebahagian besarnya simbolik, Palestin percaya ia akan menghantar mesej berkuasa kepada Israel.“Tiada ruang untuk anda di rantau ini. Pengiktirafan Palestin adalah langkah pertama pembebasan keseluruhan Palestin,” katanya.\n\n\n\nAhmadinejad juga menggesa Barat berhenti menyokong Israel.“Anda (Barat) dan rejim Zionis tidak akan mempunyai pangkalan di Asia Barat,” katanya ketika memberi amaran dan menolak sokongan Barat untuk penyelesaian dua negara sebagai satu taktik bermaksud ‘menyelamatkan’ Israel. Mengulangi retorik anti-Holocaust, Ahmadinejad berkata Israel dicetuskan atas penipuan dan menambah; “rejim Zionis paksi penyatuan semua perompak dan penjenayah di dunia.” – AP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|