View: 249|Reply: 1
|
PM Jepun umum peletakan jawatan
[Copy link]
|
|
Pengganti Kan pikul tugas berat pulih imejTOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Demokrat Jepun, lapor media Jepun berkuatkuasa serta-merta mengakhiri tempoh pemerintahan beliau sebagai pemimpin Jepun.\n\n\n\n “Saya meletak jawatan sebagai presiden (parti) berkuatkuasa hari ini,” katanya kepada pegawai kanan parti itu, yang dipetik akhbar Jiji.\n\n\n\n\n Langkah berkenaan memberikan laluan kepada pilihan raya untuk memilih Perdana Menteri keenam negara itu dalam masa lima tahun berikutan Jepun berhadapan dengan pemulihan dari gempa bumi 11 Mac lalu , tsunami dan juga krisis nuklear berterusan.Satu pilihan raya kepimpinan bagi presiden baru parti yang kemudian akan menjadi Perdana Menteri dijangka pada Isnin ini. Parlimen akan mengundi untuk pemimpin sebagai Perdana Menteri pada Selasa minggu depan.“Saya akan meninggalkan jawatan perdana menteri sebaik saja seorang pemimpin baru diputuskan,” kata Kan. Kan dijadualkan mengadakan satu sidang media Jumaat depan.Selepas selamat daripada undi tidak percaya pada Jun, Kan berkata beliau akan meletak jawatan dengan syarat tiga rang undang-undang utama akan diluluskan, iaitu bajet kedua, rang undang-undang kewangan, dan peraturan yang menggalakkan penggunaan tenaga baru.Dua rang undang-undang akhir diluluskan Jumaat lalu, memberi laluan kepadanya untuk meletak jawatan.Sekurang-kurangnya sembilan calon akan menggantikan Kan, termasuk calon pilihan, bekas Menteri Luar, Seiji Maehara. Menteri Kewangan Yoshihiko Noda juga akan memfailkan pencalonan apabila kempen bermula Sabtu depan.Sesiapa saja yang menang berhadapan tugas berat untuk memastikan pemulihan semula Jepun selepas perang, menyelesaikan krisis nuklear terburuk dunia sejak Chernobyl 25 tahun lalu dan melindungi ekonomi negara itu dari kejatuhan yen.Mereka juga perlu menyatukan parlimen yang berpecah dan memulihkan keyakinan pasaran Jepun boleh mengatasi perundangan yang lemah bagi memulihkan hutang dunia.Selepas mengambil alih tugas perdana menteri Jun tahun lalu, Kan berusia 64 tahun berhadapan dengan sokongan rendah, masalah kuasa dalam DPJ dan perpecahan parlimen di mana Parti Demokratik Liberal pembangkang menghalang pelbagai rang undang-undang. Bencana alam Jepun pada Jun lalu yang mengakibatkan 20,000 terbunuh atau hilang, memusnahkan seluruh bandar dan mencetuskan kemalangan nuklear Fukushima menguji kepimpinan dan mengundang dakwaan bahawa beliau gagal untuk bertindak balas terhadap bencana itu. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
|
rilek jer kat nipon leh tukau2 PM.....klu kat Malaysia kejp2 dok canang depa jer yg boleh mengurus negara....tup2 ilang 8b $$$ MAS,ilang enjin jet pejuang...pandai la sgt urus tu....rega barang makin mahal....pandai la sgt urus itu ini....yo o yo o jer....UMNGOK partai LOMBU..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|