CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 203|Reply: 0

Amerika terus curiga penduduk Islam

[Copy link]
Post time 26-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
CIA didakwa bantu polis New York buat intipan di masjid, pantau kegiatan masyarakat \rNEW YORK: Organisasi pembebasan hak asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid dan kawasan etnik minoriti.  \r\n\n\n\n\rMajlis Hubungan American-Islamic (CAIR) mengesyaki wujudnya kerjasama antara polis dan CIA dalam mengumpul maklumat perisikan yang melanggar Perlembagaan Amerika, Akta Hak Persendirian 1974 dan arahan presiden melarang CIA mengintip rakyat Amerika, kata peguam CAIR, Gadeir Abbas.\r\r\n\n\n\n\n“Memang wajar sesi memberi keterangan diadakan dalam hal ini,” kata Gadeir yang meminta Jawatankuasa Perisikan Senat menilai sebahagian  operasi pengawasan CIA. \rLaporan Associated Press (AP) mendedahkan, pegawai NYPD menyamar ketika dihantar ke kawasan penduduk minoriti untuk memantau kedai buku, bar, kafe dan kelab malam serta polis menggunakan pemberi maklumat yang dikenali sebagai ‘kaki ampu’ masjid untuk mengawasi khutbah.\r“NYPD dianggap jauh melangkaui batas tugas dan menyasarkan komuniti etnik dengan cara ini ia akan melanggar peraturan kebebasan awam jika dilakukan oleh kerajaan persekutuan,” kata AP yang menjelaskan kerjasama antara CIA dan NYPD sebagai belum pernah terjadi sebelum ini. \rJurucakap polis pula berkata: “Kami tidak mahu minta maaf kerana teknik agresif yang dilakukan sejak serangan 11 September 2001.” Katanya, teknik berkenaan membantu menggagalkan 13 rancangan pengganas di bandar itu.\r\n\n\n\n\r“Ia (laporan AP) menunjukkan kami melakukan apa saja yang munasabah untuk menghentikan pengganas daripada membunuh lebih ramai penduduk New York,” kata Timbalan Pe suruhjaya NYPD, Paul Browne menerusi e-melnya. – Reuters

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.039155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list