View: 143|Reply: 0
|
Perbelanjaan jemaah umrah cecah RM3.1 bilion
[Copy link]
|
|
RIYADH: Bilangan jemaah yang mengerjakan umrah ketika Ramadan mencecah empat juta ketika dua minggu awal bulan puasa kali ini dan mereka berbelanja lebih SR4 bilion (RM3.1 bilion) membeli cenderamata dan hadiah, menurut perangkaan.\rSemua jemaah umrah, tidak kira kerakyatan dan latar belakang, umumnya membeli hadiah berbentuk kerohanian untuk diberikan kepada saudara mara dan rakan-rakan untuk membuktikan kehadiran mereka ke Makkah dan Madinah, menurut laporan.\r\n\n\n\n\rAntaranya termasuk Tasbih, kraftangan, sejadah dan telekung adalah pilihan utama jemaah umrah, terutama ketika Ramadan.\r\r\n\n\n\n\nKeadaan ini menggalakkan peniaga bersaing menawarkan pelbagai jenis cenderamata berkualiti tinggi kepada mereka.\rSeorang pakar tekstil dan peniaga, Salem Al-Ammari, berkata pelawat ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi membeli banyak telekung sebagai cenderamata dan ia melonjakkan penjualan hingga 150 peratus. \rPeniaga tekstil mengimport fabrik tertentu, katanya, sambil menambah membeli telekung tidak terhad kepada pelawat tetapi juga dianggap hadiah penting untuk ditukar ganti oleh jemaah wanita ketika Ramadan.\rSalem menegaskan apa yang membezakan tekstil solat tahun ini ialah ia lebih mesra alam, dan dihasilkan daripada serat semula jadi yang membolehkan udara menembusinya dan mengelakkan masalah kulit yang mungkin terjadi apabila kulit tersentuh dengan fabrik tertentu ketika bersolat.\r\n\n\n\n\rPeningkatan bilangan jemaah umrah dan penjualan, menurut pakar ekonomi, bukan hanya membuka peluang pelaburan dalam pasaran pelancongan berasaskan agama, tetapi juga turut membantu membina semula konsep ekonomi agama untuk menekankan kepentingan tempat dan kualiti serta kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan. – Agensi\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|