CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Berpisah jalan terbaik

[Copy link]
Post time 22-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Walaupun pahit, keputusan bercerai memberi kelegaan kepada AininaDI SEBALIK senyumannya, ada titis air yang jatuh di pipi halus Ainina Ahmad B ini tatkala mengakui secara jujur bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi dengan bekas penyanyi kumpulan Mega, Rahmat Tohak. \rMeluahkan apa yang terbuku di hatinya kepada wartawan Hip, ibu kepada Nur Ariana berusia sembilan tahun dan Nur Ara Elesya, dua tahun menegaskan dirinya reda dengan nasib yang dilaluinya.\r\n\n\n\n\r “Ya... Saya dan dia (Rahmat) sudah berpisah. Kami berpisah pada awal tahun ini tetapi saya tegaskan perpisahan ini bukan penyebab saya kembali aktif berlakon kerana rezeki berlakon hadir ketika saya mengalami dugaan ini.\r \r\n\n\n\n\n“Jadi saya terima rezeki berlakon seadanya dan semua yang berlaku adalah kehendak tuhan dan Tuhan tahu apa yang terjadi,” luah Ainina Ahmad B, pelakon yang pernah menempa kegemilangan sebagai heroin episod Spektra sehingga menghangatkan saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) satu ketika dulu.\rNamun anak kepada seniman Allahyarham Ahmad B ini, sama sekali menyangkal perpisahan itu hadir disebabkan orang ketiga mahupun di disebabkan sikap tidak bertanggungjawab di suami.\rSebaliknya, dia sanggup menerima keputusan yang paling pahit ini demi memberi ruang dan mengambil sikap mengalah supaya orang lain mendapat lebih kebahagiaan seperti yang dimahukan.\rKorban kasih, mungkin itulah episod kisah cinta Ainina tetapi dia tegas tidak mahu lagi berpaling ke belakang kerana hayunan langkahnya perlu diteruskan demi menjaga hatinya sendiri yang sudah terluka sebelum ini.\r\n\n\n\n\r“Rahmat adalah seorang lelaki yang baik, penyayang dan cukup bertanggungjawab. Selama 11 tahun kami berumah tangga dia cuba memberikan keadilan kepada kami (Ainina dan isteri pertama), namun semua ini perlu saya akhiri kerana cukup sudah apa yang saya alami selama ini. Saya tidak mahu lagi Rahmat berada dalam keadaan serba salah kerana terpaksa membahagikan kasih yang ada.\r“Saya tidak akan kembali kepadanya. Kalau berpatah balik kepadanya, umpama saya kembali lagi kepada kesakitan lalu. Keadaan tidak akan berubah,” katanya yang tidak mahu bergaduh dengan bekas suami dan cuba menganggapnya sebagai sahabat pula.\rKatanya, perhubungan dia dan bekas suaminya kini ibarat sahabat kerana mereka masih perlu bersama ketika membawa anak-anak keluar berjalan-jalan.\rMalahan, dia sendiri mengakui Rahmat cukup bertanggungjawab apabila sudi mengambil pembantu rumah untuk menemani anak-anak ketika ketiadaannya di rumah untuk ke lokasi penggambaran.\r“Keputusan ini diharapkan dapat memuaskan hati semua pihak dan menyenangkan pihak lain. Hubungan kami juga baik. Kami sepakat menjaga anak-anak bersama walaupun sudah berpisah.\r“Sebagai manusia, saya sudah penat yang teramat dan sampai satu tahap, keputusan berpisah ini adalah jalan terbaik. Saya akui tidak mampu lagi bertahan. Sebagai isteri yang berada dalam dilema ini, hanya saya dan tuhan tahu apa yang ada dalam hati ini,” sambungnya lagi yang memberitahu anak-anak seolah-olah memahami apa yang sedang berlaku antara mereka.\rKatanya, setelah membuat keputusan yang cukup berat dalam hidupnya itu, dia cukup lega walaupun terluka dan berdoa ada kebahagiaan yang lebih baik yang menanti dirinya kelak.\r“Saya menanggung semua ini sendiri. Apabila memberitahu ibu bahawa saya inginkan perpisahan dan sudah bersedia ke arah itu, ibu pula yang menangis dan hiba dengan nasib saya,” katanya yang cuba mengatakan tidak lagi mencintai bekas suaminya.\rMengalih episod duka kepada kisah Syawal, masih ada saki baki kelukaan yang pernah menghiasi dirinya ketika bergelar isteri sebelas tahun lalu.\r“Selama 11 tahun, saya tidak pernah merasa beraya dengan suami. Namun saya reda. Cuma tahun ini Rahmat nak bawa anak-anak ke Johor dan dapatlah mereka beraya bersama ayah mereka nanti. Untuk saya? Tidak apalah, kerana saya masih kuat mengharungi semua ini,” katanya yang memberitahu cukup kasihan dengan anak sulungnya, Nur Ariana yang sangat memahami situasi yang dialami.\r“Nur Ariana cukup memahami. Dia tahu kami sudah berpisah. Jika Syawal menjelang dia akan cakap, ayah beraya dengan kakak dan abang dulu. Barulah dengan kita,” katanya sebak.\rTidak rela tanggalkan tudung\r“Saya tidak kisah berlakon apa saja watak asalkan memakai tudung. Sebaik berehat dari berlakon dulu, saya sudah bertudung dan saya akan menolak tawaran jika terpaksa menanggalkan tudung. \r“Penonton sekarang sudah matang dan saya rasa mereka tidak kisah untuk menerima mereka yang bertudung seperti saya,” katanya yang memberitahu kembali merindu untuk berlakon bersama pelakon seangkatannya dan barisan pelakon baru yang disifatkan cukup berbakat.\rAnina, berkata, kehadirannya dalam dunia lakonan satu ketika dulu bukan disebabkan mahu mengejar populariti dan semua tawaran yang diberikan dianggap sebagai tanggungjawab.\r“Dalam keadaan sekarang, bukan lagi untuk saya mengejar populariti. Ketika aktif berlakon dulu pun, saya tidak berniat untuk menjadi terkenal kerana apa yang saya lakukan adalah tanggungjawab serta mencari rezeki.\r“Saya juga jarang menghiasi majalah dan saya lebih dikenali TV dalam drama yang saya lakonkan,”  katanya yang sudah habis menjalani penggambaran drama Sekering Jiwa Ante yang bakal disiarkan di TV9 sempena Syawal ini.\rKetika ditanya tidak gentar dan kaku ketika berada di set penggambaran kerana sudah hampir 10 tahun tidak berada di hadapan kamera,\r“Pada awal pembabitan semula ini, pastinya saya berasa agak kaku tetapi syukur perasaan itu sudah hilang. Saya rasa lebih semangat. Takut juga apabila mula-mula bergandingan dengan pelakon seperti Bell Ngasri tetapi semua itu dapat ditangani.\r“Saya akui pengarah dan produser mungkin risau mengambil saya sebagai pelakon kerana sudah lama tidak berlakon dan saya ini ibarat pelakon baru yang mula bertapak dalam dunia seni,” katanya.\rMenurutnya, sebagai pelakon yang pernah membawa watak berat, dia mengharapkan dapat diberikan peluang untuk terus membawakan peranan seperti itu kerana jiwanya cukup puas jika dapat mewarnai drama dengan lakonan seperti itu.\r“Masa muda dulu, saya membawakan watak utama dan heroin, tetapi kini banyak ditawarkan watak ibu dan saya tidak kisah tetapi mengharapkan watak yang diberikan berat dan serius,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.215141 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list