CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Berubah biar ikhlas

[Copy link]
Post time 19-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Liyana ingin tampil bertudung selepas berumah tanggaTAMPAK manis sekali apabila pelakon Liyana Jasmay tampil bertudung walaupun imej berkenaan dikenakan olehnya hanya pada Ramadan. Jauh sekali berbeza dengan penampilan biasanya, yang lebih bersifat moden dan remaja. \n\n\n\nBegitupun, sebenarnya terdetik di hati gadis kecil molek ini untuk terus kekal bertudung apabila tiba waktunya.\n\n\n\n\n\nBaginya, biarlah keinginan untuk mengenakan tudung itu lahir daripada keikhlasan jiwa, bukan kerana dipaksa. Dia sendiri tidak menolak kemungkinan, suatu hari nanti, pasti dirinya tampil bertudung litup seperti ramai wanita lain dan gadis sebayanya. Pokok pangkal, pelakon yang senang membahasakan dirinya Nana ini mahu melakukannya apabila dia sudah benar-benar bersedia.Melihat ramai artis wanita kini yang sudah mula bertudung, Nana tidak menolak suatu hari nanti dirinya juga turut berubah. Bukan mengikut jejak artis yang terlebih dulu mengenakan imej berkenaan, tetapi dia menganggap, setiap artis akan tiba masanya untuk dilihat dari sudut yang berbeza.“Insya-Allah mungkin lepas kahwin saya akan mengenakan tudung, itupun bukan kerana terpaksa atau nak ikut orang. Saya akan memakai tudung apabila saya rasa sudah sampai masanya untuk berbuat demikian.“Kalau kita tengok sekarang ini, banyak sekali fesyen tudung yang diperkenalkan yang masih membolehkan kita kelihatan anggun menawan, jadi bukan menjadi satu halangan untuk kita artis tampil dengan imej bertudung,” katanya.\n\n\n\nBeberapa kali juga tampil dengan imej bertudung di dalam filem, Nana pada hakikatnya tidak kekok dalam pemakaian tudung, malah dia mengaku selesa dengan penampilan berkenaan. Katanya lagi, bertudung juga bukan halangan bagi seseorang artis untuk aktif berlakon, sebaliknya semua itu bergantung kepada bakat.“Kalau bakat lakonan bagus, pakai tudung pun tetap ditawarkan berlakon. Jangan jadikan imej bertudung sebagai satu halangan kerana ramai artis yang bertudung kini masih kencang ditawarkan peluang berlakon.“Malah kalau kita tengok drama atau filem hari ini pun, ia banyak menampilkan artis bertudung. Kalau saya bertudung pun suatu hari nanti, saya akan tetap berlakon,” jelasnya.Tumpuan pada pelajaranBERSESUAIAN dengan aktiviti seninya yang berkurangan pada bulan puasa, Nana mengambil kesempatan itu untuk memberikan lebih tumpuan kepada pengajiannya, yang dijangkakan tamat hujung tahun ini.Pelajar jurusan Seni Persembahan dan Media di sebuah kolej swasta di Sunway ini kini sibuk menyiapkan projek akhirnya dalam pengarahan teater berjudul Muka, yang akan dipentaskan pada 10 hingga 16 Oktober depan.“Buat masa sekarang saya cuti berlakon sebab saya ingin tumpukan perhatian pada kolej. Saya akan mengarahkan teater buat kali pertama, yang pastinya agak kekok. Maklumlah, ia cukup berbeza dengan dunia filem.\"Kesukaran lebih dirasakan apabila teater yang saya arahkan nanti adalah dalam bahasa Melayu, sedangkan pelajar kolej pula terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk pelajar antarabangsa. Jadi, agak sukar untuk membuatkan mereka faham apa yang dipersembahkan,\" katanya yang turut terbabit dalam filem pendek, tetapi hanya sebagai kru di belakang tabir, bekerjasama dengan pelajar lain. Beraya di AustraliaKESIBUKANNYA menyiapkan tugasan akhir itu turut memaksa Nana, 23, banyak menghabiskan masa di kolej dan jarang dapat berbuka puasa bersama keluarga.Justeru, peluang berbuka puasa bersama keluarga dan teman rapat di samping meraikan 30 kanak-kanak dari Rumah Amal Belaian Kasih (RABEKA), Taman Ukay Perdana, baru-baru ini dirasakan cukup bermakna buat dirinya. “Kebiasaannya saya akan berbuka di kolej bersama rakan-rakan sebab nak kejar masa untuk projek. Baru-baru ini saya dimasukkan ke hospital sebab keracunan makanan gara-gara makan di luar.“Saya suka makan makanan laut, tetapi hari itu saya makan ketam menyebabkan saya terpaksa bangun jam 3 pagi sebab sakit perut dan muntah-muntah,” katanya.Menyambut lebaran bersama keluarga pula tentunya saat yang ditunggu Nana kerana bukan saja dia dapat berkumpul semula bersama anggota keluarga, malah lebih manis lagi apabila sambutan raya kali ini dilakukan mereka di Sydney, Australia.Nana mengharapkan percutian selama 10 hari di bumi kanggaru itu akan lebih mengeratkan lagi jalinan silaturahim mereka sekeluarga.“Inilah kali pertama kami sekeluarga dapat bercuti bersama ke luar negara. Lagipun, kami sebenarnya sudah lama merancang nak beraya di luar negara, tetapi tak jadi. Tahun lalu, contohnya, kakak saya pula bersalin. “Tahun ini, anak saudara pun semua sudah besar jadi bolehlah kami semua pergi bercuti. Petang raya pertama kami bertolak ke sana dan rancang nak bawa rendang sekali,” katanya sambil ketawa kecil.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043296 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list