CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

Diulit bahagia

[Copy link]
Post time 17-8-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramadan tahun ini lebih bermaknaJADUAL kerja Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina dalam bulan puasa ini tetap padat dengan pelbagai perancangan untuk mengembangkan dan mengukuhkan kerjaya seninya. \n\n\n\nKetika ini dia sabar menanti kemunculan video klip lagu terbarunya, Takeover yang akan disiarkan di MTV Asia pada 19 Ogos nanti. Video klip itu dibuat di Miami. \n\n\n\n\nDalam menanti kemunculan video klip itu, Mizz Nina sudah melakukan persediaan untuk menghasilkan lagu baru nyanyiannya kerana mengikut perancangan mahu dikeluarkan tahun depan. Mujurlah dalam proses menyiapkan lagu terbaru itu, dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan daripada suaminya, Noh Salleh atau Noh Hujan. Biarpun Noh sendiri memang agak sibuk menyiapkan lagu baru untuk kumpulan Hujan yang dijangka mahu dipasarkan bulan depan, tetapi masih mempunyai masa menemani isterinya di studio rakaman. “Bulan puasa memang masing-masing sibuk. Walaupun tak ada persembahan, Noh banyak menghabiskan masa di studio, manakala saya sibuk di rumah. \n\n\n\n“Kali pertama berpuasa dan beraya sebagai pasangan suami isteri, rasa lain sikit sebab sebelum ini dengan keluarga tapi sekarang apa-apa pun berdua,” kata Mizz Nina.Mengulas mengenai lagu TakeOver, Mizz Nina yang kadang kala disapa dengan panggilan Nina saja, menjelaskan single itu dikeluarkan pada Jun lalu dan dinyanyikan secara berduet dengan penyanyi antarabangsa, Flo Rida. Sebelum ini, Nina muncul dengan dengan lagu single, What You Waiting For pada tahun 2010. Tidak menumpukan kepada lagu Inggeris saja, Nina mengorak langkah menghasilkan lagu berbahasa Melayu yang akan dimuatkan dalam albumnya nanti.“Masih lagi mengumpul bahan sesuai untuk lagu baru itu nanti dan lagu itu mungkin berentak mid-tempo atau electro bersesuaian dengan lagu saya sebelum ini. Album belum diputuskan lagi kerana nak tumpukan kepada single dulu. “Alhamdulilah single terbaru saya setakat ini mendapat sambutan,” jelasnya.Mizz Nina adalah anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Menjadi satu-satunya ahli wanita dalam Teh Tarik Crew, dia berjaya menjadi penyanyi solo yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. Sepanjang penampilannya secara solo, Mizz Nina menyanyi lagu Bahaya yang turut menampilkan Dayang Nurfaizah, manakala dalam video muzik untuk lagu What You Waiting For pula, penyanyi ini mengundang Colby O’Donis. Sementara itu, video klip terbaru Nina itu juga boleh ditonton melalui laman web rasminya, www.mizznina.com, Jumaat ini yang turut memuatkan pelbagai barangan cenderamata daripadanya.Bukan saja lagu single, malah peminatnya boleh membeli barangan cenderamata yang direka khas oleh Nina dan akan mula terjual di laman terbabit selepas Aidilfitri nanti.“Saya ada jual beg sandang, slim bag, singlet dan aksesori lain. Semuanya ada tujuh jenis barangan yang direka khas oleh saya sendiri.“Barangan ini ditempah di Bandung khas buat peminat saya dengan reka bentuk dan corak yang menarik sesuai dengan golongan muda,” jelasnya.Walaupun bulan puasa, masa yang dikhaskan untuk berehat digunakan sebaik mungkin termasuk menumpukan kepada penghasilan single dan albumnya.Teruja sambut raya di SarawakBAGI sesetengah artis, ada lebih gemar beraya di kampung halaman tetapi bagi Mizz Nina kesempatan itu tidak pernah dirasainya kerana keluarganya memang menetap di ibu negara.Berkesempatan beraya di kampung halaman suami di Sarawak memberi peluang kepadanya merasai suasana beraya di rumah mentua selama seminggu.“Mulanya beraya di sini (Kuala Lumpur), kemudian ke Miri dan Kuching di rumah keluarga suami. Saya sudah tak rasa kekok dengan keluarga suami, malah rasa teruja nak beraya dengan mereka.“Persiapan raya setakat ini masih belum buat apa-apa lagi mungkin lagi seminggu nak raya baru nak siapkan lagi pun kami berdua saja jadi persiapan pun sederhana,” katanya. Pasangan ini bernikah pada 1 Julai lalu. Berpeluang mengecapi percutian berbulan madu di luar negara, ia sememangnya meninggalkan kenangan indah buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga bulan lalu. Malah kesempatan itu digunakan mereka untuk beristirehat sepenuhnya setelah penat bekerja disamping meluangkan masa berdua.“Kami ke London empat hari, begitu juga Rome kemudian ke Maldives. Kali pertama dapat menjejakkan kaki di bumi Maldives memang tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata sebab terlampau cantik.“Masa yang ada itu kami gunakan sebaik mungkin untuk berehat. Kenangan yang kami tak boleh lupa ketika di London kena beratur sejam lebih nak tengok Festival Muzik, tiba-tiba tak boleh masuk sebab penuh sesak,” katanya.Namun, pasangan itu belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat kerana lebih fokus kepada kerjaya masing-masing.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037897 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list