CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97|Reply: 0

Sisa makanan meningkat ketika Ramadan

[Copy link]
Post time 17-8-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lebih 2,000 tan lebihan dibuang di Dubai sepanjang bulan mulia\rDUBAI: Sisa makanan meningkat 20 peratus ketika Ramadan di Dubai dengan 1,850 tan lebihan dibuang pada bulan suci kali ini.\r\n\n\n\n\rMembazirkan nikmat Allah tidak sesuai dengan prinsip kesederhanaan Islam lebih-lebih lagi majlis berbuka puasa diadakan di tempat mewah mengenakan caj yang mahal, kata ulama.\r\r\n\n\n\n\nDubai berubah sejak 50 tahun lalu kepada satu hub perniagaan dan pelancongan serantau terkenal dengan projek hartanah luar biasa, kehidupan dan majlis mewah di hotel dan restoran bagi memenuhi permintaan pelanggan kaya yang mahu makanan segar terbaik ketika majlis berbuka secara besar-besaran.\rEmiriah Arab Bersatu (UAE) terkenal kerana memiliki menara tertinggi dunia, pulau buatan manusia dengan bentuk pokok palma yang boleh dilihat dari angkasa lepas dan hotel mewah termasuk Burj Al Arab, kebanyakannya menawarkan majlis berbuka kepada sesiapa yang mampu.\rMajlis berbuka di tempat mewah sering kali mahal dengan sesetengah mengenakan bayaran 200 dirham (RM162.42) seorang.\r“Mereka melihat Ramadan sebagai satu kemungkinan untuk tidak meneguk arak dan ekonomi agak perlahan buat beberapa ketika,” kata pengulas hal ehwal semasa di UAE, Mishaal Al-Gergawi.  \r\n\n\n\n\rWalaupun berjam-jam persediaan untuk menghidangkan makanan, pelayan di hotel terkenal di Dubai mengatakan kebanyakan baki makanan yang tinggal dibuang terus ke dalam tong sampah.\rKadar makanan yang dibuang di UAE meningkat ketara pada bulan suci, sehingga 20 peratus menurut Perbandaran Dubai, dengan kebanyakan sisa terdiri daripada nasi dan makanan bukan sayuran.\rDi Abu  Dhabi, ibu kota UAE, sekurang-kurangnya 500 tan makanan dibuang setiap hari ketika bulan Ramadan, kata akhbar  National.\r“Panas dan sejuk, semua makanan yang disediakan dalam hidangan bufet dibuang,” kata seorang pelayan di sebuah hotel lima bintang di sini. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list