View: 120|Reply: 0
|
'Perbalahan' Teik Chai-Bin Shen, BAM selesai: Chin Chai
[Copy link]
|
|
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menegaskan \'perbalahan\' antara mereka dan pasangan profesional, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen yang dinafikan hak beraksi dalam Kejohanan Dunia di Arena Wembley, sudah diselesaikan dengan baik.\rSetiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, demi kepentingan dan masa depan badminton negara, pihaknya mahu isu pengguguran pasangan KLRC itu daripada beraksi pada kejohanan berprestij itu, ditamatkan.\r\r “Kami meminta Persatuan Badminton Kedah dan Selangor mengambil tindakan ke atas pasangan itu kerana mereka tidak mengikut saluran dalam menyatakan ketidakpuasan hati berhubung pengguguran mereka dari Kejohanan Dunia. \r\n\n\n\n\n\r“Jadi, kami menyerahkan kepada kedua-dua ahli gabungan itu, sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak. Jika mereka tidak mahu mengambil tindakan, kami tidak kisah dan tidak mahu perkara ini dipanjangkan,” katanya semalam.\rChin Chai yang juga pengurus pasukan skuad negara berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan yang lebih telus dalam pemilihan pemain untuk beraksi pada sesuatu kejohanan di masa depan, bagi mengelakkan isu seperti itu berulang.\r“Pada masa sama, BAM masih membenarkan pasangan itu menjalani latihan bersama skuad kebangsaan dua kali seminggu seperti sebelum ini,” katanya.\rTeik Chai-Bin Shen sebelum ini layak secara merit ke Kejohanan Dunia, namun BAM bertindak menggugurkan mereka dan menggantikannya dengan beregu sendiri, Mohd Zakry Latif-Hoon Thien How yang terkandas di pusingan kedua, Rabu lalu.\rTindakan itu membuatkan Teik Chai-Bin Shen berang dan meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa BAM mengeluarkan garis panduan jelas mengenai pemilihan pemain ke Sukan Olimpik 2012.\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|