|
Portugal, Cameroon juga mara pusingan keduaBOGOTA (Colombia): Tuan rumah, Colombia menewaskan Korea Selatan 1-0 untuk menamatkan kempen peringkat kumpulan dengan rekod bersih tiga kemenangan dalam Kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun, sambil disertai Perancis, Portugal dan Cameroon, kelmarin.\rLuis Muriel menjaringkan gol tunggal Colombia pada minit ke-37 yang menamatkan saingan Kumpulan A dengan sembilan mata sambil diikuti Perancis yang menundukkan Mali 2-0 manakala Korea Selatan ketiga turut berpeluang mara menerusi keputusan perlawanan tempat ketiga.\r\n\n\n\n\r Colombia bakal diletakkan pilihan di samping Sepanyol, Brazil, Nigeria dan Argentina ketika pusingan 16 pasukan terakhir membuka tirai Selasa ini.\r\r\n\n\n\n\n Dalam Kumpulan B, Portugal menamatkan saingan di tangga teratas dengan tujuh mata selepas menewaskan New Zealand 1-0 untuk mara ke pusingan kedua selaku juara kumpulan diikuti Cameroon, tangga kedua.\rJaringan Emmanuel Mbongo pada minit ke-28 mengesahkan kemenangan 1-0 Cameroon ke atas Uruguay untuk menentang Mexico pada peringkat 16 terakhir. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|