ADAKAH BENAR DAKWAAN HADITH BAHAWA SYAITAN,IBLIS DAN JIN DIRANTAI DAN DIKURUNG SEPANJANG BULAN RAMADHAN?
YA. BENAR. Hadith Rasullullah ada menyatakan perkara ini:
Rasulullah SAW bertanya: "Hai iblis! Jika umatkuberpuasa kerana Allah SWT, apakah yang engkau rasa?"
Jawab iblis laknatullah: "Ya Nabi Allah, inilah suatu bencana yang besarbahayanya terhadap ku kerana apabila masuk malam awal Ramadan, maka memancarlahnur Arasy dan Kursiy serta segala malaikat menyambut dengan gembiranya. Bagiorang-orang yang berpuasa mendapat sebesar-besar anugerah Allah SWT yang MahaPengampun segala dosa yang telah lalu serta digantikan pula dengan pahala yangamat besar serta tiada ditulis segala kesalahannya selama ia berpuasa. Tambahan pula yang menghancurkan hati ku ialah segala isi langit, bulan danbintang serta malaikat sehinggalah burung-burung dan ikan-ikan laut dan airtawar juga tiap-tiap yang bernyawa di atas muka bumi mendoakan siang dan malammemohon ampun bagi orang-orang yang berpuasa. Satu lagi setinggi-tinggikemuliaan orang yang berpuasa ialah Tuhan menjadikan 1000 kemerdekaan dari azabneraka pada setiap hari dalam Bulan Ramadan, segala pintu neraka ditutup,segala pintu syurga dibuka, angin/bayu syirah yang amat lembut berhembusan kedalam syurga. Maka pada hari mulanya umat mu berpuasa, datanglah segala bala tentera malaikatyang garang tanpa mengira lawannya menangkap aku dengan perintah Tuhan sertaditangkapnya segala bala tentera ku iaitu jin, syaitan dan ifrit serta dipasungkaki tangannya dengan besi panas - dan dirantainya kami sekeliannya sertadibenamkan ke dalam bumi yang amat dalam dan ditambah pula dengan beberapa azabsengsara sehingga selesai ibadat puasa umat mu, baharulah aku dilepaskan supayaaku tidak boleh mengganggu mereka.
1. Maka semua andaian bahawa pada bulan ramadhan ini bahawa'jin bawahan' masih berkeliaran, manakala jin atasan sahaja dikurung, maka andaian itu tidak benar. Kerana Iblis sendirimengakui semua pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup rapat dan diabeserta cucu cicit keturunannya (semua jin, semua syaitan) ditangkap dandikurung sehinggalah tamat bulan puasa yang mulia ini. Tiada yang terkecuali,melainkan jin Islam yang teramat sedikit puratanya, dan mereka ini langsungtidak menganggu manusia kerana mereka takut kepada azab Allah dan kita lebihmulia dari mereka kerana itu malaikat sentiasa ada bersama kita, ingat, yangpenting, Allah sentiasa memelihara kita, jadi mengapa kita perlu takut,bersedih dan risau jika kita beriman kepadaNya? Renung-renungkanlah.
JIKA BEGITU, MENGAPA ADA MANUSIA YANG MASIH DIGANGGU BAYANGAN HANTU, SAKA DAN MAKHLUK HALUS YANG LAIN?
2. Jika ada yang masih menerima gangguan (saka, pendamping atauhantu) maka semua itu hanyalah dugaan dan cubaan dari Allah semata-mata untukmenginsafkan kita, untuk kifarah dosa atau ingin menunjukkan kebesaranNyakepada kita. Makhluk-makhluk Allah yang ghaib tidak dapat kita lihat dari matakasar, oleh itu secara sedar atau separa sedar kita masih tidak mampu melihatmereka kecuali dengan bantuan ilmu sihir (syirik, khurafat) dan amalan ilmuhitam yang sinonim dengan penghidupan si pengamal,
sedangkan mereka terdiri dalam golongan sesatlagi menyesatkan. Sama sahaja ketika di bulan-bulan biasa atau bulan ramadhan,yang masih mengekori dan menganggu mereka adalah 'dosa-dosa' yang menghantuimereka, bukanlah syaitan atau jin kerana mereka semua dikurung. Ini adalahkata-kata Allah (Kalamullah), bagaimana boleh kita menafikan hukum Ilahi? Maka,yang masih terganggu di saat bulan ramadhan ini, agar mereka mengingati Allah,dekatkan diri dengan Allah, insaf dan bertaubat, lakukan amal ibadat, bacalahAl-Quran, carilah ilmu-ilmu yang halal, jauhkan dari maksiat, perbuatansia-sia, jaga lidah dan sucikan hati, banyakkan muhasabah diri, tinggalkan yangsyirik dan khurafat serta mohonlah perlindungan dariNya yang Maha Penyayanglagi Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah befirman, "Wahai Muhammad, Jika hambakumeminta keampunan dari-Ku, maka akan-Ku ampunkan semua dosa mereka; kecuali yangmenyembah selain Aku." Maksudnya disini, Allah SWT hanya akan mengampunkansemua dosa kita selagi kita tidak syirik atau sesat murtad. Maka, kerana itulahsesiapa yang diganggu saka, makhluk halus serta pengamal ilmu sihir(bomoh,pawang) fizikal dan spiritual mereka tidak tenteram,termasuklahmangsa-mangsa yang menjadi sakit atau parah akan sihir mereka. Golongan yangmenjadi mangsa sihir tidak berdosa malah teraniaya, tetapi golongan yang melakukanperkara keji itulah yang dilaknat Allah dan dijatuhkannya dalam golongan sesat.Jika mereka mati sebelum bertaubat, maka mereka mati dalam keadaan kafir,dicampak ke dalam api neraka bersama Iblis Laknatullah. Manakala golongan yangmempunyai saka tetapi tidak mengetahui akan kewujudan saka kepada diri merekaserta mereka tidak menyembah syaitan, bermakna mereka tidak berdosa keranamereka tidak tahu bahawa mereka mempunyai saka, kecuali sudah terbittanda-tanda, maka perlulah berubat secara Islamik dan membuang saka tersebut,kadangkala syaitan dan jin yang mendapat arahan dari iblis ketua mereka,menyuruh mereka menyesatkan manusia dari penipuan, contohnya mereka-reka cerita(bida'ah) bahawa mereka mempunyai saka dan sebagainya, mereka berbisik melaluihati nurani (syaitan boleh berjalan di dalam aliran darah manusia serta dudukdi dalam hati – nafsu),
menganggu kitamelaui mimpi atau ketika pesakit itu pergi berjumpa bomoh yang bukan Islamik(bomoh syirik dan khurafat) maka, bertambah parah dan sesatlah pesakit,sedangkan niat ikhlas untuk berubat tetapi bomoh tersebut pula anak muridsyaitan dan menambah penipuan serta terus menyesatkan (kadangkala pengeras atauduit upah diambil tetapi saka tidak dibuang). Bagaimana seseorang pesakit bolehmemastikan sakanya telah tiada? Sedangkan ia benda ghaib dan mainan syaitan,jadi bomoh tersebut mungkin penipu (sedangkan di juga tertipu dan disesatkan).Oleh kerana itu, elakkan dari berubat dengan bomoh-bomoh yang tidak kitaketahui asal-usulnya dan pergilah berubat dengan cara Islamik, InsyaAllahdengan izinNya, kita sembuh dan dapat menjalankan kehidupan dengan normal tanpagangguan syaitan.
APAKAH HADITH RASULULLAH SAHIH DALAM MENYATAKN HAL INI SEDANGKAN TIADA DI DALAM AL-QURAN?
3. Al-Quran adalah Kitab suci agama Islam bagi oarng-orang yang beriman, Hadith adalah buku panduan (guidance, rules & regulations) manakala doa-doa adalah penawar serta ubat bagi segala gangguan dan kucar-kacir spiritual manusia. Oleh itu, manusia yang hanya beriman kepada Al-Quran tetapi tidak kepada Hadith Rasulullullah, sama seperti dia hanya beriman dengan bacaan, tidak bersama amalan dan panduan yang lengkap, maka dia seperti terbang di atas angin, tidak turun dan tidak juga naik kemana-mana. Maka, kepercayaan kepada Kitab Al-Quran dan Hadith adalah wajib kerana kita telah mengucapkan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Jadi, kita harus mengikuti Kitab Allah, Al-Quran dan 'kitab' RasulNya, Hadith Nabi Muhammad sebagai panduan kerana ianya adalah wahyu suci yang diturunkan kepada sekalian mukmin.
4. Harap penjelasan di atas dapat membantu.
Salam Ikhlas, Ramadhan Al-Mubarak.
"Ramadhan Tanpa Kegelapan. Sinar Arasy Turun Melimpahi Bumi. Pintu Firdausi Terbuka, Pintu Jahannam Tertutup Rapat. Indahnya Ramadhan." |