View: 140|Reply: 0
|
Gaya pemanduan Hamilton gila, boleh membunuh
[Copy link]
|
|
LONDON: Legenda perlumbaan permotoran British, Sir Stirling Moss turut menyuarakan pandangan terhadap kritikan yang menyelubungi juara dunia Formula Satu (F1) 2008, Lewis Hamilton dengan berkata tingkah laku terbaru rakan senegaranya di litar perlumbaan adalah “sangat salah”.\rHamilton terbabit dalam pelanggaran dengan rakan sepasukannya di McLaren, Jenson Button dan pemandu Red Bull dari Australia, Mark Webber ketika Grand Prix Kanada yang diselubungi hujan lebat, Ahad lalu.\r\n\n\n\n\r Bagaimanapun, Hamilton, 26, dan rakan senegaranya dari Britain, Button, yang juga juara dunia F1 mencatat kejayaan di Montreal, manakala Webber ketiga.\r\r\n\n\n\n\n Hamilton berulang kali diberi amaran pegawai perlumbaan musim ini dan terbaru dua minggu lalu di Monaco susulan insiden membabitkan Felipe Massa dan Pastor Maldonado.\rNamun, aksinya di Montreal membawa kepada komen oleh bekas juara dunia, Niki Lauda di stesen TV Jerman, RTL untuk melabelkannya sebagai “memang gila”, dengan warga Australia itu memberi amaran: “Anda tidak boleh memandu seperti ini kerana ia boleh menyebabkan seseorang terbunuh.” - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|