CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

Aktres Jepun lebih popular daripada Mao

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:07 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Aktres Jepun, Sora Aoi mencatat sejarah sebagai selebriti filem lucah paling popular di China selepas 41 juta orang mencarinya di Google, angka yang melebihi carian untuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong mahupun ahli sukan terkenal, Yao Ming serta Confucius.\rIa dianggap mengejutkan kerana majoriti daripada filem lakonannya diharamkan di Beijing meskipun orang yang pakar dalam komputer boleh mengelak tapisan pihak berkuasa China menggunakan pelayan proksi.\r\n\n\n\n\rSora bukan hanya dianggap fenomena ‘hangat’ di China tetapi semakin popular selepas digelar ‘pelacur’ oleh seorang selebriti internet negara itu, baru-baru ini.\r\r\n\n\n\n\nAktres itu membalas gelaran itu dengan berkata: “Saya tanggalkan pakaian di depan kamera untuk mencari pendapatan tetapi ada yang berpakaian di depan kamera kerana kepentingan peribadi dan muslihat semata-mata.”\rTinjauan di internet mendapati Sora mendapat sokongan majoriti, lebih-lebih lagi selepas membintangi filem berjudul Sora Aoi Becomes a Prostitute baru-baru ini.\rSeorang pelayar web berkata: “Sora Aoi seorang bidadari kerana menanggalkan pakaiannya.”\rMalah, dalam satu pendedahan menggemparkan, sebuah balai polis di timur laut China membuka akaun web yang hanya semata-mata bertujuan mengikuti perkembangan Sora.\r\n\n\n\n\r“Semua laman web berita yang terkenal menyiarkan laporan mengenainya. Kami tidak perlu pergi jauh untuk mengikuti perkembangannya,” kata seorang warga China. – Agensi

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.139400 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list