CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

Indonesia cari 15 jaket bom

[Copy link]
Post time 22-6-2011 01:06 PM | Show all posts |Read mode
Suspek  dedah maklumat kumpulan  militan  edar baju  di beberapa tempatCIREBON: Pasukan keselamatan Indonesia sedang menjejaki 15 jaket bom didakwa disediakan sekumpulan pengganas untuk menyerang sebuah masjid polis bulan lalu, mencederakan sekurang-kurangnya 30 orang.\rMaklumat berkenaan diperoleh daripada suspek yang ditahan berkaitan dengan serangan itu menunjukkan 15 jaket bom diedarkan di beberapa tempat di negara kepulauan terbesar itu, kata polis.\r\n\n\n\n\r   “Kami masih lagi menjejaki 15 bom manakala   22 jaket bom sudah dirampas hasil  siasatan berterusan,” kata jurucakap polis, Anton Bachrul Alam kepada pemberita di Cirebon, Jawa Barat, lokasi masjid  yang diserang pada 15 April lalu.\r\r\n\n\n\n\n   Polis juga menyiarkan  video oleh pengebom, Muhammad Syarif, 32, yang didakwa mempunyai  hubungan dengan beberapa rangkaian militan termasuk Jemaah Ansharut Tauhid (JAT), diasaskan guru agama Abu Bakar Bashir.\rPolis menahan 25 suspek dikaitkan dengan Syarif yang maut serta merta apabila dia meletupkan peralatannya di sebuah bilik solat dalam kompleks polis itu.\rSuspek didakwa terbabit dalam satu siri insiden, termasuk bom dalam buku yang dikirim kepada pejabat antikeganasan dan tokoh yang mempunyai fahaman Islam sederhana.\rPolis juga menggagalkan  cubaan meletupkan sebutir bom berhampiran  gereja di pinggir Jakarta pada Hari Kesyukuran lalu. Tiada   orang terbunuh dalam insiden itu.\r\n\n\n\n\rPihak berkuasa memberi amaran kemungkinan serangan sama oleh pelampau tempatan bagi membalas dendam terhadap Osama bin Laden, pemimpin al-Qaeda yang dibunuh dalam serangan Amerika Syarikat di Pakistan bulan ini.\rIndonesia menahan beratus-ratus militan sejak ia menjadi medan utama  perang antikeganasan pada 2002 apabila golongan radikal tempatan meletupkan bom di pulau Bali, membunuh 202 orang kebanyakannya pelancong Barat. – AFP

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.224229 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list