|
Reply 19# amirezu
hahahahah x la aku paham maksud ko...
tapi dalam kes ni..kawan aku beria2 cakap aku ade balik bilik amik barang pastu kuar balik
sedangkan semalaman aku x balik bilik tuh aku stay kat bilik member aku
alibi aku ramai..huhuhuu
kalau nak kate kawan2 die yg masuk mustahil la sebab die dah kunci pintu and cume aku ngan die je yang ade kunci pintu bilik tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 21# afira
memang misteri. aku pun pernah alami kes yg hampir serupa macam ni.
cerita ni berlaku masa aku duk kat kolej baru, Kolej TTDI.
masa tu TTDI ni baru je siap. kiranya aku antara student awal yg duk TTDI.
1 ari masa dah last sem, masa tu ramai dah yg balik.
aku still lagi duk TTDI sbb belum abis exam lagi dgn 3 orang rumet.
1 bilik ada 4 katil dgn kawasan masing2. kiranya masing2 ada privasi sendiri.
1 malam, aku baru balik dari bilik kawan kat aras 0 sekitar pukul 2 pagi.
bilik aku kat aras 2. sunyi je blok tu sebab dah ramai yg balik.
aku masuk bilik, tengok 2 org rumet aku dah tido kat katil masing2.
sorang lagi rumet aku dah balik kampung.
lepas solat isyak, aku baring atas katil nak tido.
masa baru nak lelap tu aku terdengar pintu bilik dibukak.
lepas tu ternampak rumet aku yg dah tido tadi berjalan dari pintu menuju ke katil dia.
dia pakai t-shirt merah, seluar jean biru.
keadaan bilik memang gelap, cuma diterangi lampu jalan.
masa tu aku tak fikir apa2 sebab dah terlalu mengantuk.
bangun subuh tu baru terfikir, sape sebenarnya yg balik semalam?
seingat aku rumet aku tu tido tak pakai baju dgn seluar pendek.
masa aku bangun subuh pun aku tengok dia sama mcm sebelum aku masuk tido.
memang pelik, sebab 'orang' tu jelas ke katil dia, letak jam atas meja study pastu terus tido
tanpa tukar pakaian. 1 lagi yg pelik, masa aku dengar pintu dibukak tu tak nampak pula cahaya koridor
masuk ke dalam bilik. lepas tu tak dengar pun pintu ditutup balik.
memang pelik rasanya. korang pernah tak alami macam ni? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik citer tu..seram pun ada...
i ada beberapa koleksi citer..biasalah duk mana2 hostel/kolej..m ...
erny81 Post at 30-5-2011 23:46
ramai2 kena histeria sekaligus? ngeri gak tu.
sape yg pulihkan diorang ramai2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
huish..macam orang halimunan je. kat hostel aku dulu pernah kecoh bilik dipecah masuk
orang hal ...
amirezu Post at 30-5-2011 15:42
sebut pasal pukau, aku nak share satu kisah aku masa aku belajar kat ukm.
masa aku kat ukm, 2nd year, aku duduk di flatlet. flatlet ni 2 tingkat, ada 16 bilik, satu bilik sorg. aku duk tingkat 2, tepi toilet. kat hujung tingkat 2 ni ada beranda dan tangga kecemasan. kami satu flatlet memang saling kenal-mengenali, rapatla. masing2 berkawan. pintu beranda tu memang setiap malam kami akan kunci. takdelah giliran yang tetap, cuma sape2 yang lalu tu akan kunci lah pintu tu.
pada suatu pagi yg malang, aku terlewat bangun pagi smpi tertinggal solat subuh. bukan aku sorg je, satu flatlet tak solat subuh. dan pada pagi tu, kakak sebelah bilik aku, namanye kak sarah, menjerit2 depan bilik dia. rupe2nye bilik die kene pecah masuk!
malam tu rupe2nye kami suma tak teringat langsung nak tutup pintu beranda tu. even kawan-kawan yg duduk sebelah dengan pintu tu pun leh cakap diorang nampak pintu tak berkunci tapi masing-masing tak ada perasaan nak kunci pun pintu tu. dan akak tu mlm tu mmg die tidur lambat tidur paling lambat la sbb nak tulis novel. yang ngerinye barang2 die yg hilang, antaranya handphone yang die letak sebelah bantal je, dompet dia, tabung syiling dia skali.
kami suspek pencuri tu perempuan sbb pencuri tu sempat lagi rembat baju sorang lagi kakak senior yang sidai baju kat dalam.
aku pun tak pasti betul ke kami kene pukau malam tu? tapi yg pasti memang pagi tu kami semua terbangun lambat, dan malam tu pintu tu seolah-olah invisible bagi kitorang...sampai skrang kisah ni masih lagi menjadi misteri kepada kami semua..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal pukau, aku nak share satu kisah aku masa aku belajar kat ukm.
masa aku kat ...
annehuda Post at 31-5-2011 09:21
kes2 pukau ni susah nak trace sape punya angkara.
lagi2 polis kita perlukan bukti kukuh nak tuduh orang tu amalkan ilmu pukau.
benda tak nampak, susah nak tangkap.
kalau tak silap, ada ayat Quran yg boleh kita amalkan
untuk elakkan diri kita daripada dipukau. lupa dah ayat mana.
nanti kalau jumpa aku akan share kat sini, insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Ok jumpa dah. ni adalah amalan untuk elakkan diri daripada dipukau
1. Mulakan dengan membaca Basmallah
2. Membaca Ayatul Kursi
3. Membaca Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah SWT hindarkan dari apa jua bahaya.
insyaAllah diri akan terhindar daripada segala perkara jahat.
amalkan ayat Kursi sebelum tido pun sangat baik utk kesejahteraan kita
dan juga masyarakat sekeliling kita, insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
yg pulihkan..ustaz yg diorg jemput..kitaorg masa tu minggu mws..so memang xboleh nak tgok beriya keadaan siswi yg kena histeria..yg pakai selimpang Laillahhaillallah muhammaddurrasulullah..pun ada....kepada sesapa yg ada pada masa tu jom share citer ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade kesah nk share kt sini .. berlaku pd thn 2001-2002 la kat UIA gombak ...'time ni aku dlm thn ...
airuszzdy Post at 31-5-2011 17:25
menarik cerita ni. thanks sudi berkongsi.
maybe betul kot benda tu nak jenguk ko study tapi
balik sebab ko takde hehe |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 makcik karipap kot hehe.
ni ada cerita lagi nak share. berlaku kat kolej2 kediaman yg baru tengah buat
kat tapak baru UTHM tahun 2007 dulu. Kolej Tun Fatimah ngan Tun Dr. Ismail
baru je dirasmikan untuk didiami.
Kawan aku ada buka kedai dobi kat TDI. menurut kata pekerja dia..
pernah satu malam sekitar Isyak macam tu dia ternampak sorang budak
kecik warna hitam legam berdiri kat atas peti ais. dia terus lagi keluar ke cafe
sebab terkejut yg amat.
1 lagi, felo kolej pernah ternampak ada 1 lembaga hitam duk follow 1 kereta student
dari Kompleks Fakulti Elektrik & Elektronik sampailah ke Kolej TDI lepas tu hilang.
itu yg aku dengar. insyaAllah akan datang aku akan cerita pengalaman hantu tido
kat sebelah aku lepas balik mandi dari Gunung Berlumut...eheh |
|
|
|
|
|
|
|
ok..nak share 1 cerita masa aku duk menyewa tahun 3 kat UTHM dulu.
aku duk bilik tengah yg berbumbung tinggi. katil aku lak katil double decker.
aku duk katil atas.
sehari sebelum kejadian aku camping kat Gunung Berlumut kat Kluang dgn kawan2 sekuliah.
sebelum balik aku terjatuh atas batuh, kepala aku terhempap batu sungai tu sampai pening
jadinya. jalan pun tak berapa betul. tapi itu bukan apa2 dalam cerita ni.
esoknya sekitar pukul 12 mlm aku masuk tido. kawan2 serumah yg lain tak tido lagi,
ada yg tengah online, ada yg duk tengok tv. aku sorang je tido dalam bilik tengah tu.
tiba2 aku terjaga sebab nampak macam ada kepulan awan warna putih.
kepulan awan tu aku nampak masa tengah pejam mata. bila celik, takde lak.
pejam balik, nampak lagi kepulan awan tu. makin lama makin putih.
lepas tu aku celik mata, ternampak 1 tangan menjalar dari kepala katil.
antara nampak tak nampak je tangan tu tapi rapat sangat dengan muka aku.
mula2 aku ingatkan ular, aku terkejut lalu bingkas bangun menuju ke kaki katil.
aku tenung betul2 benda tu dalam gelap yg cuma ada cahaya sikit dari celah pintu.
tengok betul2, memang betul tangan orang yg berkudis macam nak pegang aku.
aku undur lagi ke kaki katil. tangan aku cuba nak pegang dinding tapi rasa lembut
je dinding tu. bila aku toleh, rupanya ada 1 badan kat situ macam bantal bersarung kain
tompok2 bulat. setahu aku aku cuma ada 1 bantal je yg aku buat tido.
dah tengok benda tu berdiri kat sebelah sambil tangan aku kat perut dia...
aku lompat terus dari katil double decker tu. aku lari nak capai pintu tapi disebabkan
tikar tu licin atas lantai simen, aku duk kuis2 tikar sampai habis lepas tu barulah dapat
pegang tombol pintu. aku lari ke luar bilik tercungap2. kawan2 aku dah rasa pelik.
diorang pun tanyalah bunyi apa yg macam ada benda berat jatuh dlm bilik tadi.
aku cerita kat diorang, tapi diorang boleh gelak2kan aku lak. hampeh.
aku tengok jam, pukul 2 pagi. hari tu aku tido kat luar depan tv dgn diorang lepas tengok
bola EPL... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wanoii at 23-5-2017 11:24 AM
Alhamdulillah ta pernah plk kne kacau teruk2 lah , kacauskit2 tu adalah biasalah benda tu nak usik-usik.and byk cter dri kwn2 jugak ygdrg alami. Dulu time sem 1, dkt uitm dungun zaman junior lgini, cter yg hangattime tu bila ada bdk prmpuan ni dgr cternya dia senior extend, dia mmg da lamaextend sb dia sakit, ingatkan sakit apalahkan, hritu kecoh akak ni lari sampai kolej gemia(kiranya kolej gemia ni antarakolej pling hujung, paling tepi sekali sekali dengan hutan and kolej palingjauh. Trkejut jugak sb dia tiba2 lari tak pakai kasut pun prgi kolej tu btwkolej saya, kolej redang. Setiap mlm macam tu smpai jpk(jawatankuasa perwakilankolej) setiap mlm mmg akan bersiap sedia dkt kaki lima tunggu akak tu. Tpi tak tahu sb apa. Dengar cerita sebab saka tapi tak tahulah, nak cter pnjg2 tkut fitnah. Entah apalah khabar akak tu skrg.
ada satu mlm tu mmg trse mcm seram sejuk entah kenapa, roommate pun rasa mcm tu tiba2 dorg ni psg surah al-mulk kt speaker, tiba2 je dorg psg sb selama dok kt situ tak prnh psg pun, taolah ada something happen mlm tu. Mlm2 berikutnya plk tiba2 loceng kebakarn brbunyi, loceng tu brbunyi kt block kitaorg je , since aku dok tgkt bwh aku pn prgilah tgk kt satu kotak ni(kotak tu ada tunjuk tingkt mana ,bilik mana yg kami jgke ada kebakarantu. Ta silap aku tgkt 2. No bilik tu plk bilik kwn aku(kwn aku ni dia sebilikngn akak saka tu) . jpk pn cam dah cemas smua, aku pn volunteer la na naik tgk btulke ada kebakaran. Aku sorg je yg naik. Naik2 takde apa2 pun. Mmg dah trse seram dah kt situ. Tkknlah ada benda nak main2 ngn alarm plk. Kbetuln satu arastu sunyi je tkde org, peliklah kan, alarm kecemasan kot! Tkkn tkde spe kluar. Turun2je jpk tu ckp yg alarm rosak.nahh tak rse mcm pelik ke? Alarm rosak kt tingkt tu , and kt bilik akak tu? kwn yg sebilik tu pernah cerita yang akak tu biasa2 je, solat, baca Al-Quran macam biasa.
tapi ada satu2 masa tu benda tu rasuk akak tu. ada satu masa tu kawan na kejutkan dia solat maghrib, bangun2 je mata akak tu dah merah lepastu pandangje kwn ni. nasib baik kwn ni mmg jenis yg kuat smgt and alim lah jugak. kwn ni ckp mcm biasa je "dah maghrib ni pergilah solat", kwn ni kata nasib baiklah bila kena rasuk akak tu tak ada kacau sesiapa dalam bilik tu, dia dok diam je. dah sampai tengah mlm lari dri bilik. roomate drg yg lgi sorang memang dah lama tak tidur kt bilik kwn dia sebab dia jenis lemah semangat. tinggal kwn aku dgn akak tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun nak sharelah cerita..
Masa tu part 1 kat uitm. I dulu kolej kenanga dan masa part 1 tu i duduk dorm, ada 10 orang. Masa tu i jarang balik weekend sebab budak-budak jenis tak balik.. rasa rugi pula tak spend weekend dengan kawan-kawan dorm yang tingtong. Kitorang ni walaupun dari pelbagai course, tapi time dinner.. mesti keluar sama-sama.
1 hari masa tu hari sabtu ke ahad pagi... kitorang masih membongkang atas katil. awal lagi uolss... pukul 7-8am camtu. I dengan sorang kawan tidur atas, 2 orang lagi tidur bawah dan lagi 6 orang duduk katil hujung-hujung locker. Tiba-tiba tengah sedap tidur tu kawan sebelah i bangun mengejut... dia nampak ada perempuan asing pakai serba hitam masuk bilik dorm kitorang dan duduk tengah-tengah dorm macam membaca sesuatu. Kawan i tu tanya dekat minah tu, buat apa dalam ni? Macam mana boleh masuk? (kitorang kunci pintu).. Minah ni cakap dia cari kawan dia dulu pernah duduk dalam bilik tu.. Kawan i si Z ni cakap lah, takde orang nama tu dalam bilik ni. Then pompuan tu cakap ok takpe.. sorry... dia terus pergi. I masa tu macam mamai sangat, dok diam je.
Lepas si Z ni memetir dalam bilik suruh weols semua bangun (kawan i ni suara dia memang petir), kitorang cepat-cepat keluar nak cari minah tu balik tapi lesap tanpa jejak. Kitorang check barang-barang berharga, alhamdulillah masih ada. Dok lah blame each other sebab tak kunci pintu segala... tapi Z kata dia kunci sebab dia bangun subur gi kencing. Orang subuh gi solat, dia gi kencing je... pastu dia lahar kitorang balik, dari korang tak bangun-bangun langsung!
Selang beberapa hari... tersebarlah cerita pasal aktiviti memukau. Masuk dalam dorm, pukau dan curi barang berharga. Nasib kitorang baik masa tu kawan i tu tersedar. Budak-budak dorm sebelah gelak-gelak cakap, dorm kitorang ni semua setan... setan pun tak berani nak kacau tu yang terselamat tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|