CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: catalina

Ilmu Laduni?

[Copy link]
Post time 11-5-2011 10:21 AM | Show all posts
mana??????
juragan_malam Post at 10-5-2011 17:36


dia sudah lari la wak... kakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2011 10:39 AM | Show all posts
wwwww, wak juragan sudah marah-maraen kerna si pembaling telornya sudah angket kakik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 11:09 AM | Show all posts
(cam lih terbayang2 jea wak ju tgh hangin....
siap ikat kain pelekat sampai pinggang macam nk menyabit org kekdahnya... )


sabar yer wak....sabar itu imaannn....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:25 AM | Show all posts
(cam lih terbayang2 jea wak ju tgh hangin....
siap ikat kain pelekat sampai pinggang macam nk menya ...
catalina Post at 11-5-2011 11:09



   hahahha....xpe... lagipun tahap kesabaran dan keimanan aku takat setebal kulit bawang je....tapi kena ingat walaupun setebal kulit bawang...tapi jgn tersilap kupas bawang tu...boleh nangis..tapi bawang tetap bawang....apa aku cakap ni? hahhaha...layan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 10:02 AM | Show all posts
amik dan hayati lah lirik lagu bro m nasir ni.....

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan ...
juragan_malam Post at 4-5-2011 14:00



    "Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"apa makna lang mensilang kui mensikui? Kalau tak silap dulu dimaklumkan merujuk pada orang tak serupa orang, hantu tak serupa hantu..tapi sepatutnya "nang putinang , kui putikui"..

mohon pencerahan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:31 PM | Show all posts
Reply 93# juragan_malam


    Belajar ilmu sampai ke negeri Cina...tu hadis x soheh..tp, bleh kita gunakan untuk bg kesedaran tentang belajar ilmu..
by the way sorry...bro...hehehe aku nak bg kat org yg buat thread ni le...MAAF YE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2011 04:32 PM | Show all posts
Reply  juragan_malam


    Belajar ilmu sampai ke negeri Cina...tu hadis x soheh..tp, bleh kita  ...
kurasatakada Post at 12-5-2011 16:31



   It's ok bro....xde hal yang terselindung....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:34 PM | Show all posts
Reply 92# catalina


Wali  Allah memang la wujud tp, kita bukan tau sape...yg di maksudkan kat ayat saya tu kita x bleh ambik pikiran yg datang kat kita, yg kita jumpa dalam mimpi tu adalah wali Allah..itu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2011 04:36 PM | Show all posts
Reply 107# juragan_malam


    Alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:39 PM | Show all posts
Asas kepada ilmu laduni adalah apabila diri yang duduknya seperti wau tegak seperti alif yang tegak  ...
tarabas1976 Post at 5-5-2011 23:12


hurmm... mendalam nih maksudnya... boleh perjelaskan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:39 PM | Show all posts
Reply 109# SangPertala


    Thanks bro
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:42 PM | Show all posts
ssalamulaikum,..
    ya ke....ko mcm dasat la En Juragan... org mati tu mati la...nak dtg kat ko ngajar??..pegi sekolah le belajar ape2 ilmu pun ade...ilmu ni..ilmu ugama, sains, matematik tu ye...yg Laduni2 semua ni x de nye...
Jin yg menyamar tu...konfom. Wali2 ni...sorry...
jgn mara k...
the truth should be the truth...so, dead means is gone...(Alam barzakh..x de nyer nak bleh main kuar masuk sesuke hati je)
Wassalam...
kurasatakada Post at 10-5-2011 11:56


nampak sgt ko ni jauh benor berangannye.... belajar laa bang... kat dalam Malaysia nihh ramai GURU ko boleh rujuk, jgn bangkang itu ini jerr walhal kita sendiri tak pasti dan tak sampai pada haqqul yaqiin...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:46 PM | Show all posts
pernah ambil cos niihhh heheheee...
posa 40 hari ( 7 hari posa putih)
al-.... 70k dalam 40 hari
n ...
purbez Post at 10-5-2011 17:41


puase mutih tuhh tak boleh tido kalau tak silap, cuma boleh makan nasi putih dan minum air kosong jerr kann...... aku banyak ada simpan kitab amalan yang puasa2 ni... tapi aku tak berapa gemar amalan yang melibatkan puasa... bukan sebab aku tak suka berpuasa, tapi ada sebab2 nye... susah nak describe...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:55 PM | Show all posts
nampak sgt ko ni jauh benor berangannye.... belajar laa bang... kat dalam Malaysia nihh ramai GU ...
edy137 Post at 12-5-2011 16:42



   alamak! otai dah masuk... xpe bro...rasanya benda ni dah settle tadi, mungkin bro tu tengah dalam kusut atau amaah masa beliau masukkan post tu....sama2 la kita lepaskan...InsyaALLAH..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2011 04:57 PM | Show all posts
insyaallah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 01:24 PM | Show all posts
Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. MEREKA YANG TIDAK ADA LIDAH DAN TIDAK ADA HATI.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
  
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
  
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
  
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
  
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.
  

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
   
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan.

Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045751 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list