View: 11115|Reply: 18
|
[Tempatan]
Kewangan BERSATU kritikal- Rina
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 2-12-2024 02:27 PM
SHAH ALAM: Kedudukan kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agak kritikal ketika ini, susulan pembekuan dan sitaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Januari 2023.
Bendahari Agung Bersatu, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia merupakan cabaran paling besar yang perlu dihadapi dan berikrar akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikannya.
"Keadaan rumah kita ada isu dalaman (kewangan) yang perlu ditangani. Kalau dapat bantu parti dengan keringat, sayangnya kita kepada Bersatu akan lebih mendalam.
"Bila memberi, kita akan rasa lebih sayang kepada parti. Saya juga mahu gerakkan bendahari peringkat negeri dan bahagian, supaya dapat jana pendapatan serta ekonomi, sekurang-kurangnya untuk bahagian boleh bergerak sendiri.
“Pelbagai pendekatan dibuat parti untuk menjana sumber kewangan termasuk menceburi bidang keusahawanan. Perwakilan tolonglah bantu, produk-produk yang kita hasilkan, kita sumbangkan kepada Bersatu Malaysia," katanya ketika berucap semasa ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Ahad.
Tambah Rina, walaupun situasi kini bukanlah mudah namun ahli perlu memahami bahawa ada isu dalaman yang perlu ditangani.
“Dulu semasa Presiden jadi Perdana Menteri, (beliau banyak) bantu kita. Kita tak boleh nafikan. Daripada mula tubuhkan Bersatu, kadang-kadang bungkus nasi makan tepi longkang. Ini sejarah.
“Kemudian jatuh, bangun balik. Saya tahu bukan mudah, tapi mesti mulakan supaya daripada kita yang menerima, biar kita pula yang memberi. Biar semua orang boleh menyumbang kepada parti yang disayangi ini.
“Saya juga berhasrat mewujudkan satu organisasi dalaman di pejabat Bendahari Agung yang akan melibatkan bendahari negeri, sayap-sayap untuk merancang pelan tindakan bagi membantu parti, khususnya bagi membantu dalam menghadapi PRU16 nanti,” jelasnya.
Sebelum ini, dua akaun Bersatu yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari 2023 telah disita SPRM pada 11 April tahun sama untuk tindakan lanjut. -- Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
da naik balik badan acik rina
dulu kemain berlakon propa tembak waterjet tolong mangsa banjir dgn heels
|
|
|
|
|
|
|
|
pakai la duit ko rina anak pak harun
berapa byk kau sakau ritu? ke abes modal renovate head to toe?
kekal tak? ke dah gems balik ? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tangkapla laki yg nak poligami |
|
|
|
|
|
|
|
Presiden parti hang bgtau, duit penjana masuk dalam akaun parti. Betul ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kena belajar dgn nuart cmne pkr berpuluh2 tahun tggu peluang jd gomen to duit sentiasa berkepuk2 |
|
|
|
|
|
|
|
Eh dah gems balik dia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah..adan uke..masa jadi gomen tebok atap dulu parti ko songlap duit Janawibawa tak ingat dunia kan!..skrg rasainn lohh! |
|
|
|
|
|
|
|
Rahmat Ilahi Naungi Anda:
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakrina kembang semula ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bungkus nasi ok je. Sedap. Tapi kenapa kena makan kat tepi longkang? Parti gerakan zaman berkuasa jadi menteri dulu pun makan nasi bungkus tapi duduk kat anak tangga, atas kerusi plastik elok je. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh agak mesti ada yang perasan tang berat badannya
|
|
|
|
|
|
|
|
Alololoooo…. X de bajet nak bayor cytro ker merintih akaun kering |
|
|
|
|
|
|
|
Memang jenis badan gebus dan pemalas.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|