Edited by maklukpenggoda at 2-12-2024 10:24 AM
Menjelang hujung tahun ini, pasti ramai di antara kita yang sudah merancang untuk bercuti tak kiralah di dalam atau luar negara.
Walau bagaimanapun, bagi korang yang sudah merancang untuk bercuti di Hatyai, Thailand, korang diingatkan untuk sentiasa berwaspada kerana kawasan percutian itu sedang dilanda banjir akibat hujan yang berpanjangan.
Hal ini dimaklumkan oleh individu yang berkunjung ke Hatyai menerusi TikTok.
Menurut noorsuhadakasim di video miliknya, air dilihat menaiki beberapa kawasan di Hatyai yang mana menyukarkan perjalanan menggunakan kereta.
Video tersebut telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang meluahkan rasa risau mereka tidak dapat bercuti di sana kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Ada yang bertanya sama ada mereka perlu membatalkan booking hotel atau tidak, malah ada yang sudah dalam perjalanan di sana menaiki tren.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan situasi di Hatyai sebenarnya tidaklah seteruk yang dipaparkan di media sosial dan hanya jalan menuju ke Hatyai yang dikatakan banjir dan bukannya daerah tersebut.
Apa-apapun rancang perjalanan korang sebaiknya dan pantau keadaan cuaca di tempat percutian tu. Kalau cuaca makin memburuk, sebaiknya korang batal dulu percutian atau postpone ke hari lain. Stay safe! -LobakMerah
|