View: 42872|Reply: 19
|
[Tempatan]
Beras Cap Feri 5kg dijual RM15 mulai bulan depan
[Copy link]
|
|
Beras Cap Feri 5kg dijual RM15 mulai bulan depan
https://www.freemalaysiatoday.co ... -mulai-bulan-depan/
FMT Reporters
27 Nov 2024, 06:15 PM
Menurut exco Pulau Pinang, Beras Cap Feri sedia dipasarkan selepas menerima kelulusan lesen pengoperasian kilang dan borong daripada Bahagian Kawal Selia Padi Beras KPKM pada 13 Nov lepas.
Harga beras keluaran Pulau Pinang itu adalah yang termurah di pasaran bagi kategorinya, kata exco.
PETALING JAYA: Beras Cap Feri keluaran Pulau Pinang akan mula dijual pada harga RM15 bagi kampit 5kg di Jualan Agro Madani Pertubuhan Peladang bulan depan, menurut exco negeri.
Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Fahmi Zainol berkata, harga Beras Cap Feri yang menggunakan beras import itu adalah yang termurah di pasaran bagi kategorinya.
Katanya, beras ini sedia dipasarkan selepas menerima kelulusan lesen pengoperasian kilang dan borong daripada Bahagian Kawal Selia Padi Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 13 Nov lepas, setelah hampir enam bulan memohon.
“Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan agensi yang akan memasarkan Beras Cap Feri melalui Jualan Agro Madani dan juga di premis peruncitan Fama dan Peladang di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 dan Usul Anggaran Pembangunan 2025 pada sidang DUN hari ini, lapor Bernama.
Fahmi berkata, kerajaan negeri sedang berbincang dengan LPP bagi menjayakan kerjasama estet padi yang akan diusahakan sepenuhnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), melibatkan kawasan berkeluasan 43.89 hektar, bagi menjamin hasil padi dijual terus ke kilang pengeluaran Beras Cap Feri.
Katanya, anak syarikat kerajaan negeri, Penang Agrotech Sdn Bhd, akan mula beroperasi pada 1 Jan dan penubuhannya diharap dapat membantu menjana pendapatan baharu untuk Pulau Pinang.
“Penang Agrotech bertindak sebagai pelaksana dan penyelaras perancangan, program dan aktiviti bawah Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersama-sama jabatan lain bawah portfolio itu,” katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata, teknologi Internet Kebendaan (IOT) akan diaplikasikan di kebun-kebun durian menerusi kerjasama Penang Agrotech dengan Jabatan Pertanian Negeri, penyelidik dan persatuan pekebun.
Usaha ini dilaksanakan bagi membantu pengusaha mengurangkan kos, sekali gus meningkatkan hasil durian berkualiti tinggi, tambahnya.
“Sistem pemantauan ladang IOT ini dimulakan di sebuah kebun durian di Balik Pulau dan data digital yang dikumpulkan digunakan untuk memanfaatkan pengusaha dengan mengoptimumkan sumber air, baja serta racun perosak,” katanya.
Berhubung sektor agropelancongan, Fahmi berkata, projek Sedusun Valley di Relau, yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dijangka bermula awal tahun depan, dengan perbelanjaan RM48 juta yang diluluskan kerajaan persekutuan.
Kerajaan negeri juga memohon peruntukan khas daripada KPKM untuk membangunkan sektor agropelancongan di Stesen Padi Bukit Merah, Permatang Pauh, dan Taman Herba Bertam, Kepala Batas, katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
satgi..abis la semua tu..kalo nak...cari la kt kedai warga asing@MaleziaVoleAbang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja dgn CF… semua jd mahal. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
isu signboard lagi penting...x mkn pun x per lahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti bila dah kuar, yg kuat memekak beras tempatan mana beras tempatan mana tu sendiri pun tak mencekik beras tempatan. The idea is to have beras tak kisah la import ke tempatan ke yg murah supaya orang miskin mampu beli. Ujung2 yg memekak beras tempatan ni pun makan kedai tomyam nasi beras siam keras kejung seludup. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik nakkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
murahnye.. blum beli dah abes stock |
|
|
|
|
|
|
|
ni dkt cmpny biru kuning mesti kaum dia berlumut beli... siap ikut pintu blkg nnt sme mcm minyak masak peket.. bile org tegur mrh, dia buat muka dungu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 29-11-2024 01:09 PM
murahnye.. blum beli dah abes stock
"mari saiya kidai la kaka"-Bangla SUTU |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 29-11-2024 04:39 PM
Yg murah2 subsidi2 bangla yg punya jual semula ke thailand, stok2 mahal ja dijual yg tempatan x byk, zakat nnt 2 pilihan beras local dan beras mahal
Sama spt mamak2 roti canai biasa tadak jual, roti canai nutella sardin pisang cheese ada jual |
|
|
|
|
|
|
|
Okay dah boleh suruh my lengzhai pergi beli beras ni if dia balik penang. |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti adalah simpan utk gang2 sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-11-2024 04:08 PM
"mari saiya kidai la kaka"-Bangla SUTU
hahahahaha..
tarak faham la apa itu “bangla sutu”??? |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 29-11-2024 08:00 PM
hahahahaha..
tarak faham la apa itu “bangla sutu”???
"Saiya kidai ini biras ada jual..peket minyak pun ada..mari la..sini bili"-Bangla SUTU |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 29-11-2024 08:05 PM
suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
baiklah, sudah terang lagi jelas..
terima kasih utk pencerahan “bangla sutu” yg tak mungkin boleh cerah tu..
wahahahaha..iols mudah terhibur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 27-11-2024 06:43 PM
satgi..abis la semua tu..kalo nak...cari la kt kedai warga asing@MaleziaVoleAbang...
Baru pasang niat nk pi beli, dah habis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|