CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22089|Reply: 0

[Sarawak] Perbuatan "cop" parkir boleh dikena denda

[Copy link]
Post time 19-11-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melakukan "cop" parkir di bawah Undang-Undang Kecil Kebersihan, 1999, di mana pesalah boleh didenda, kata Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), memberi amaran bahawa adalah satu kesalahan meletakkan objek atau halangan di tempat awam.

"Bagi aktiviti meletakkan objek/barang seperti kerusi dan lain-lain di ruang letak kereta, kesalahan ini boleh diambil tindakan melalui dua peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPS.

"Pertama, di bawah Peruntukan Tempat Letak Kereta (MPS) Perintah, 2004, di mana objek/barang tersebut boleh dialih/dihapuskan/dikonfiskasi bagi kesalahan menyalahgunakan ruang letak kereta untuk kegunaan lain selain kenderaan tanpa kebenaran majlis.

"Kedua, di bawah undang-undang kecil 18(1)(b), Undang-Undang Kecil Kebersihan (Pihak Berkuasa Tempatan), 1999 di mana pesalah boleh didenda sehingga RM500 untuk kesalahan meletakkan objek/halangan di tempat awam.

"Objek/halangan juga boleh dirampas," kata Izkandar, ketika ditanya semalam, sama ada tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini.

Ketika tinjauan, masih terdapat premis yang meletakkan kerusi atau objek lain di petak letak kereta, menyebabkan ketidakselesaan kepada orang awam lain yang memerlukan tempat letak kereta.

Sehubungan itu, beliau berkata kesalahan sedemikian juga boleh dilaporkan melalui Aplikasi SMC Cares atau talian perkhidmatan, untuk tindakan majlis.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.049490 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list